Thursday, February 17, 2011

Bila orang tua merajuk..

kelakar kan kalau org tua merajuk..

kalau huda merajuk, senang je nak pujuk..bila huda merajuk dengan en.suami,xde la lama sangat..sekejap je dah lupa, walaupun lepas merajuk, terus xnak dekat abah dia..tp lama2 lupa dah..

Semalam saya merajuk dengan en.suami..perkara biasa, dan memang perkara ini selalu buat saya merajuk = menunggu hampir dua jam di bawah MITI, dari kereta penuh, sampai semua kereta dah xde..dari kul 5.30 sampai 7 lebih..saya pun xtaktau macamane, hampir setiap hari macam ni..xkan sampai huda besar nak balik lambat aje..saya pun byk keje jugak..pegawai lain pun sibuk jugak..macam2 perkara yang syaitan tambah untuk buat saya rasa lagi marah..huda pulak, daripada baik, mula la nak panjat nak lombat dsb dalam kereta tu..hehe

Nak dijadikan cerita, kedatangan en.suami ke kereta disambut hanya dengan senyuman huda je..abah2..kata huda tanda seronok..anak kecil yang masih suci..sentiasa riang dan gembira..

Sebagai org tua yang merajuk, kenalah teruskan rajuk sebagai tanda protes, walaupun kadang2 ada gelagat huda yang menghiburkan, kena tahan je la..hehe..

Lepas sampai rumah, en.suami terus ke usrah..bila nampak abah dia keluar, huda tanya pada saya..abah?? sy yang masih 'kepanasan' buat xtau je..akhirnya dia jawab sendiri..ooo,amin..(dia ingat abah dia nak solat kat masjid)..lepas main2,saya tertido terus dengan huda..bila bangun tgh malam, sy sambung tido dekat depan sebab ingat nak buat keje, tetiba huda pun bangun nak susu dan temankan saya baring kat depan..tp sebelum tido tu, huda cakap juga, abah? abah?, tanya abah mana..saya pun jwb, abah kat bilik, huda tido la dgn abah..bila dgr sy cakap macamtu, terus huda bangun baring sebelah en.suami..bila sy nak sambung tido, huda dtg balik dan terus tido dgn saya kat depan..dalam hati, sy rasa huda tau ummi dia masih protes lagi..hehe

Bila saya merajuk dgn en.suami, biasanya huda macam tau je..dia akan cuba sebut/tanya pasal abah dia pada saya..

Ape yang saya nak kongsi sebenarnya, bila dah ada anak ni susah nak merajuk lama2.. contohnya, macam kes saya, ingatkan nak protes sampai en.suami bagi cadangan macamana nak selesaikan masalah selalu sangat balik lambat ni, tp xjadi jugak..

Lepas hantar en.suami ke hotel untuk kursus pagi td, akhirnya, cair jugak hati saya..sebelum keluar, dia sempat salam dan cium sy..tersenyum jugak akhirnya..susah betul nak tahan protes..hehe..itula bila dah tua, nak merajuk pun susah..

Memang huda permata hati kami..sentiasa nak ceriakan kami..anak sulung yang sangat memahami..

Buat en.suami, sorry sebab protes lama sikit dari biasa..dah xtahanla jadi penunggu MITI lama2..lagi xtahan bila terkenang masa terbuang macam tu je..communication kita pun rasanya dah x sebagus dulu..apepun,sorry again ye..hope abang fahamla perasaan itu..hehe


p/s- nana sayang abang..sayang jugak huda..mmmuaaah..

Thursday, February 10, 2011

Ummi sayang sangat huda..

Ya Allah..
aku bersyukur padamu atas nikmat hidup bersama orang-orang yang aku sayang..
aku bersyukur padamu atas nikmat menyayangi mereka..
aku bersyukur padamu atas nikmat kasih sayang mereka..

Ya Allah..
panjangkan umurku untuk terus beribadat kepadamu..
panjangkan umurku untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku..
panjangkan umur kedua ibu bapaku untuk terus beribadat kepadamu..

Ya Allah..
Pelihara kesihatan orang-orang yang aku sayangi..
Pelihara kesihatanku untuk terus menyayangi mereka..

Keletihan itu adalah nikmat..

demi orang-orang yang kita cintai..


Semoga Allah beri ketabahan kepada mummy Alanna.. Tak dapat dibayangkan dugaan sebegitu..

Ummi sayang sangat huda..huda penawar hati ummi..setiap hari nak tgk huda senyum, setiap hari nak peluk huda..sebab huda ummi tabah sayang..syukur sangat huda ada dalam hidup ummi..


Amna Huda Adnin..u're my life..love u so much..

Thursday, January 27, 2011

Dalam Kesusahan..

Ketika dalam kesusahan..kena byk beristighfar..dan banyak baca doa nabi yunus ketika dalam perut ikan..dan paling penting bersabar..emm..itu yang selalu diingatkan..

