Tuesday, June 29, 2010

Ke Pulau...

Dua hari lepas, kami bercuti ke Pulau Pinang..sebenarnya saya dok kat hotel je pun..hehe..

Sepanjang dok dalam hotel dgn huda, macam2 permainan kitaorg main..main bola, main anak patung..seronok sgt layan huda..tapi, yang tak syok nya, huda jatuh katil..beria en.suami ajar huda cara nak turun katil kat hotel tu..(maklumla, kat umah tu tilam je)..dia tetap main serbu je kalau nak ke bawah..Sampaila waktu sy tgh masak bubur huda, dia nampak khusyuk tgk gambar budak2 dalam majalah PA&MA, sambil mengoyak2 majalah tu..jadi saya pusingla nak lenyek2 lobak huda..tak sampai 5 saat, saya pusing balik, dia dah meluru ke arah saya dan........opps, tak sempat nak sambar, huda dah terjatuh..nasib baik sempat juga pegang badan dia..ape lagi, menangis sungguh2 la dia..

Saya pujuk dia dgn terus menyusukan huda..buat lawak2, dan dia tersenyum balik..tapi, yang bagusnya, dia dah tak berani nak meluru je ke tepi katil..dah mula nak ikut ajaran abah dia..hehe..kesian huda, merah dahi dia..alhamdulillah la hotel berkarpet, kalau tidak, mesti benjol..Malam kedua kami ke rumah Liana, kawan masa UIA..seronok jumpe Liana, termotivasi sungguh tengok stok susu Liana yang berbotol2 tu ..tercabar sungguh! so, en suami, nak ke belikan saya madela free style??hehe..

Dan sebelum balik, kami sempat jugak naik feri, bukan main excited sangat huda..bergoyang2 je badan dia, macam kononnya tengah naik kuda mainan kat shopping kompleks tu..bila tgk air pulak, macam nak terjun je..seram betul nak pegang dia dekat dgn laut..macam biasa, bila huda dah terlampau excited, dia tak nak masuk balik dalam kereta..hehe..

Tapi,nak dijadikan cerita, balik je semalam, saya dah mula rasa tak sihat..mcm nak demam je..bila tanya puan nurul, rupanya breast melebam(betul ke tak, tanya pn.nurul..hehe) coz kalau nak kata membengkak, tak bengkak pun..mulanya, saya ingat just sakit sebab 'nipple crack', tapi, walaupun luka dah baik, sakit masih lagi terasa. Terutama bila huda start hisap..sakitnya xdapatlah nak digambarkan..mengejang sampai menitis air mata..sakit satu badan..

Waktu huda hisap semalam. dia dalam keadaan mamai sebab tgh malam..biasanya, bila saya mengerang sakit, dia mesti akan usap muka saya dengan jari-jari comel dia tu..sambil seolah bertanya kenapa ummi nangis? Tapi semalam, dia dah tak ingat dah, main hisap je, tu yang mengejang2 badan sampai nak demam..

Dan hari ni saya tak bawa pun pam spektra macam biasa..sebab bila luka, biasanya darah akan keluar, dan kalau guna pam terasa sakit yang amat dan darah tu boleh tercampur dalam susu..membazir je..so, saya perah guna tangan je hari ni..lenguh jugakla tangan ni..start belajar guna tangan ni sejak saya tertinggal pam masa berkursus dulu..Tapi, kalau nak tau cara sebenar guna tangan, boleh tgk kat sini..

Suami tanya saya, nape bagi huda hisap kalau dah sakit, saya pun tak tau nak jawab..agaknya inilah yang dinamakan 'kasih ibu'..sanggup korban ape sahaja untuk anak..hehe..saya terfikir, biarlah segala perit pengalaman menyusu dan pengorbanan membesarkan anak dikongsi pada huda, bukan untuk dibalas pengorbanan ini, tapi, supaya huda faham satu hari nanti bagaimana besarnya kasih ummi dan abah..

p/s - Nak bersemangat kumpul stok susu balik..

Wednesday, June 23, 2010

Setelah berkurun lamanya(kata makcik nurul) akhirnya, pagi ni baru ada mood nak update blog...haha..actually, sejak puan nurul kat ofis tu bersalin, mmg tak sempat nak buat mcm2 benda..(boleh terima ke alasan ni??)But now, I'm BacK!!



