Monday, December 31, 2012

Didik mereka dengan teknik nabi..

Assalamualaikum semua..

Dah lama tak menulis blog..nak menulis je, huda panggil, nak menulis je asma' pula menangis..hehe.. Anak-anak ni memang unik dengan cara mereka masing-masing..setiap anak pasti ada kelebihan tersendiri..

Nak dijadikan cerita, saya dah ikuti bengkel teknik mengajar pelajar corot gaya Rasulullah..kalau ikutkan peserta bengkel ni ramai yang dari kalangan guru..tapi, saya join jugak sebab saya nak tau apa cara Rasullullah yang selama ni kita tak perasan..kita selalu kata didik anak ikut alquran dan sunnah, tapi, sebenarnya kita sendiri pun tak jelas macam mana secara praktikalnya..dan sekarang teknik ni memang dah meluas untuk dijadikan panduan mendidik anak-anak..

Alhamdulillah, memang memenuhi apa yang saya inginkan..mungkin ini berasal dari niat kita sendiri juga..bila kita nakkan sesuatu, pasti kita akan dapat..sebab saya rasakan yang saya perlukan sesuatu untuk mendidik anak saya, terutama huda..dan alhamdulillah Allah dorongkan melalui bengkel ni yang kebetulan dianjurkan oleh kawan2 uia dulu..

Macam saya kata tadi, sebab huda saya terdorong mencari sesuatu untuk mendidik anak..huda ni seorang anak yang sangat tinggi emosinya..tak boleh ditegur langsung..dia akan sangat memberontak..tak taula kerana saya terlalu memanjakan dia ke apa..memang saya tak pernah pukul huda..paling marah, saya buat2 pukul atau pukul perlahan di tapak tangannya..meninggikan suara pun kadang-kadang..tapi saya memang selalulah membebel pada dia..hehe

So, kat sini saya nak kongsi salah satu teknik nabi..kalau nak tahu, teknik nabi ni dianalisis oleh Tim hadith psikologi mereka menganalisa hadith2 sahih, dan lihat bagaimana gaya  Rasulullah dalam mendidik..ada beberapa teknik nabi antaranya, teknik memuji, tidak menegur kesalahan, tidak menyiasat kesalahan (yang ni paling payah nak buat), tidak menghukum kesalahan, tutup mata pada kesalahan dll..

Teknik memuji gaya rasullullah..

Memuji anak juga merupakan salah satu cara didikan Rasulullah..dan teknik memuji ini sebenarnya membantu kepada banyak perkara lain..contohnya nak pastikan anak ikut arahan dsb..pujian gaya Rasulullah berbeza dari corak pujian yang biasa kita tahu..ini diambil dari Hadith 'pintu langit terbuka'. Beberapa kriteria pujian mengikut teknik ini ialah:

i) Memuji ketika perkara baik itu dilakukan..( jangan tangguh pujian)

ii) Tidak memuji orang tetapi memuji perbuatan ( yang ini paling biasa saya lakukan) - contohnya, bila huda mengaji, saya sebut "pandainya huda" ( salah) Kesan pada huda dia rasa diri dia pandai..dan dia akan jawab " memangla"..hehe..tambah satu lagi keburukan..rasa takabbur pada diri..hehe
Yang sepatutnya ialah - "wah, huda mengaji dengan lancar..bagus huda mengaji"..kalau tengok sekali imbas macam takde perbezaan, tapi sebenarnya memang memberi kesan pada huda..contoh, bila sebut macam tu, dia tak balas apepun, sebab yang dipuji perbuatan dia..dan dia rasa nak mengaji lagi..

iii)Memuji dengan kuat..untuk didengar orang/ anak lain dan boleh meniru perbuatan tersebut..

iv)Memuji sebelum, semasa dan selepas melakukan perbuatan..- yang ni pun saya dah praktik pada huda dan sangat berkesan! Contoh, dia belum nak mandi walaupun telah disuruh berkali2..akhirnya, dengan gaya berbual dengan asma', saya puji huda mengatakan kakak huda seorang yang pembersih dan rajin mandi, tanpa disuruh, dia terus buka baju dan mandi! Seterusnya puji dia ketika mandi dan selepas mandi..kesannya, dua tiga hari selepas itu memang dia terus mandi tanpa malas2!!hehe

v)Berikan impak terhadap perbuatan - ini supaya mereka lebih jelas dan faham kenapa perkara tersebut disukai..contohnya- bila huda rajin mengaji, nanti Allah sayang, bila Allah sayang, dapat masuk syurga :)

vi) puji juga perkara-perkara kecil..- ha, yang ini memang baik untuk anak- anak..maklumlah, diusia muda, memang mereka nakkan perhatian kita kan..

Ok, ni antara teknik memuji gaya Rasulullah., lepas ni bolehlah kawan2 cuba ye..tak rugi kita ikut sunnah Rasul..terutama dalam membesarkan anak kita..insyaAllah nanti saya akan cuba kongsikan teknik2 yang lain..