Thursday, October 21, 2010

Huda jatuh

Dapat sms dari iqa..

"salam kak, maaf ganggu..nak inform,td lps mandi amna main2,dia berjalan dlm bilik sambil pegang mainan..kwn dia nak amik mainan kat dia, dia cpt2 nak lari..ngah lari dia pandang kwn dia kat belakang,dpn dia ada baby court..iqa nak tangkap dia, dia lari lg xsempat nak tangkap, dia dah terlanggar baby court..pastu kena kat dahi dia..ada benjol dan kesan kena baby court..iqa terus tuam n sapu minyak..maaf byk2 kak.."

Ummi: "k,xpe iqa..thanks bagitau.."

Balik dari ofis, xsabar nak tgk luka huda..risau benjol dia x kurang..sampai2 je..huda tersenyum2..tgk gambar dia tu..tapi, luka tu memang nampakla..dan ada kesan calar..bila tanya huda, "huda, tadi huda jatuh ye?"Dia balas, dengan muka konon2 nak nagis dan jari pegang dahi..masalahnya, jari dia tunjuk belah kanan, sedangkan kesan luka tu belah kiri..hehe..huda2..bijak anak ummi ni..

takpela syg, jatuh, luka dan tangisan sebenarnya memang wajib kita harungi dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah ni..yang penting, kita tak terus menangis bila kita jatuh atau luka..bangun semula dan berani ke depan ye..

p/s - huda jadi anak yang tabah ye..nak jadi kakak dah ni..hehe

Sunday, October 10, 2010

Storie Morie Huda

Firstly, mintak maaf acik nurul, amik tittle blog ko..hehe..

Sebenarnya nak bercerita pasal kisah huda yang semakin membesar..huda sekarang suka pada buku2 cerita..mungkin ikut abah dia yang suka membaca..sebab ummi memang xsuka baca..opps bukan xsuka..malas je sikit..

Huda sangat excited kalau tgk buku cerita kesayangan dia tu..lebih suka kalau kami ceritakan kisah2 dari buku2 tu..


Antara koleksi buku huda


Semalam, badan saya tak berapa sihat..lebih kurang pukul 9 malam, huda masih tak tido..dia selak2 majalah PA&Ma dan tgk gambar2 baby dalam tu..tak lama lepas tu, dia ambil buku cerita 'night story' dia..kisah nabi Ibrahim mengenal Allah..disebabkan buku tu xde sgt gambar yang clear, just gambar gunung ganang, matahari, bintang dan bulan, jadi buku tu perlukan kami untuk bercerita pada huda..

Huda bawa buku tu pada saya..en. suami waktu tu tengah membaca buku lain..sambil baring di sofa, saya bercerita pada dia..dia pun seronok mendengar..tapi, tetiba, sy dengar en. suami berkata 'ummi ni, sian huda, suruh ummi cerita dia tido plak'..

Rupanya, tengah2 bercerita pada huda saya tertido!!hehe..dan bila tgk saya tido, huda terus terkedek2 bawa buku tu pada abah dia plak..kesian kat huda..hehe

Saya rasa bersalah je pagi ni sebab tak dapat cerita kisah tu kat huda malam tadi, lepas huda bawak buku tu, terus en.suami bercerita pada huda..saya terus sambung tido, dan bila terjaga, pukul 9 lebih..tv3 masih bersiaran langsung untuk perkahwinan Angkasawan Negara..huda dan en.suami rupanya masih membelek2 buku dan majalah Pa& MA..

Bila nak masuk pukul 10 baru huda dah tak tahan ngan tuk dan bergolek2..tak lama lepas tu dia tido..Bila terpandang wajah huda ketika tido, saya rasa sedih sangat..dia sangat inginkan perhatian pada umur sekarang..sentiasa ikut ke mana saja saya pergi..masuk bilik, masak, buat kerja..dan kalau hari tu, kami kurang beri perhatian pada dia, dia akan teringat2 bila tido..

Untuk huda, ummi dan abah akan cuba yang terbaik walaupun kami masing2 terlalu sibuk dengan urusan kerja dan lain2..huda tetap keutamaan kami..sebab bila dikira, huda cuma berada dengan kami selama lebih kurang 4 jam sahaja sehari..

Sedihkan..tapi nak buat macam mana..kami mesti mencari rezeki utk keluarga kita..semoga masa yang sedikit untuk kita sekeluarga bersama lepas ni tetap berkualiti..





p/s - Terpaksa bangun tengah malam buat kerja..huhu..

Sunday, September 19, 2010

Lepas Raya


Lepas Raya...

Naik kerja...

Sangat bosan..huhu...

Sangat rindu pada budak ni..

Ummi nak balik cepat hari-hari..

Rindu sangat2 anak ummi...

muaaahhh...


p/s - bila la nak jadi suri rumah ni..hehe

Thursday, September 2, 2010

Balik ngn Huda..

