Sunday, January 17, 2010

Gombak Station

Saya tak suka perasaan menghantar anak ke nursery pada hari isnin..kalau ikutkan terus rasa nak pencen ceh, confirm pun tak lagi..bukak kedai jual kek dan menjaga anak di depan anak mataku sendiri...haha

Bukan ape..sepanjang dua hari ni memang seronok sgt melayan keletah huda..dari bangun tido sesudah subuh, huda akan bercakap dan membebel tak henti2...tone suara sekejap tinggi sekejap perlahan..dia sangat excited bercerita tambahan pulak kalau kitaorg bawak jalan2 keluar...menjerit2 bila naik escalator (betulkah ejaan ni?) dan huda paling seronok bila tengok budak2 main...comel sungguh huda..opps, terpuji anak sendiri plak..hehe

budak kecil sememangnye penyejuk mata...mak2 dan abah2 saya sendiri pun selalu terkenang2 kan keletah huda...setiap kali telefon, pasti kesihatan huda yang ditanya dulu..minggu lepas, mak abah saya datang dari johor nak tengok huda..nampaknya kali ni huda tak buat muka pelik...agaknya dah mula kenal ahli keluarga dia..dan malam hujung minggu tu kami keluar makan di Gombak Station..

Sebelum tu kami singgah di jusco wangsa maju sekejap...belikan mak kasut dan berjalan2 sekejap...Setakat ini, gombak station dah kami aim sebagai tempat paling strategik...sebab nye, restoran ni ada macam2 style tempat duduk...kami pilih untuk duduk kat meja jepun..bersila..tapi yang bestnya..huda boleh merangkak2 dengan bebasnya..cuma dia asyik nak masuk bawah meja je..so, bolehla kitaorg makan dengan tenang skit...haha


En.Saman lah yang paling setia melayan kerenah cucunya..orang lain dah tak ingat dah..mengadap makanan je la...

Mak macam biasa tak se excited anaknya nak mengambil gambar....hehe

Aishah..adik bongsu saya ni pun macam budak2 sekarang yang suka wat gaya kekonon comel tu..hehe


Dan suami saya memang suka berselindung di sebalik saya yang ala2 cute tu...hehe

Seronok sangat melayan huda di hujung minggu. Bersyukur pada Allah saya dapat merasai mengalaman indah bergelar ummi..So, kawan2 pun leh la try makan kat Gombak Station ni...bertentangan dengan rumah Pak Ali di Gombak...(tak dapat ape2 komisen pun tau!)