Wednesday, July 28, 2010

Sangat penat...

8.30am-Pergi U**
Hasrat di hati nak pinjam buku..

Tup2..kad library expired..nak pinjam pwd hafiz..dia pun lupa..gi kaunter
Dorang suh gi Post Graduate Center amik confirmation slip..

9.30 - PG center..
Kena pegi finance sebab lum settle fees..

10.00 - Finance..
Settle sebab fees dah terlebih bayor pun..

10.30Pegi balik PG center
settle. dah tak blok..tapi xnak kuarkan confirmation slip..suh print sendiri..

10.40-gi library, suh tgk status - nak jugak confirmation slip..

10.45 - cari lab..nak login lab tak ingat password..Tanya adik manis lalu lalang katne lagi Cyber Cafe berbayar..dia kata, kat sini ada, situ ada, sinu ada, sina pun ada..TQ la adik manis..

Naik kete..Cari cyber cafe..
CC 1- tutup
CC 2 - tutup
CC 3 - tak leh masuk internet
CC 4 - tutup
CC 5 - berjaya

11.45 - masuk website U**
nak login student..
Lupe pwd..ingat2 haritu letak nama huda..sebab kena tukar..U** nak yang susah kata laluan..
try hampir 20x - AmnaHuda060710

12.10 - Allah bagi ilham..huda lahir tahun 2009 La!!!
try balik masuk pwd -AmnaHuda060709
Berjaya!!

12.40 - masuk balik library register kad-parking kat tempat Dean-dean rehat kot..nasib baik tak clamp kete aku..

12.50 - Berjaya pinjam buku!!!beli nasi+air

1.30 -naik kereta nak balik umah!!

Sampai umah, korang rase aku wat ke research tu??

Inilah gaya seorang ibu beranak satu yang sudah jadi pelupa..di dalam U** yang sangat banyak kerenah..haha



p/s - xleh disclose nama U sebab ikut etika dalam Asian Bloggers Conference..haha

Tekanan Tertekan dan Menekan..


Sangat Stress..
Ambil cuti dua hari untuk buat research..and the resut is...

I'm losing my mood and idea..so stress..
Rasa nak balik jumpe mak..huhu..


p/s- agak2 en.suami paham tak perasaan hatiku ni?

Sunday, July 25, 2010

Makanan Huda

Sejak berumur 1 tahun ni, production susu dah semakin merudum..salah saya juga sebab makin kurang perah..tapi ianya start bila saya alami luka dan melecet kat situuu..so, fobia sungguh nak perah guna pam, saya perah guna tangan je..

Tapi alhamdulillah, rezeki huda untuk menyusu badan masih terus walaupun dah hampir 1 tahun 1 bulan..malam, dia masih menyusu sepenuhnya dengan saya..Memang pada awalnya, saya plan nak menyusukan tanpa susu formula selama 2 tahun, tapi, akibat masalah tadi, saya terpaksa juga topup dengan susu lain..ye..saya tak boleh terlalu ego tidak mahu anak minum susu formula sehingga mengabaikan keperluan 'whole milk' dia..saya cuma masih aim untuk terus menyusukan dia sampai dua tahun walaupun ketika di rumah sahaja..

Tapi, prinsip saya, biarlah huda tidak terlalu bergantung kepada susu untuk mendapatkan keperluan 'whole milk' dia..Banyak juga sumber lain yang boleh membantu..That is why, saya buat dadih susu kambing untuk huda, jus alpokat (which is can give good fat for her)..dan juga sayur-sayur an yang ada nutrient penting macam brokoli dan lobak..e.suami juga adalah pencipta resepi terbaik untuk huda..hehe..

Pemilihan susu kambing terjadi lepas saya search tentang kelebihan susu kambing di internet..Susu kambing baik untuk kanak-kanak. Susu kambing juga adalah susu terbaik selepas susu ibu..dan yang paling penting, ianya adalah sunnah Rasullullah..seperti susu ibu..ada orang kata, 'tengoklah perangai kambing, lebih baik dari lembu'..tapi, saya pernah cakap pada suami, 'kambing lagi teruk, sebab tak mandi'..hehe..xkisahla, yang penting khasiat dia bagus..

Dan kat bawah ni adalah keperluan nutrisi bagi huda: (sumber: babycenter

What to feed
• Whole milk
• Other dairy (soft pasteurized cheese, full-fat yogurt and cottage cheese)
• Same food as family, mashed or chopped into bite-size pieces
• Iron-fortified cereals (rice, barley, wheat, oats, mixed cereals)
• Other grains (whole wheat bread, pasta, rice)
• New fruits: melon, papaya, apricot, grapefruit (citrus is now okay)
• New vegetables: broccoli and cauliflower "trees"
• Protein (eggs; cut-up or ground meat, poultry, boneless fish; tofu; beans; thinly spread smooth peanut butter)
• Citrus and non-citrus juice
• Honey is now okay

Cuma masalahnya, bila di nursery, huda masih banyak bergantung pada susu..bubur cuma diberi waktu tengahari..kalau time cuti di rumah, keraplah dapat bagi makanan pada huda..saya kena naikkan berat badan dia sebelum gi checkup ni..kalau tak, akan di bawah paras kuning lagi kali ni..huhu..

apepun, semua ibu nak yang terbaik untuk anak dia..same goes to me..paling membahagiakan bila tengok huda membesar dengan sihat..

p/s - Selamat membesar anakku..jangan BESAR sangat sudah..haha



Wednesday, July 21, 2010

SEJUK GILER!!!