So, yang terbaru, huda dah nak berumur 1 tahun..progress? macam2 benda baru yang dia dah update..pandai nak tarik perhatian, buat2 nangis..merajuk..dsb..sgt menghiburkan, tak pernah pun rasa bosan layan huda..Itulah pasalnya, tak boleh buat keje lain, tesis yang tak dibuat2..(I'm sorry Dr. Muslim, please understand me..hehe), blog tak update dan macam2...Huda masih breastfeed walaupun ummi huda ni pemalas..huda jugak dah tak selalu demam, dah lama tak pergi bawak huda jumpe Dr, Alhamdulillah..

Pastu, yang merisaukan ialah huda cepat marah..tapi, cepat jugak kecil hati kalau saya tegur dia, en.suami kata cara saya tegur salah..dan buat dia memberontak..entahla, ummi huda ni cuba sedaya upaya kawal perasaan..tak pernah pun terkeluar sebarang perkataan tak elok, coz saya tak nak ia jadi satu doa untuk huda..betul kan?

Saya tgh memikirkan persiapan nak sambut bithday huda..buat di rumah atuk huda kat jb.. sekali dengan dua pupunya fahri..sebenarnya, en.suami kata tak payah coz nanti member2 uia dah nak wat reunion bersekali dengan sambutan birthday huda + hannan(anak di) + firaz(anak asiah)..tapi, saya nak juga buat memikirkan birthday mesti menjadi satu event yang wajib disambut bersama ahli keluarga walaupun kecil-kecilan termasuk jugak hari ibu dan hari ayah..ye lah, nanti biasanya ummi jugakla yang akan ingat birthday anak-anak..abah? tak taula...hehe..Kek untuk huda dah ditempat dari Kak WanSu, comey sangat kek2 dia..mkcik huda yang kat jb tu dah excited nak buat macam2..jadi, tunggu je la hari kejadian..


Awal bulan Jun haritu, en.suami sudah berkonvo untuk menjadi seorang PTD berjaya? tahniah abg, cepat-cepat uruskan confirmation tu ye..hehe..hari knvo tu, saya datang dengan huda berdua je..xsempat pun nak belikan bunga..takpela kan, datang pun kira ok kan? hehe..

Dan tadi, baru je selesai menjawab soalan PTK, emm..bab pTK ni tetiba rasa nak berhujah ni..macam jawab soalan subjek Law atau subjek yang menghafal je tadi..macamane nak dapat aras IV ni?nape lah agaknye susah sangat nak dinaikkan pangkat atau gaji dalam kerajaan ni?(gaji rm90++ tu tak kirala).. performance betul2 di nilai ke? performance dinilai dari LNPT..adil ke? kalau org tu sibuk sangat keje, sampai tak sempat baca untuk PTK, sampai bila pun tak dapat naik..kena bersaing sungguh-sungguh dalam kerajaan ni..nasib badanla jadi orang gomen kan..huhu

So, hopefully lepas ni, lebih banyak la post yang ada dalam blog ni..

Sunday, March 14, 2010

Huda Demam Campak!!

Sejak hari Isnin lepas, badan huda akan panas bila malam..kami tak jangka ape2 sebab dia akan ok bile pagi dan aktif macam biasa..tapi, hari khamis tu, badan huda still panas..so, decide nak gi klinik dulu sebelum gi ofis..kami nak ke pusat perubatan naluri, ada pakar kanak-kanak, tapi tgk kad huda, paed ada kul 2.30-9.00 mlm..pikir punya pikir, akhirnya bawa huda ke Hospital Al-Islam ( Kg. Baru Medical Centre nama lamanya)

Bila jumpe dr, dr tgk huda mcm biasa..masih aktif dan tak berhenti membebel..hehe..tp, terkejut jgk dr bila cek suhu badan dia 38 drjh celcius..so, dr bg ubat demam dan antibiotik..dr suh tgk perubahan selepas abis antibiotik..tak boleh cek darah dulu..

Jadi, hari tu saya terpaksa EL mengenangkan suhu badan huda yang tinggi..xsampai hati plak nak biarkan dia dok nursery..tghari tu huda masih bermain2 sampai sy sendiri tertido..tp, bila petang, huda dah start tak larat..malam tu bdn dia panas sgt..tak tido malam tu sebab sentiasa lap badan huda..kami masih bagi ubat demam dia..dan jumaat tu saya hantar dia ke nursery mcm biasa bila tgk dia dah ok..