Nak dijadikan cerita, isnin ni saya cancel cuti..saya, bos dan kak tini ada misi nak diselesaikan..harap2 dibukakan pintu hati org itu..dan dimudahkan segalanya..kalau tak sebab tukang karut yang menyusahkan semua org dan asyik nak surcaj semua orang, mungkin x jadi sampai sebegini complicated..huhu..apepun, be positive, semua ada hikmahnya..dan saya perlu lebih berhati-hati selepas ni..

Tapi, bila kita dalam kesusahan ni, xsemua org bersimpati rupanya..lumrah manusia yang keji, sentiasa nak ambil kesempatan bila orang dalam kesusahan..masa ni la nak menunjukkan yang dia sangat berdedikasi, sangat bertanggungjawab dan sangat mementingkan peraturan..kenapa ye ada manusia sehina ini..

sebar fitnah sana sini, menakutkan org, membawa cerita tentang keburukan org..itulah yang manusia keji akan lakukan apabila seseorang ditimpa kesusahan..saya cuba sentiasa berbaik sangka dan akhirnya saya dapat menyedapkan hati dengan beranggapan orang sebegini hanya inginkan perhatian..menjaja cerita sana sini, untuk menarik perhatian org bawahan, bos dan org2 lain..mungkin supaya org lain rasa yang dia hebat, sangat mematuhi prosedur, sangat berpengetahuan dan segala macam yang lain..entahla..

Tapi, kerana kejadian ini, saya terkilan lagi..sangat terkilan mengenali manusia sekeji itu..

Saya hanya mohon ditabahkan hati..en.suami pun dah berkursus 2 hari..so, tinggalla berdua dgn huda..harap2 dapat lupakan semua masalah ni..lagipun selama seminggu ni berlalu pun saya xberkongsi lagi masalah ni dengan en.suami..konon2 xnak involvekan famili on office matter..hehe..

Apepun, semua org ada masalah, cuma macamane kita berhadapan dengan masalah itu yang berbeza..


p/s - Cik Noor, akhirnya jatuh jugak air mata aku kerana manusia keji itu sebab cakap ngn ko..haha

Tuesday, December 28, 2010

Masih lagi..

emm..lama tak update blog..terutama pasal cerita huda dan penyusuannya..mulanya, ingat sticker kat sebelah tu dah nak stop sebab, dah hampir sebulan huda dah tak menyusu..rasa sedih sebab huda baru satu tahun setengah, rasanya masih awal untuk tidak lagi menyusu badan..kalau dah 2 tahun ok la..

semua bermula sejak saya mengandung..waktu tu, huda masih juga minta dan diract malam-malam..tapi lama-lama susu makin kurang dan rasa sakit kalau huda menyusu..tapi, saya tetap biar dan xpenah halang kalau dia minta..tapi, makin lama makin kurang dia menyusu..bila hisap sikit, terus buat muka kelat..dan beberapa hari ni, saya cuba nak tau rasa susu, rupanya dah jadi masin..emm..pelik kan..patutla huda xnak minum lagi..

setelah google, xbyk info yang saya dapat, tp ada yang mengatakan biasa apabila mengandung, susu ibu akan bertukar jadi masin..shaida pun ckp camtu..patutla..lagi plak bagi saya yang ada 'hormon mengandung lagi ni'..apepun, saya positif, tujuan saya masih nak menyusukan dia bukan sebab zat susu ibu lagi, tp sebab inginkan 'bonding' yang lebih lama ..

Tapi, menakjubkan, setelah cubaan huda nak menyusu berakhir dengan muka kelat, semalam, saya terjaga tengah malam..huda bangun, x menangis, hanya membebel2 sambil menyelak baju saya..tangan huda raba2 Bxxxst..lama juga, xtido2..saya yang memang dah mengantuk sebab layan hindustan sampai pukul 2 biarkan saja ape yang dia buat..lepas lebih kurang 15 minit, dia baring atas dada saya..raba2 lagi..duduk sekejap, dan baring lagi..xlama lepas tu terus direct menyusu dari saya..dalam hati waktu tu, mesti sekejap je, sebab rasa masin..tp, dia terus menyusu macam biasa, dan bila dah sejam, lepas dan terus tertido sebelah saya..

bila bangun pagi, saya terpikir, kenapa agaknya dia macam tu..bila dalam kereta, saya tanya huda: nak x?sambil mengarah ke bahagian dada..huda terus mengelak dan geleng kepala..pelik kan..tapi saya rasa agaknya dia rindu nak menyusu direct..sebab tu la raba2 dulu..hehe..sian huda, susu ummi xsedap dah..


amna huda-macam-macam perangai dia..xtau ape yang nak diceritakan..sangat byk kerenah yang menghiburkan hati kami..bila tak dapat nak buat ape yang dia nak, marah2..habis ummi ngn abah kena pukul..siap nak gigit lagi..kena alihkan perhatian dia kepada perkara yang best, terus lupa..

akhir tahun ni, sangat busy, tp setiap hjg minggu kami cuba pastikan dapat bawak huda ke taman main2..maklumla, rumah xde laman, xdpt main2..huhu..

rambut huda pun dah panjang, tapi sebab dia selalu berpeluh, rasanya macam nak potong je sebab jadi ruam..tp, dalam hati nak biar rambut huda banyak, nampakla perempuan sikit..hehe..
lepas dah abis busy ni, rasanya nak bercuti lagi..nak ajak nurul ngn shaida picnicla..nak x kawan2????:)


p/s - kena byk baca doa pelembut hati kat huda..

