Wednesday, April 15, 2015

Trip ke Korea dengan anak kecil - Part 2

ok..hehe..dah lepas 2 bulan baru buat sambungan..adoi..busy memanjang je..

Hari Kedua


Hari kedua kami bercadang nak ke Pulau Nami ..so, perjalanan agak jauh dan makan masa lebih kurang 1 jam. Ada beberapa pilihan nak ke Pulau Nami..boleh naik bas, keretapi transit atau ITX iaitu keretapi laju tanpa transit..so, sebab ada nak kecil, kami terus ambil keretapi tanpa transit...dari dongdaemun kami menaiki subway ke cheongnyangni dan kemudian menaiki ITX terus ke station Gapyeong .Dari station Gapyeong pula, kami menaiki teksi ke Jeti Pulau Nami..dalam 3500 won harganya..


Alhamdulillah, dari kejauhan dah kelihatan Pulau Nami yang masih sedikit diseliputi salji.. Tasik pun masih ada yang beku lagi..satu nikmat yang tak boleh dinafikan..tapi cuaca sejuknya memang sampai ke tulang..lagi-lagi bila angin bertiup..si kecil Asma' tu pula memang payah nak pakai sarung tangan..memang beku la tangan tu..huhu..Pulau Nami ni kelebihannya pada pokok-pokok yang ditanam sangat cantik dan tersusun..tempat makanan halal pun tak perlu risau, sebab memang ada khusus untuk pengunjung yang mencari makanan halal..surau pun disediakan untuk membolehkan pengunjung bersolat..memang seronokla kalau berada lama di Pulau ni..pengunjung yang nak bermalam pun boleh..memang ada hotel di Pulau ni..





 Lepas dah pusing Pulau Nami, kami pun teruskan perjalanan mencari Hard Rock Cafe..pesanan sahabat-sahabat..dari maklumat yang dapat, Hard Rock cafe ni dah pindah ke Lotte World Mall yang terletak di Jamsil..so, perjalanan agak jauh..dgn cuaca yang sangat sejuk..sangat lega bila masuk dalam mall..hangat je..waktu kat Malaysia dok cari mall sebab panas kan..ni terbalik pula..hehe..seronok juga la mall dia..lebih kurang macam mall kat Malaysia juga..



























Dalam pukul 7 malam, kami terus ambil subway pulang ke Dongdaemun.. malam ni juga dah berjanji dengan kawan en.suami yang menginap di Korea..so, dia bawa kami makan ikan bakar di Dongdaemun Market.. kedai ikan bakar ni sebenarnya paling lambat pukul 9 dah tutup..tapi, alhamdulillah kami bernasib baik..masih ada lagi kedai di buka ketika kami sampai..ikan bakar, sotong sambal n sup telur kimchi ni memang buat terliur..sampai sekarang terkenang-kenang..adoila..nasib tak mengandung..kalau tak mana nak cari?? hehe..dalam pukul 10.30 macam tu kami habis makan dan sempat la jalan-jalan sekitar Dondaemun shopping mall. Dalam Dongdaemun Shopping Centre ni juga ada satu kedai survenir yang boleh dikategorikan murah..n pekedainya sangat peramah serta boleh berbahasa melayu.. ada key chain, set sudu garfu korea, ketip kuku dan macam-macam lagi yang boleh dibawa pulang sebagai hadiah kepada saudara mara dan sahabat di Malaysia..

Jadi, inilah antara perjalanan kami pada hari kedua..padat..hehe..so, u olls tunggu ye update untuk hari ketiga... :)