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
-Demam tinggi 
-Batuk, selsema dan sakit tekak 
-Mata berair dan sensitif kepada cahaya 
-Sakit otot

Pagi Sabtu, saya perasan ada ruam2 halus kat belakang badan huda..ingatkan ruam biasa..so, kitaorg wat taktau je la..tapi, makin lama makin byk ruam tu dan dah bertambah di tangan..kami pun pegi beli air kelapa untuk pastikan kalau betul huda kena campak, semuanya akan keluar..lepas huda minum air kelapa, ruam2 halus tu makin byk keluar  dn betambah ke bahagian muka dan perut..yang peliknya, hudaa masih aktif dan tak seperti terasa gatal...

Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.


Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Samada huda kena demam campak atau tidak, saya tetap risau dan memikirkan perlu ke untuk ke klinik lagi..Saya search internet kalau2 perlu jumpe dr. dan dapat info dari website MOH yang ruam tu akan hilang dengan sendirinya..jadi, saya biar je la ruam tu keluar sampai habis..org kata, kalau dah keluar sampai tapak kaki, maknanya dah nak habis la tu..tapi, petang tadi ruam tu baru ada sikit2 kat kaki..

Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :

-Panadol untuk mengurangkan demam 
-Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata 
-Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bila bincang2, en.suami kata dia akan EL esok..coz saya ada quite important meeting..hehe.. terpaksala berganti..Selasa ngn rabu, saya nak apply cuti plak jaga huda..xkan nak hantar kat nursery plak..maklumla, campak ni boleh berjangkit..sian plak bebudak lain..

Mengikut buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit; oleh Ust Harun Din..ada doa untuk menyembuhkan demam campak: iaitu dengan membaca Al-fatihah, selawat syifa dan surah Al-Hasyr ayat 21-24. Boleh juga kita amalkan..

p/s- Walaupun huda sakit, huda tetap menghiburkan hati ummi dan ummi doakan huda cepat sembuh ye...sayang huda..

Tuesday, March 9, 2010

Sanggupkah kita???

Kisah ni saya dapat dalam post forum susuibu.com...sangat sedih tapi dalam masa yang sama membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus menyusukan huda sehingga 2 tahun..

Untuk renungan ibu-ibu, bakal ibu serta xlupa juga bapa2 supaya lebih menghargai ibu kita dan ibu kepada anak2 kita...

Tentang perjuangan ibu pada zaman 80-an yang melahirkan anak tidak cukup bulan dan berikan anaknya susu ibu.... Walaupun kurang kemudahan dan pendedahan, ibu ini kuat jugak semangatnya...adakah kita sanggup berjalan kaki bkilometer slps bsalin, stay kat hospital dr subuh ke maghrib, memerah guna tangan utk myusukan anak ???

Assalamualaikum Mak..
Adik rasa begitu pantas nya waktu berjalan
Terlalu bosan rasanya bila mak tanpa disisi
Sedar tak sedar hampir setahun mak pergi tinggalkan adik
Terasa baru semalam adik tidur dgn mak

Mak..
Mak igt tak adik dr kecil smpi besar
Suka tido dgn mak?
Hehehe mesti mak igtkan dgn perangai
Anak bongsu mak sorang nie

Disaat spt itu lah mak suka
Bercerita dgn adik ..terutamanya
Pengalaman mak menjaga adik dari bayi lagi

Mak..
Mak pernah cerita kat adik
Mcm mana mak bersalin kan adik dulu
Mak cakap adik tak cukup bulan kan ??
Mak bersalin kan adik semasa
Kandungan berusia 7 bulan

Mak cakap mak mengalami kemalangan
Berlanggar dengan lori sedangkan
Mak pula ketika itu hanya
Menaiki basikal tua tuk
Menjual kuih..masa mak cerita tu
Adik sedih..sedih sangat…
Mak ingat tak?

Mak ckp mak tak sedarkan diri
Dan perlu melakukan pembedahan
Demi menyelamatkan adik
Tapi dengan kuasa ALLAH
Adik selamat…

Mak..
Pada saat itu bermula lah pengorbanan mak
Mak ingat tak mak ada cerita kat adik
mcm mana mak menyusukan adik??
Mak cakap, adik tak boleh menyusu mak terus
Sebab adik kena duduk dlm “kotak oksigen”
Dan keadaan adik masa tu agak kritikal
Sebab mak cakap berat adik tak sampai 1 kg

Tapi mak tak pernah putus asa
Mak tak bagi doctor & misi tu
Bagi susu tepung kat adik
Mak cakap nak guna susu mak kan ??

