Friday, March 25, 2011

Mana Nurulhuda Noor Affendi..

Dia tak MIA..
Dia cuti..
Tapi aku msg dan call dia tak jawab..
Mana dia????

aku nak website ko beli tommee tippee maisarah...huhu

sms aku setelah membaca post ini..don't worry, nyonya will not disturb u, apatah lagi akak tiri ko..hehe..

Tuesday, March 15, 2011

Cabaran didik huda

Dalam kehidupan ni, kita kena positif..kebelakangan ni, saya selalu dengar motivasi pagi IKIM supaya setiap masa berfikiran positif dan ingat Allah bersama kita..

Saya sentiasa cuba positifkan diri bahawa mendidik huda adalah perkara paling gembira yang Allah berikan dalam hidup saya..ia peluang yang paling berharga untuk saya nikmati dalam kehidupan dunia ini..

Sememangnya kanak-kanak seusia huda akan sangat aktif dan ingin meng'explore' semua benda..baru-baru ni huda dah mula menunjukkan tahap 'konfiden' diri yang tinggi..kalau sebelum ni, bila berjalan di shopping mall biasanya dia akan menarik tangan abah dan ummi dia kalau nak tengok sesuatu..tp sekarang, huda dah makin berani, dia dah berani nak jalan dan berlari2 sendiri..akhirnya sampaila masanya yang org selalu kata,"tunggula dia dapat kaki nanti, kita pulak jenuh nak kejar dia.."yup!itu telah berlaku dalam hidup saya..hehe

Bila kami berjalan2 semalam, huda asyik nak berlari dan nak ambil macam2 barang di kedai..semua modal telah saya keluarkan apabila nak memujuk huda dari mengambil dan meletakkan semula barang tersebut..ada kakak, ada bird, ada mioww, ada gajah, dan mcm2 lagi..jawapannya, "taknak.." sambil menggeleng kepala..bila berjalan berpimpin tangan dengan ummi dan abah dia pula, asyik nak melompat..(maklumla baru belajar melompat)dan macam2 lagi perkara yang huda buat..termasuk melembikkan diri menangis..semua tu betul2 menguji kesabaran abah dan ummi..hehe..

Tapi, bila sampai satu masa, saya sedang nak membayar makanan, huda nak ambil lolipop dan nak tanggalkan semuanya..waktu tu, huda ditegur abah dia dengan muka yang garang(hehe..sila bayangkan)..tetiba sampai satu perasaan yang tak dapat saya nak jelaskan bila tengok muka huda waktu tu..sama perasaan selepas saya tegur dia waktu dia tolak kerusi sehingga bergulung2 tikar di rumah..walaupun saya tak pukul, dan cuma naikkan suara sikit, ada satu perasaan pelik yang buat saya sayu selepas memarahi huda..

Saya cakap ngn suami, "kesian tengok huda.." en.suami tny kenapa.."entahla.." sy tak tahu nak jelaskan kenapa..dan on the way ke rumah semalam, bila saya pangku huda waktu dia tidur baru saya sedar, sebenarnya saya kesian kat huda sebab bila dia kena marah, muka dia seolah2 tertanya2 kenapa dia kena marah..yela, cuba letakkan kita di tempat huda, seorang anak kecil, yang tak tahu ape2, cuma nak mencuba sesuatu yang dia rasakan pelik..ye, pelik bagi dia, dan tak pelik bagi kita..

Kesayangan en.suami, sangat mudah kecil hati bila ditegur abah..ngn ummi ok je..hehe

memang mencabar nak mendidik anak, nak marah xsampai hati..kalau x ditegur pula, takut tiada pengajaran bagi dia..saya ambil kesimpulan, saya cuba tak marah dia, tetapi, cuba bercakap lembut dan tegur serta jelaskan kenapa tak boleh..

Terima kasih Ya Allah, akhir2 ni saya banyak dpt kesedaran bahawa hidup ini hanya sementara..manfaatkanlah semuanya..sehingga saya tersedar, tugas saya di sini, sebagai hamba, sebagai anak, sebagai isteri, sebagai ummi, sebagai pekerja..dll selagi ada peluang diberikan Allah untuk saya bernafas..saya akan cuba buat yang terbaik kesemua tugas ini..

Wednesday, March 2, 2011

Alfatihah..

Ptg ni baru tgk berita yang disebar di fb..seorang kawan en.suami (budak Law UIA) telah pulang ke rahmatullah..saya xkenal secara rapat dengan beliau..tp, pernah rasanya bertegur ketika aktiviti society di UIA dulu..bekerja sebagai PTD yang bertugas di Pakistan..

Apa yang lebih menyentuh hati..arwah baru dikurniakan anak keduanya bulan 12 yang lalu..arwah sempat juga catatkan coretan untuk anak keduanya dalam blognya..sedih kan..waktu kita belum tiba lagi..tapi ia pasti tiba..

Semoga kedua anak arwah dan isteri dikurniakan Allah ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini..

sedihnya tgk wajah anak-anak arwah yang masih x mengerti apa2..

Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau..Alfatihah..



p/s - Hargai mereka selagi ada..