Sejuk...sejuk....
Sejuk Giler...
Napela takde orang adjust aircond ni..
p/s -Pasni nak bawak setoking gi ofis..

Sunday, July 11, 2010

Kisah huda lagi..

Semalam saya, en.suami dan huda makan di TGI Friday, Wangsa Walk..huda sangat teruja nak berjalan dan masalahnya dia belum pandai berjalan..dan akhir2 ni dia asyik merengek tak tentu pasal..bermula sejak hari sabtu lepas..pening kepala kami dibuatnya..asyik merengek dan nak nangis je..dari pagi sampai malam..bila masuk kereta pun, serba tak kena..dalam car seat xnak duduk, bila pegang pun xnak..mengamuk aje..

Then, semalam, start ambil huda, dia mengamuk..taknak masuk kereta..menangis sungguh2 hingga tersedu2 sebab saya masukkan juga dalam car seat dia..bila nak makan je, huda mula buat perangai...xnak duduk..nak berjalan aje..kalau tak diikut kehendak dia, mulalah menangis..nasib baik en.suami masih nak layan kerenah dia..ikutkan saya, dah xsabar dah..

waktu huda nak tido semalam, sambil menyusukan huda, saya pesan pada dia..agar dia ikut nasihat saya dan tak mengamuk..en.suami pun pesan pada huda..dia kata:

"Huda, abah ngn ummi sayang pada huda..abah ngn ummi xmarah pun pada huda..huda kenalah ikut nasihat ummi, jangan asyik nak marah..jangan asyik menangis..huda kan bijak..xboleh nak merengek aje..dan bla2..." saya dengarkan je la..en.suami memang seorang yang pandai bagi nasihat...hehe..

Huda dengar sambil menyusu dan akhirnya tertido..en.suami sempat jugak baca alfatihah dan hembus pada ubun2 huda..

kalau sebelum ni, bila bangun pagi, huda akan terus merengek dan kadang2 nangis..tapi, tadi pagi, dia bangun, terus berborak dan main2 ngn teddy bear dia..dalam hati saya, dia dengar kot nasihat abah dia..dan dalam kereta tadi, dia tak mengamuk macam biasa..merengek sikit2 je..emm...mungkin dia faham dan dengar nasihat abah kan?

Patutla, saya selalu dengar ustaz kata, kalau nak anak dengar cakap, bacakan alfatihah dan pesan pada dia ketika dia nak tido..mengikut sains pulak, ketika baru nak tido, kita dalam keadaan separa sedar, so, apa yang diberitahu pada ketika itu akan terus masuk ke otak..macam itu jugak keadaan orang yang dipukau..

So, harapnya lepas ni huda akan terus berkelakuan baik..dan semoga ummi terus sabar mendidik huda..

p/s - terima kasih mak sebab sangat sabar mendidik saya sehingga jadi manusia..sayang mak..

Monday, July 5, 2010

Untuk Huda..

6.7.2010 9.32 am - Genap usia huda 1 tahun..


Mengandungkan huda..
Alhamdulillah, 9 bulan mengandungkan huda merupakan saat yang paling ummi hargai..tiada kepayahan dan hanya kegembiraan yang hadir..xsabar nak tengok wajah anak sulung ummi ni..masih terkenang-kenang lagi tendangan huda waktu ummi tengok transformer dengan abah dulu..hehe..


Melahirkan huda..
Saat melahirkan huda pun ummi dah lupa macam mana sakitnya..yang ummi masih ingat perasaan gembira ummi bila first time tengok anak ummi ni..Bersyukur sangat pada Allah sebab dikurniakan huda..Hudalah hadiah yang paling ummi sayang..


Menyusukan huda...
Ummi paling suka bila huda menyusu dalam dakapan ummi..ummi dapat tenangkan huda sambil peluk huda..kesakitan dan keperitan untuk menyusukan huda, ummi cuba lupakan..ummi syukur sangat sebab abah huda sangat concern dan sentiasa bagi ummi semangat supaya terus menyusukan huda..abah huda tak pernah preasure ummi dan sentiasa faham ummi..Abah adalah ayah yang sangat baik huda..He is absolutely a great father..