Mak cakap dulu tak tau pasal pam2 nie
Jadi mak perah guna tangan jer la
Lagu pon mak kata kita tak mampu
Nak beli pam sebab bapak pon
Kerja sebagai tukang kebun jer
Di jabatan kerajaan mana la nak cari duit nak
Belikan mak pam& nak beli susu tepung

Mak..
Mak tau tak perasaaan adik masa tue???
Rasa macam nak cium2 jer mak
Lepas tu nak jerit mcm nie
MAK ADIK SYGKAN MAK SGT!!!!
Mak berkampung di hospital tu sampai sebulan
Mak cakap kalo nak bagi susu kat adik
Kena guna tiub yg disediakan…masa tu
Mak kata hati mak sakit sgt bila tgk adik dlm keadaan
Yg mcm tue…

Lepas tu mak cerita kat adik lagi
Mak kata doctor suruh mak keluar wad
Sebab mak terlalu kat sana & adik pulak
Masik kena tinggal di d lm kotak oksigen tu lagi..

Mak tanya doctor susu mcm mana??
Dokator cakap guna susu dari hospital
Mak meronta-ronta tak nak
Mak kata mak akan hantar susu’
Doctor tak ada pilihan melainkan
Setuju dengan mak..

Bila adik Tanya mak cm mana mak hantar susu
Sebab hospital masa tu agak jauh…
Mak jawab mak jalan kaki la…

Mak…
Walaupon mak jawab ngan senyuman
Tak dapat adik bayangkan keadaan mak masa tue..
Subuh 2 mak kuar umah jalan ke hospital
Tak boleh naik basikal sbb kesan operate tu terasa lagi..
Mak tunggu di hospital smpi ler maghrib..
Mak dah perah siap2 tuk malam nnt bg nurse…

Mak..

Mak igt tak adik ada tanya kat mak
Kenapa mak sanggup wat mcm tue??
Mak jawab mak nak adik ‘hidup ‘
Dan sihat walaupon keadaan adik kritikal..

Mak cakap hanya guna susu mak jer
Yang boleh bagi adik sihat
Sebab mak cakap susu mak byk khasiat..
Bila adik tanya mak apa khasiat nya??
Hehehe mak senyum jer..
mak cakap mak tak tau byk
Cuma mak tau byk antibody jer…

Tapi mak ada cakap gak..
Apa-apa pemberian dr ALLAH
Itu adalah yg terbaik dlm hidup manusia
Cth nya mcm susu mak nie…
Mak cakap tak der susu lain yg terbaik
Selain dari susu mak kan ??

Mak
3 bulan dah berlalu tapi mak cakap adik tak kuar lagi
Sebab adik mengalami masalah pernafasan
Oleh itu adik kena bergantung ‘tong oksigen ‘
Tapi mak kata adik dah tak dok dlm ‘kotak oksigen ‘
Mak gembira kan ??? walaupon mak kena bg susu
Guna tiub tapi mak penuh sabar menjaga adik..

Mak..
Mak ada cakap selepas 2 minggu br adik kuar hospital
Mak seronok sangat2…adik tanya kenapa??
Mak jawab tu la pertama kali adik menghisap ‘tek’ mak
Hehehehe kita gelak sakan bila mak cerita kisah tue.
Mak igt tak???

Mak ...
Bila adik dah membesar mak masih menyusukan adik kan ??
Yong (kakak) cakap adik paling lama hisap susu mak
Yong cakap sampi umur adik 4 tahun..
Bila adik tanya mak naper lama sangat??
Mak jawab mak nak adik SIHAT betol2
mak tak nak adik sakit lagi

Mak...
Mak igt tak dari kecik sampai la adik tingkatan 2
Hidung adik asyik berdarah jer kan ..
Hehe anak mak nie asyik susah kan mak jer kan ??
Tapi mak tak pernah bersungut..

Mak …
Dah berbelas-belas tahun berlalu
Anak bongsu mak nie masih hidup & sihat
Anak mak ni cemerlang dlm semua bidang
Mak tentu bangga kan ??

Mak..
Mak tau kenapa adik boleh jadi cm nie??
Ini semua kerana penat lelah mu mak
Kerana menyusukan ku..
Dari hasil SUSU mu itu la adik bole jadi mcm nie..

Mak…
Mak igt tak semasa adik balik dr ngaji
Kain baju kurung adik terkoyak..
Adik cakap kat mak adik terjatuh kat tangga surau kan ??
Tapi sebenar nya adik jatuh dari pokok mempelam
Belakang surau tu..mak tau kan anak mak ni suka makan pelam.