Monday, December 13, 2010

Jadual Padat..

Jadual saya sangat padat akhir-akhir ni..

Tadi baru call hospital, nasib baik saya call..kalau tak, sampai tahun depan xbuat..hehe..alasan nye..'maaf puan, kami terlupa telefon..appointment puan sepatutnya 9 hb Disember lepas'..So, terus diberinya tarikh esok dan lusa..esok amik darah, lusa jumpa doktor..maka bermulalah episod kesibukan saya..berulang alik ke hospital untuk monitor Hcg level..

Dan esok juga ada mesyuarat di PJD, esok juga sebenarnya saya bercadang jumpe lecturer saya..(just untuk sign borang extension of study)..tinggal 2 semester je lagi..kalau saya xsiap jugak, maka automatik, xdapatla pegang ijzah sarjana perakaunan..haha..xpela, mungkin ada yang lebih baik untuk saya..(ayat pasrah-padahal diri sendiri yang malas..hehe)

Lusa pulak, jumpe dr..so, macam biasa, pasti ambil masa setengah hari..hanya berbaki setengah hari, saya perlu menghabiskan semua baucar-baucar yang melambak atas meja saya..sebabnya, saya EL hari jumaat (pssst- jgn bagitau org lain, kena EL sebab kalau ambil cuti mesti tak diluluskan..hehe)..

Kalau everything ok, khamis lepas keje nak bertolak balik ke JB terus..kena balik awal..persiapan untuk farah tunang banyak lagi xsiap..maklumla, saya orang penting..hehe..

Apepun, jadual saya padat ditambah dengan episod rawatan molar pregnancy yang sudahpun bermula..tapi, sepadat manapun, saya harap tetap dapat bagi tumpuan pada huda..huda sekarang asyik merengek je..nak kata nak dapat adik, xde pun..tumbuh gigi kot..tapi, merengeknya, gaya xpuas hati..macam saje nak cari pasal..memang ummi ngn abah cuba tingkatkan kesabaran..macam-macam huda buat..saya anggap sebagai ujian je..

Lagipun, saya x pernah rasa bosan layan huda..huda dah pandai cium ummi sambil buat bunyi mmmuahh..suka sangat kalau huda cium..hehe..

En.suami pun dah berazam tahun baru xnak balik lewat lagi..(harap-harapnya berkekalan la..) kesian kat sy dan huda yang menunggu lebih sejam SETIAP HARI..hehe..saya doakan azam en.suami tercapai..dan saya dan en.suami tengah survey2 rumah jugak..kalau ada rezeki, tahun depan mungkin kami boleh dapat rumah baru..(kalau ada yang mampu milikla..)

Jadi, akhir tahun 2010 ni, sangat padat dengan perancangan dan jadual2 yang perlu dipenuhi..harap semuanya berjalan lancar ye!!

-Ya Allah, kuatkan semangatku, permudahkan urusanku dan keluargaku, pelihara kesihatanku dan keluargaku, luaskan rezeki kami, teguhkan iman kami..amin..

Tuesday, December 7, 2010

Hamil lagi???

Takut x tengok tajuk entry??hehe..
yup, saya hamil..tapi just melalui bacaan pregnancy test..

saya saje nak check semalam, so, saya beli pregnancy test..

ye..hormon itu masih ada..harap ia tak tinggi..dari pembacaan artikel biasanya dan sepatutnya hormon HcG akan berkurangan dan kembali normal paling lama 12 minggu selepas kandungan molar di bersihkan..

Saya risau, hospital pun tak call2 lagi..hopefully everything ok..lagi sebulan saya nak check lagi..ikut kata Dr pakar yang sy check up dulu..saya hanya boleh mengandung kalau pregnancy test menunjukkan result negatif..dan saya berharap x perlu menjalani kemo untuk mendapatkan result negatif itu..huhu..

Badan pun lenguh2 hari ni..rasa sangat x bersemangat walaupun baru saje masuk tahun baru hijrah..apepun, sy kena kuat dan positif..semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun lepas..

Wednesday, December 1, 2010

update : Bertenang..

Si hitam : Fad, why u cc ur email to your boss???
Me: yup, mestila..my boss, dia kenala tau situationnya..

Si hitam: Mane boleh..this is informal..I just bagi email tu pada u je..emm, kan ur boss dah tau u tak buat keje...haha..
Me: ???what??tak buat keje..eh, I ada boss, u dahla xbagi kat boss I, pastu cakap I xbuat keje..lagipun, keje I buat bayaran bukan kejar invois..

Si hitam: ok la..so ape status??
Me: Bla2...

Si hitam..emm, ok la..sorila kalau ape2 sebab hal ni ye..n u pas ni xyah la cc emel tu pada boss u..
Me: (tau takut - dlm hati)..emm, ok la..tapi u jgn la cakap org tak buat keje..x baik tau..

p/s - Puas hati aku...