Membesarkan huda..
Melihat huda membesar, merangkak, memanjat, berdiri buat hati ummi sentiasa kagum dengan anak ummi ni..tak pernah putus asa dan sentiasa nak mencuba..walaupun, ada orang kata anak ummi ikut perangai ummi yang 'kental' waktu kecik dulu, tapi ummi tak pernah rasa bosan membesarkan huda..huda anak yang baik..sentiasa faham perasaan ummi..agaknya, inilah berkat susu ummi..walaupun huda kadang-kadang 'sangat aktif' dan sangat 'berkeyakinan' apabila nak melakukan sesuatu, tp anak ummi ni faham kalau ummi marah dia, walaupun sekadar pandang je..


Paling ummi sentiasa ingat bila kita gelak sama-sama..huda dah pandai buat geram kat ummi bila ummi geletek huda..seronok sangat tengok huda gembira..dan pada umur 1 tahun ni, huda dah mula mengomel macam-macam..walaupun ummi tak faham,tapi seronok layan huda..anak ummi ni dah makin bijak..bila huda nak tido, huda akan ajak ummi masuk bilik..kalau huda dah kenyang, huda just golek2 mintak ummi tepuk sampai huda tido..


Huda tak pernah menyusahkan ummi..huda anak yang kuat..jarang sekali sakit..Alhamdulillah, ummi syukur pada Allah yang sentiasa pelihara kesihatan huda..cuma sekali je huda masuk hospital..itu pun, sehari lepas tu huda dah mula aktif macam biasa..Bila jatuh pun, huda nangis sekejap je..bila kena injek pun, huda jarang demam.. Terima kasih Ya Allah sebab pelihara anakku ini..


Untuk Huda..
Ummi doakan anak ummi ni membesar dengan sihat..sentiasa kuat semangat..jadi anak yang solehah dan cemerlang dunia akhirat..

Huda amanah Allah yang ummi kena pelihara..ummi akan jaga huda selagi ummi mampu..mungkin ummi tak dapat bagi kemewahan pada huda, tapi ummi akan tetap cuba yang terbaik.. Huda kena jadi kakak yang baik untuk adik-adik satu hari nanti..kalau ummi dah takde dalam dunia ni, ummi harap huda akan ingat semua pesanan ummi.. Apapun yang terjadi, Islam, solat dan adab perlu dipelihara..


Being a mother is the greatest achievement in my entire life...I love you so much Amna Huda..


Love,
UMMIADNIN
06.07.10

Sambutan Hari Jadi Huda

Hari Sabtu lepas saya buat sambutan birthday huda sekali dengan dua pupu dia fahri.. persiapan kitaorg dah buat dari pagi lagi..nenek huda masak bihun, udang dan sotong.. saya sempat jugakla mencuba resepi buat kek kastard..hehe..tak taula sedpa ke tak..yang penting habis..so, banyak gambar nak dikongsi..kite layan je la ye..

Lepas membeli belon dari giant, en.suami dan pakcik asan huda yang menggantung belon2 ni..pastu, saje di biar atas lantai, kekonon seni gitu..hehe..huda pun ape lagi..sibukla dok sama..

kek untuk hari jadi huda ni saya tempah dari Kak Wansu..comel tak kek dia?sedap rasa dia..memang request tema purple pink..macam baju kitaorg..


Lolipop cookies ni plak mak yan huda tempah dari sweet ummi bakery..saje je untuk di beri pada budak2 yang datang..


Yang seronoknya huda dapat dua kereta..satu mak yan bagi, satu lagi pakcik hadi bagi..memang huda beria nak kereta ni..kalau lalu tempat mainan ada benda alah ni, mesti dia ngamuk nakkan kereta tu..sekali dapat...2 sekali..hehe..terus huda naik kat kereta tu..tengokla muka dia taknak lepas kereta tu..hehe..huda dapat juga piano dari makcik fara..dan dapat baju dengan teddy bear dari nenek ana..


Waktu nak tiup lilin birthday huda dan fahri..fahri dah xnak duduk..huda ok lagi..tapi, cuba teka sape yang beria meniup lilin? hehe..tu sebenarnya, sokongan semangat dari ummi untuk anak dia..hehe



Ramai jugak yang datang majlis huda ni..tok, wan, pak teh dan maksu huda dari Batu Pahat pun datang..Kesian husna, tak pegi tuisyen sebab nak jumpe huda..huhu..Tq mak su datang jumpe huda..


Sampai ke malam huda masih bertenaga sebab ramai org..taknak tido walaupun dah dimandikan..dan sampai pukul 10 lebih baru dapat 'tangkap' huda..Lepas menyusu je terus huda tertido..tak jaga sampai pagi..hehe..letih sangat kot..

By the way, saya gembira sangat sebab dapat celebrate birthday huda walaupun kecil je majlisnya..yang penting huda gembira..tak sangka anak ummi dah setahun..semoga huda jadi anak yang cemerlang dunia akhirat..



p/s - Mak selalunya akan over react pada majlis hari jadi anak sulung tau!!hehe