Mak..
Tujuan adik menipu tu tak nak bg mak marah
Adik takut kena pukul..tapi bila malam tiba
Adik cakap terus terang jer..
Mak teus cium adik,adik tanya mak kenapa?
Mak kata mak tau adik tak kan menipu mak
Sebab nak yg minum susu ibu nya dengan baik
Hati nya lembut dan takkan sesekali nak melukai hati ibu nya..
Masa mak cakap tu adik dah nangis dah …

Mak ..
Adik teringat mak jaga anak nyah dulu..
Mak marah betol ngan nyah
Sebab nyah tak bagi anak nya susu badan sepenuh nya..
Mak cakap nyah PEMALAS…
Mak marah betol masa tue sampai mak tak bercakap ngan nyah..
Mak..
Maafkan la nyah…tapi mak berdegil tetap ada perasaan marah jugak
Mak kata kalo mak ada susu dah lama mak bg kat cucu mak tue...
Sampai mcm tu skali mak marahkan nyah..
Akhirnya nyah akur ..nyah pam susu dan hantar kat mak..
Baru mak senyum

Mak..
Baru adik tau kedegilan ku dapat dari sapa
Hehehhe semestinya dari mak kan ???
Mak degil masa nyah bg susu tepung tue..
Mak tak bagi susu tepung tu kat cucu mak
Malah mak tepon nyah suruh balik susukan anak
Begiitu kuat pendirian mak..

Mak..
Sekarang adik dah besar & br start kerja
Adik seronok sgt bila dapat gaji bagi kat mak duit..
Mak pon mastu seronok kan ??
Sekarang mak suruh adik bwk balik kwn adik tue
Mak cakap mak nak kenal kan ??

Adik dah bawak balik mak…
Mak suka sgt ngan pilihan adik
Tapi mak adik tak serius lagi masa tue…
Mak marah adik…

Mak terus cakap kat kawan adik
Kalo betol suka kan adik
Suruh dia ambik adik jadi isteri yg sah..
Adik terkedu betol masa tu
Hati adik meronta-ronta tak nak kawin lagi

Pada 08.02.2008 adik kahwin jugak
Mak igt tak masa adik gi honeymoon kat langkawi
Adik bawak mak ngan bapak sekali??
Kita ada jumpa seorang perempuan nie
Menyusukan anak dia guna botol..
Mak tanya dia guna susu apa
Perempuan tu jawab guna susu ENFALAC
Terus jer mak tanya naper tak guna susu sendiri
Huhuuhu perempuan tu malu2 alah jer nak jawab
Katanya susah la..
Aduhai…mak mengeluh panjang bila dengar jawapan tue..


Mak
Mak ingat tak mak berceramah panjang ngan perempuan tue
Sampai perempuan tu pergi tempat tersorok menyusukan
Anak nya guna susu badan nya..
Alahai mak ku smpi mcm tu sekali pendirian mak..

Mak
Pada awal August 2008 mak dah mula sakit
Mak cakap mak sakit pingang
Jenuh ku dah bawak ke pakar
Doctor ckp ada masalah saragh tunjang
Tak lama pastu mak mula rs kebas2
Disebelah kanan..
Adik terus bawak mak pergi hospital
Doktor sah kan mak lumpuh separuh badan

Mak..
Mak tau tak cm mana perasaan adik masa tue??
Rasa nya jantung adik terhenti seketika waktu tue
Rasa nya hati ni di carik2
Rasa nya badan nie melayang2 di udara
Isk..isk…isk adik tak tahan mak …
Tak tahan tgk mak seperti itu…

Mak…
Selepas mak dikeluarkan hospital
Kami adik beradik beli
Semua kelengkapan mak
Supaya mudah tuk mak
Melakukan fisioterapi di umah

Mak..
Mak dah sebulan mak mcm nie
Tak ada perubahan tapi adik
Tak akan putus asa adik akan ikut
Semangat mak cm mak susu kan adik dulu

Mak..
Mak igt tak adik mandikan mak setiap kali
Adik balik kerja?? mak igt tak??
Ada satu hari lepas adik mandikan mak
Adik terus cium mak adik cakap kat mak
Yang adik mengandungkan??
Masa tu mak suka betol…manis betol senyuman mak

Mak
Malam tue adik nak basuh berak mak
Mak tak bagi adik dukung mak..
Mak kata takut adik gugur lak nnt sbb mak berat
Tapi adik nie degil jugak ..adik angkat jugak mak
Gi toilet ngan menantu mak tue…

