Wednesday, November 13, 2013

Pejabat baru..tadika baru..

salam..
Lama sungguh tak update blog..Alhamdulillah sekarang aku dah di pejabat baru..nak sangat pindah putrajaya kan..haha..

Everything goes well..walaupun x dapat balik sharp..at least dah boleh memasak kat rumah..dapat jumpa Asma'..cuma huda je yang lewat sebab masih ikut abah dia..

Tahun depan huda pun akan berpindah ke tadika baru di Putrajaya..

Cakap pasal tadika ni, sebagai mak, kita memang selalu nak yang terbaik untuk anak..apepun, tadika huda sekarang cukup menenangkan hati aku..walaupun tak english sangat, tapi, nilai murni dan nilai islam yang cikgu2 ajar sangat menggembirakan kami..

Tadika baru huda nanti akan sangat advance.. all class sessions will be handle in english, mandarin class pun ada..math lagi..dah macam nak darjah satu anak aku..waktu daftar huda, teacher dia tanya aku if huda dah boleh membaca sebab anak murid dia yang 4 tahun semua dah advance..yup, huda dah boleh membaca dan menulis simple words in malay..tp, english, dia cuma ada banyak vocab dan x boleh membaca..so, dia cadangkan beli buku n ajar huda membaca simple english.. baru sebulan beli, memang huda dah boleh membaca buku tu..rupanya sangat simple mengajar budak reading english..hehe..

Tapi, macam yang aku cakap awal tadi..yang terbaik untuk anak kita..aku tanya diri aku balik..is this  the one i want??she can read english..she can write well..no..no.. aku lebih suka huda bercerita pasal islam, pasal perkara baik, pasal nabi2..yang aku risau xde nanti..yup, itu boleh dipupuk dirumah..tapi, huda ni memang dari kecik aku tengok perangai dia..kitaorg ibu abah dah lama bercerita perkara sama, tapi yang cikgu dia cerita yang dia lekat..huhu..tapi nak buat macam mana, takde tadika macam ni kat sini..

So, pengorbanan perlu ada..aku kena ambil tugas cikgu imai..(yang sememangnya tugas aku pun!)..let tadika baru dia ajar akademik..aku kena fokus pada yang lain..


Tahun baru..azam baru..

moga aku dapat jalankan amanah Allah ni dengan terbaik..Huda, Asma'..let's do the best!!



Tuesday, August 27, 2013

Cerita lama tak update..

Salam semua..

lama tak menulis dah..macam setahun satu entry je ye?hehe..emm..macam-macam perkara nak cerita, tapi memang x dapat la nak cerita dalam satu entry jek..ipad yang ada tu tak pandai la pulak nak buat update blog..kena ada software..tu payah tu..hehe..

meh tgk dulu gambar pasport huda dan Asma'..hehe..muka stress dua-dua..hehe


Alhamdulillah asma' dah hampir setahun dan huda pula dah semakin membesar..huda semakin banyak akal dan alasan..hehe..suka membebel dan bercerita..bercakap dah macam orang dewasa..pernah satu ketika, saya ke kedai, ambil maggie..terus dia membebel..ummi ni, makan ni nanti otak tak ingat..cuba jawab..1+1 berapa..haha..terpaksala buat2 tak ingat supaya dia x nak makan benda2 macam ni..haha..(mak melantak xpe, anak x boleh ea..)

Dalam masa yang masa, masih rasa cemburu pada adiknya..kalo tgh sibuk sangat dengan asma' mesti dia bising..'ummi ni, asyik sayang asma' je..x sayang huda pun'..Amna Huda..sorry sebab ummi selalu leka main ngn Asma'..hehe

Asma' pun dah banyak ragam..dah pandai meniti dan berdiri tapi masih x boleh berjalan..sangat peramah dan suka pada binatang..hehe..sangat aktif..sekejap je nak masuk usia setahun..alfurqan satu pun ummi belum mula lagi..adoi..

Kalau pikir kan masa depan anak2, sangat berharap saya dapat tukar ke putrajaya supaya dapat lebih spend masa dengan anak2..tapi, bila lebih rasional, saya hanya berdoa yang terbaik Allah tetapkan untuk saya..sekurang-kurangnya sekarang kami spend beberapa jam dalam kereta bersama-sama..baca ma'thurat bersama-sama..haha..nampak macam seronok je kan?hehe..honestly, x larat juga sebenarnya berulang alik jauh ni..

Ok..saya berazam nak cuba update blog ni selalu (sila percaya..)..supaya satu hari nanti Amna Huda dan Asma' akan dapat baca tulisan saya..hehe

Jumpa lagi next update..hehe