Sunday, November 28, 2010

Thanks all...

Alhamdulillah, saya dah keluar hospital dan bekerja macam biasa..sakit??alhamdulillah setakat ni sihat..cuma still pening dan sakit kepala, dan masih berdoa agar keputusan makmal tidak pada tahap yang merisaukan..seperti yang nurul cerita kat sini, risikonya tetap ada..

Yup, molar pregnancy sangat menggerunkan, bukan pada saat Suction&Curettage dibuat, tapi pada prosedur akan datang sekiranya sel tersebut masih aktif..satu blog saya jumpe menceritakan pasal her 'molar pregnancy' betul2 bagi kekuatan pada saya untuk bersedia fizikal mental sekiranya apa2 berlaku akan datang..

http://my-cmp-story.blogspot.com/- pemilik blog ni sangat positif walaupun sewaktu menjalani rawatan kemo dan alhamdulillah akhirnya dia bebas..

saya, harap tidak perlu melalui semua tu..

Dan sekiranya terpaksa, i've to assume it is a procedure to be normal..xperlu risau..it's ok..(statement menyedapkan hati..hehe)

Saya perlu berterima kasih kepada semua..terutama Pencipta yang membenarkan semua berjalan lancar..

en.suamiku yang tercinta, yang sentiasa bersusah payah jaga huda waktu saya di hospital..sentiasa nak bagi yang terbaik untuk saya..sentiasa nak saya ceria..

mak dan mak mertua saya yang sentiasa doakan saya..k.yan kata mak baca yasin dan bismillah beratus kali ketika saya dalam OT..sampai mak demam..emm, saya tau,

mak memang macam tu, dari dulu, kalau nak periksa atau anak-anak mak hadapi kesusahan, mak akan bangun malam dan berterusan mengaji untuk anak-anak..huhu..sayang sangat mak..

tak lupa juga pada kawan-kawan yang doakan saya..sentiasa ada waktu susah dan senang..tolong lulus baucar..hehe..jasamu ku kenang..

mungkin belum rezeki saya untuk huda dapat adik..saya reda..dan buat masa ni sentiasa hanya sentiasa berdoa dan berharap semuanya ok dan normal..so, paling awalpun 6 bulan sehingga setahun baru huda boleh dapat adik..emm..makin manjala jawabnya anak ummi ni ek..

Apepun, terima kasih semua..

Monday, November 15, 2010

Salam Aidiladha..


Salam Aidiladha buat semua..

Aidiladha memperingati kisah Nabi Ibrahim dalam mentaati perintah Allah..oleh itu, mari kita sama-sama bermuhasabah diri dan memperbaiki diri kita supaya jadi yang lebih baik..InsyaAllah..(macam-macam azam dalam kepala ni..)

So, yang balik kg, selamat jalan dan berhati-hati di jalanraya..

Yg tak balik kg, jangan bersedih..redha dan bergembiralah walau di mana kita berada..

Itu korban namanya..

Buat family, x sabar nak balik..mak2 mesti masak sedap2..

rindunya!!

doakan perjalanan kami malam ni..

Thursday, November 11, 2010

Berdebar..

Berdebar..sangat-sangat..

Entah betul ke tak seperti apa yang saya rasakan..

Saya masih berharap..

Dengan izinNya..

Maha pencipta kejadian..

InsyaAllah..

Apepun keputusannya..saya redha..



p/s - doakan yang terbaik..

Wednesday, November 10, 2010

Huda @ Jalan-jalan

2 minggu lepas kami jalan-jalan..seronok sgt sebab dapat bagi ilmu baru dan pengalaman pada huda..kami ke Zoo Negara dan ke Port Dickson.. just layan the gambar ok !

Huda geli tengok ular sawa

sibuk tolak stroller, bukan nak duduk dalam tu..

excited tengok binatang-binatang..dapat vocab baru..'jajah'..hehe

minggu selepasnya, kami ke port dickson pulak..kebetulan, lepas hadiri kenduri naz di Melaka..terus singgah dan bermalam di Tiara Beach Resort..emm..kira puas hati..bayaran dan kelengkapan yang ada pun best.. paling seronok sebab huda dapat berenang lagi.. so, harus datang lagi ke sana..


Tahniah naz..selamat pengantin baru..


reaksi huda waktu baru turun air..walaupun awal-awal menjerit seronok tgk orang..bila turun je takut..hehe

Tp, lepas dah lama, mula syok sampai nak tertido..hehe

paling seronok naik buaian air ni..selain tu kat TBR ni ada jugak permainan indoor..so kalau hujan leh la main kat sini..

Antara gambar-gambar huda dengan ummi

Apepun, jalan-jalan kali ni sangat menyeronokkan bagi kami terutama huda..macam-macam yang huda belajar..sampai taknak balik..InsyaAllah kalau ada rezeki lepas ni leh ajak pegi bercuti ramai-ramai pulak..

Tahniah una..


Congratulation

to my beloved sister

Farah Husna binti Ramlan
=
5A's for UPSR..




p/s - Nanti k.fad ngn along bawak gi zoo negara..hehe - nak tu je ke hadiah nye??

Thursday, October 28, 2010

Lagu Family

Huda sangat suka pada Barney..bila nampak je kartun Barney ni, dia akan ngangakan mulut besar dan buat muka geram..macam tu jugak dia buat kalau nampak kucing..hehe



Setiap kali nampak cerita Barney di TV, dia akan bagi tumpuan..cerita Barney ni, setiap hari Sabtu pagi..ada motif dan pengajaran yang elok di beri pada kanak-kanak..ok la, dari cerita Ben 10 dan Doraemon tu..hehe..

Dan yang menariknya, huda sangat suka lagu Barney ni..kalau dalam cerita Barney, diorang akan nyanyi lagu versi ni..

"I love you, You love me, We're best friends like friends should be, With a great big hug, And a kiss from me to you, Won't you say you love me too?"

Tapi, ada lagi satu versi untuk family, saya selalu nyanyi lagu ni...

I love you, You love me, We're a happy family, with a great big hug, and a kiss from me to you, Won't you say you love me too?

Huda bila dengar lagu ni, terus bangun dan goyangkan badannya..bila dalam kereta, dia akan pandang en. suami dan panggil.."aabbahhh.." rupanya, dia nak en.suami pun nyanyi sama..bila kami nyanyi sama2, huda akan tersenyum je..

So, start dari reaksi dia yang sebegitu, saya sentiasa nyanyi lagu ni pada huda..sebagai lagu famili..hehe..bilalah agaknya dapat belikan patung Barney ni pada huda yer..

p/s - Bila huda nak panggil 'ummi' ni..huhu

Tuesday, October 26, 2010

x sabar!!!

InsyaAllah, ada rezeki, saya akan mengepam lagi tahun depan..
Tak sabar menunggu saat itu..
miss so much that moment..
Saat peti ais ku penuh dengan stok..

So, huda pun dapat tumpang sama balik..sekarang production dah sgt xde..
Sian huda..masih sabar menikmati walaupun dah kurang..hehe..

Rindu pada spektra ku..
Ada rezeki nak Madela free style pulak ye en.suami..hehe

Apepun, pada kawan2 yang sedang berjuang..hargai saat mengepam ini!!