Lepas tu adik pakai kan mak pampers
Tapi mak menangis …
Mak kata tak sia2 mak SUSUkan adik
Isk..isk..isskk adik terus peluk mak
Sampai tertido kan ??
Ermm anak mak ni masih suka tido ngan mak tau…

Mak..
Tak lama lagi kita nak raya..
Abang dah belikan baju kat mak cantikkan??
Mak senyum jer…

Mak
Lagi 2 hari nak raya ni mak…
Pagi tu adik mintak resepi nak buat rendang tok kat mak
Sebab mak suruh adik masakkan??
Tapi malam tu mak sesak nafas
Abang cepat2 bawak mak gi hospital

Mak..
Sekali lagi jantung anak mak terhenti seketika
Kali ni hati adik macm dihiris2
Bila doctor cakap paru2 mak di jangkiti kuman
Hampir 80% dan peluang tuk hidup amat tipis

Mak..
Ni malam raya …mlm ni adik tak tido ngan mak yer
Adik balik nak buat rendang mak..
Malam ni kak chik jaga mak yer..
Subuh sok adik datang bawak rendang
Adik datang mcm mana mak dtg antar susu kat adik dulu..

Mak..
Ari ni kita raya mak senyum jer..
Mak suka yer anak2 mak ada kat mak
Adik suap mak rendang adik masak
Tapi mak ckp tak rasa apa pun
Adik tau mak dah tak ada deria rasa

Mak sekarang keadaan mak makin lemah
Adik beraya ngan mak atas katil hospital
Mak igt tak adik mintak ampun ngan mak
Adik mintak mak ampunkan segala dosa adik
Dan mintak halalkan mkn minum adik
Tapi mak kata adik tak da dosa ngan mak
Iskk..iskk adik terharu betul masa tue
Pastu mak ckap mak HALALkan susu yg mak
Berikan pada adik
Ya allah masa tu hati adik hancur berkecai
Adik peluk mak sampai tak nak lepas kan mak..

Mak
Hari dah malam ni nak masuk ari ke-4 kita raya
Malam ni adik tido ngan mak kan ??
Malam ni adik nak peluk mak..
Tapi taku nurse marah adik baring atas katil mak..
Tapi tak per la adik peluk tangan mak jer…
Tapi mak senyum jer...

Mak..
Malam tue mak tido lmbt mak kata mak tak boleh tido
Adik teman mak kan ??
Mak pesan kat adik supaya adik jaga kandungan tue..
Mak suruh nanti asuh anak sebaik mungkin
Mak suruh adik janji yang adik akan susukan anak adik
Mak cakap jgn bg susu lembu…
Mak suruh adik Janji ngan mak kan ???
Mak igt tak??

Mak
Hari dah pagi nie.. nape mak tak bukak mata lg??
Bila adik panggil lemah jer mak bukak mata
Adik panggil doctor
Doctor cakap PLS PREPARE….
Mak jangan tinggal kan adik!!!!!!

Mak…
Hari nak malam nie…
Keadaan mak semakin nazak
Kami bawak mak balik umah
Mak tau tak
Ms dlm perjalanan nak balik tu adik bwk keta
Dlm keadaan separuh sedar..
Kenangan bersama berputar dlm kepala ni
Air mata tak mampu nak tahan

Mak..
Sampai di umah mak kuar dr ambulans..
Mak kami letak atas tilam..
Sesudah nya nurse tanggalkan oksigen
Mak tgk anak2 & bapak
Tak sampai 10 minit…..pukul 10.05mlm
Isk…isk.. mak TINGGALKAN KAMI..

Mak ...
Jam 11.30 tgh hari mak dimandikan
Anak2 mak yang mandikan mak
Mak mesti rasa bertapa lembut nya kami gosok badan mak kan ..
Adik gosok kaki ngan tangan mak…mak nmpk kan ??
Lepas tu mak di kapan kan ..dan di bawa ke masjid tuk disembahyangkan

Mak ..
Mak tau tak abang yang jadi imam solat jenazah mak utk mak..
Mak mesti tau kan …

Mak
Malam tu adik kemaskan barang mak
Adik Nampak sepucuk surat ..
Rupa nya surat mak kepada anak2 mak...
Mak cakap mak maaf kan semua anak2 mak
Mak HALAL kan susu yg mengalir dlm tubuh
Semua anak2 mak..
Mak pesan bagi susu badan kat cucu dia
Isk..isk masa tu nyah menangis teruk

Mak..
Sejak ari tu mmg kami adik beradik
Mmg berjanji akan bg susu badan kat anak2 kami
Akan kami jaga anak kami mcm mak jaga kami..