Dapat sms en.suami..dia terpaksa balik lambat hari ni..xtau kul bpe..kena siapkan minit post-cabinet..

maka..saya kena balik ngn huda..car seat huda xpasang lagi..huhu..camne ni??

dapat ke huda duduk elok2?

pengalaman dari matrade ke MITI pun,dah terbayang2...xpenah nak duduk elok..kalau pakaikan seat belt pun mesti tercabut jugak..alamak..risaunya..huhu..

Macam mana nak bagi huda behave dlm kete ni ek???

Sunday, August 29, 2010

Penyusuan Huda..

emm..sebenarnya, saya sangat teruja apabila membaca entry dari blog ni..kisah seorang mama yang gigih ingin menyusukan anak dia..hehe..(jgn bangga plak)..dan ingat x lagi saya pernah cerita pasal pemakanan huda di sini..,

Sememangnya kesilapan saya bila telah mula kurang mengepam sejak huda berumur setahun..dan sejak itu, huda hanya minum susu saya semasa di rumah sahaja dan huda dibekalkan dengan susu formula Malaysia (perlula sebut Malaysia).. sebenarnya memang rasa sakit jiwa bila terpaksa 'membenarkan' susu itu di bawa ke nursery huda..tapi, kesilapan saya itu dicatatkan di sini supaya tidak berulang pada rakan2 yang lain..seperti cerita di blog ini, saya tidak mahu keperluan nutrisi huda hanya dari susu..

Seperti kata Suraya (kaunselor laktasi) :

"penyusuan susu ibu adalah lebih daripada nutrien semata (Selepas anak berusia lebih dari setahun) Ianya bonding yang menyatukan rasa anak, ibu dan ayah..Dan elok diteruskan selama mungkin..Selagi ibu rasa selesa dengan penyusuan dan selagi anak mahu, teruskan!

Bayi berusia 1 tahun ke atas tidak memerlukan khasiat daripada susu ibu secara total..Dan susu ibu itu sendiri tidak dapat membekalkan keseluruhan zat yang diperlukan anak selepas anak berusia 6 bulan..Anak kita memerlukan kalsium, zat besi dan nutrien2 lain. Selain daripada susu formula, kita boleh memberikannya sumber nutrien dari makanan lain.."

Untuk tidak menyebabkan huda sentiasa minum banyak susu formula di nursery, saya bekalkan beberapa makanan lain pada huda..sebabnya saya yakin, anak saya dah dapat keperluan kalsium yang mencukupi walaupun tidak diberi susu formula..bekalan yang selalu saya bg ialah buah-buahan dan oat..

Dan baru-baru ni, huda dah xnak minum dari botol..bila kitaorg perhatikan, huda cuma minum bila dia menyusu secara terus dgn sy dan minum dari cawan..tu yang membuatkan sy risau.. memang sejak minggu lepas, kitaorg pelik kenapa dia beria2 nak menyusu badan je..tp, bila lama-lama makin jelas yang dia xnak menyusu dari botol..

Bila balik dari nursery, dia mesti macam org kehausan..sian kat huda..taktau la nak buat macam mana..berat makin kurang..bulan depan ada checkup..

Apapun, sy masih dalam proses mengkaji macamana nak pastikan berat badan huda naik walaupun x minum susu macam dari cerita dari blog suraya tu..so, nak bagi huda makan byk2 biar berat badan dia naik!!hehe...

Thursday, August 26, 2010

Untuk Auntie Nurul..

(Pesanan dari Amna huda)

Untuk auntie nurul..bukan auntie nurul ni..tapi, auntie nurul shaida..


Semoga Selamat lahirkan baby..

auntie tak payah la risau pasal baju huda tu..kalau manik tu xabis jahit..auntie pos je dgn manik2 pada ummi..nanti ummi sambung..lari sikit pun ok..hehe..

Takkan auntie nak jahit dalam pantang nanti?kejam betul ummi kalau suruh camtu..hehe..

Tapi, the point is..auntie tak payah la pikir bj huda tu..nanti huda leh pakai baju kurung hijau lagi satu..lagipun nanti ummi nak bawak huda shopping raya kat Sogo..setelah dapat 'Bantuan Kewangan' RM500.00 tu..hehe

same la baby auntie ngn huda..nak kuar dari tingkap jugak..huda pun dulu lambat pusing..saje buat ummi suprise pusing last minit..

jangan takut auntie..it is the unfogettable experience..relax and having it..coz not all people get this moment..(huda speaking ni..)

k la auntie..semoga selamat semuanya..InsyaAllah..



p/s - Tak pun, uncle kayzee tlg jahit je..hahaha



Monday, August 23, 2010

Lari dari masalah ke?

Saya risau lecturer call..

coz tak hantar2 lagi draf pada dia..

Akhirnya saya off hp sepanjang hari..

Sebabnya memang tak sempat nak siapkan pun...

keje kat ofis sikit punya byk..cepatla eo baru datang...

keje kat umah, x abis2..kain nak lipat..basuh pinggan..main ngn huda..hehe..dan bla2...

rase xnak sambung dah..pening2..kawan2, doakanlah ye..




p/s- perlu ke aku off lagi hp untuk seminggu??haha..