Mak..
Selepas mak pergi mak dapat 4 cucu sekali gus..
Mak tau tak…adik dapat anak lelaki
Kalo mak ada mesti mak suka kan ??
Adik nama kan cucu mak MUHAMMAD DANISH

MAk..
Adik kotakan janji adik pada mak
Adik susukan Danish mak..
Tapi Danish suka guna botol la mak
Tapi susu nya tetap susu adik
Mak jangan risau yer..
Kalau dulu mak boleh bg susu mak dlm tiub
Kenapa adik tak boleh bagi susu adik dlm botol kan ??
Adik tak nak MALAS mcm nyah dulu..
Mak tau tak sekarang dari empat ,tiga cucu baru mak tue
Sepenuhnya menyusu badan…
Anak kak chik tue campur sebab kak chik ada masalah skit
Tapi kak chik pon tgh usahakan jugak

Mak..
Adik tak sempat belajar ngan mak pasal penyusuan nie
Adik belajar ngan FORUM RATU HATI...
Mak tentu bangga kalo adik cerita kat mak pasal susu ibu nie’
Tapi mak..adik tak sempat nak cerita kat mak..
Mak tau tak kat forum nie ramai pejuang spt mak
Pejuang utk kekalkan anak2 mereka sentiasa sihat..
Mcm mak berjuang untuk susukan adik dulu..

Mak…
Cukuplah sampai disini dulu..
Nanti kawan2 kat forum nie sedih pulak..
Adik tak nak diorang sedih…
Adik diorang baca cerita mak ni sbg pembakar semangat
Untuk menyusu anak mereka..

Mak..
Mak jangan mara yer adik cerita kat forum nie..
Adik nak share pengalaman mak pada semua kaum ibu
Supaya menjadi renungan…

Mak..
Adik nak mak tau..yg ketika ini perasaan rindu tu
Semakin menebal sehingga menusuk2 hati nie
Terasa sakit nya mak..kerana menanggung rindu
Tapi yg adik mampu hanya sedekah al fatihah jer.. Adik berenti dulu yer mak… ASSALAMUALAIKUM..

Sunday, January 17, 2010

Gombak Station

Saya tak suka perasaan menghantar anak ke nursery pada hari isnin..kalau ikutkan terus rasa nak pencen ceh, confirm pun tak lagi..bukak kedai jual kek dan menjaga anak di depan anak mataku sendiri...haha

Bukan ape..sepanjang dua hari ni memang seronok sgt melayan keletah huda..dari bangun tido sesudah subuh, huda akan bercakap dan membebel tak henti2...tone suara sekejap tinggi sekejap perlahan..dia sangat excited bercerita tambahan pulak kalau kitaorg bawak jalan2 keluar...menjerit2 bila naik escalator (betulkah ejaan ni?) dan huda paling seronok bila tengok budak2 main...comel sungguh huda..opps, terpuji anak sendiri plak..hehe

budak kecil sememangnye penyejuk mata...mak2 dan abah2 saya sendiri pun selalu terkenang2 kan keletah huda...setiap kali telefon, pasti kesihatan huda yang ditanya dulu..minggu lepas, mak abah saya datang dari johor nak tengok huda..nampaknya kali ni huda tak buat muka pelik...agaknya dah mula kenal ahli keluarga dia..dan malam hujung minggu tu kami keluar makan di Gombak Station..

Sebelum tu kami singgah di jusco wangsa maju sekejap...belikan mak kasut dan berjalan2 sekejap...Setakat ini, gombak station dah kami aim sebagai tempat paling strategik...sebab nye, restoran ni ada macam2 style tempat duduk...kami pilih untuk duduk kat meja jepun..bersila..tapi yang bestnya..huda boleh merangkak2 dengan bebasnya..cuma dia asyik nak masuk bawah meja je..so, bolehla kitaorg makan dengan tenang skit...haha


En.Saman lah yang paling setia melayan kerenah cucunya..orang lain dah tak ingat dah..mengadap makanan je la...

Mak macam biasa tak se excited anaknya nak mengambil gambar....hehe

Aishah..adik bongsu saya ni pun macam budak2 sekarang yang suka wat gaya kekonon comel tu..hehe


Dan suami saya memang suka berselindung di sebalik saya yang ala2 cute tu...hehe

Seronok sangat melayan huda di hujung minggu. Bersyukur pada Allah saya dapat merasai mengalaman indah bergelar ummi..So, kawan2 pun leh la try makan kat Gombak Station ni...bertentangan dengan rumah Pak Ali di Gombak...(tak dapat ape2 komisen pun tau!)

Tuesday, December 29, 2009

Accountant in Training!!

Waktu pulun nak menghabiskan kerja hari tu, huda pun ikut sama ke ofis..semua mainan dia saya angkut sama...kononnya taknak bagi dia boring...tapi, at last, nak jugak duduk kat ummi dia..so, terpaksala cek bayaran sambil memegang huda...


Tapi, dengan syarat...huda pun nak kena pegang kertas jugak...if not..maka koyakla baucar-baucar orang lain...hehe..anak saya ni memang sgt teruja terhadap kertas dan plastik...Nampak steady je dia tgk monitor komputer tu kan...hehe


Pastu bila dah penat, kami biarkan huda bergolek-golek atas tilam yang dibentangkan tikar... sempat lagi dia posing apabila abah dia amik gambo...nasib baik amik gambo dgn handset, kalo tak mesti dia buat muka pelik...hehe..

Nasib baik huda tak banyak ragam...merengek2 dan lastly tertido...
Waktu malam plak...dia sanggup taknak tido walaupun dah mengantuk...nape ek? budak2 suka tahan mata dia kan asalkan dia dapat main..


dia pun nak menulis dan menghentak-hentak pen dan kertas atas meja...sambil mengesot laju atas meja tu..mentang-mentangla meja tu licin...hehe...

mula-mula memang excited la ..tapi tak lama je, dah mengamuk nak pegang mouse dan memicit-micit keyboard...Anyway...buat kerja dengan ditemani anak tetap membuatkan hati kita jadi lebih tenang...banyak macammane pun tak stress..asalkan suami anda ada untuk memujuk dan menyalin lampin anak anda bila2 perlu...

Yang penting keje kena ikhlas...tensen pun, senyum je la...kena pekik pun, jauhkan je la gagang telefon dari telinga anda...haha..

Monday, December 28, 2009

Akhirnya....

Alhamdulillah...

Dah berbulan tak update blog...pergh...keje bulan lepas bukan main banyaknya..akhirnya selesai jugak..hehe..hari ni tak boleh peraku baucar pun...sampai 2hb la leh enjoy sebelum bertungkus lumus semula untuk akb apakah benda alah ni apapun, sian kat huda...dah seminggu sama-sama berkampung kat ofis ni..hehe


Dengan bertemankan meja yang berserabut amat....memang satu kenikmatan bila dah boleh jenguk2 blog...dan mengemaskan meja dengan membuang segala macam benda yang tak sepatutnya ada...akhirnya licin jugak mejaku ni...haha (jangan jeles pn.nurul, meja u takleh bersih lagi, nyonya tunggu report..hehe

Selama berkeadaan bz ni masih sempat jugak kami sekeluarga balik kg dan ke jemputan kawin kawan-kawan yang rapat...tahniah buat lid dan suami serta suhail dan isteri..akhirnya sampai jugak jodoh korang yer...memang tak disangka perancangan Allah ni kan..


Pengantin baru (Lid dan Alan)

Pengantin baru (Suhail dan Nazifah)

Dan akhirnya, masa yang ditunggu pun sudah hampir tiba...huda dah nak genap 6 bulan..dia dah berCD (cloth diapers) dan start makan solid food...kitaorg just bagi dia nestum beras perang untuk bekalan.. coz taska oren huda memang ada sediakan bubur..diaorg selang selikan nestum dgn bubur..

Ini gambar huda berposing dengan CD nya..tapi, huda bila amik gambar susah nak dapat muka senyum..dia suka buat muka pelik...

masa first time test makanan pun macam tu...waktu tu just bagi try pisang yang dilenyekkan...agaknya dia x excited sgt.. sebab bila bagi makan beras perang, lain plak riaksi dia..

huda baru 5 bulan lebih...tapi macam rasa cepat sgt masa berlalu untuk dia tengok membesar...dah pandai merengek, nak manja, buat2 nangis..hehe..seronok tgk dia...

Macam manapun, akhirnya, tahun 2009 pun dah nak tamat...macam biasa setiap tahun baru ada azam baru..hopefully tahun 2010 ni saya dapat improve dan uruskan diri dengan lebih teratur...ibadat+kerja+belajar+rumah tangga...dan moga tahun 2010 jadi lebih baik untuk kita semua...