Monday, July 11, 2011

Huda 2 tahun..


Minggu lepas genap usia huda 2 tahun..banyak perangai baru huda yang sentiasa mencuit hati kami sekeluarga..huda dah semakin bijak bertutur kata..semakin bijak mempamerkan emosi, semakin bijak mengambil hati dan bermanja..

Nukilan untuk huda pada usia setahun pernah ummi catatkan disini.. Sempena genap usia huda dua tahun ni, ummi nak beri sedikit pesanan pada anak sulung ummi ni..Pesanan ummi InsyaAllah akan sentiasa ummi beri selagi ummi hidup di dunia ini.. Sekiranya satu hari ummi dah tiada, sekurang-kurangnya, catatan ini mampu huda jadikan panduan yer…

Sayang ummi huda,

Bila ummi perhatikan, anak ummi ni lembut hatinya..walaupun kadang2 marah dan mengamuk, tapi akan mudah baik semula..ummi tau sebenarnya huda inginkan perhatian kan.. teringat ummi, kalau ummi dan abah berbual dalam kereta, mesti huda menjerit kuat2 supaya ummi xborak lagi dah..hehe..huda nak ummi ngn abah bagi perhatian pada huda je ye..hehe

huda tau x, kalau boleh, sememangnya ummi nak duduk rumah saja dan jaga huda sendiri depan mata ummi, ajar huda mengaji, sembahyang, lebih2 lagi mengenal Allah..tapi kan syg, ummi ada tanggungjawab, tanggunjawab sebagai pekerja dan sebagai anak kepada atuk dan nenek..sebab tu ummi kena kerja..ummi harap huda faham kan..

Huda,

Sekarang huda dah duduk di Taska baru..seronok ummi bila dengar huda zikir, Allah, Allah, Allah.. sebagai seorang muslim, memang Allah adalah yang paling dekat dengan kita syg..nanti, kalau suatu hari huda sedih, rasa susah hati, dan tak tahu jalan penyelesaiannya, ingatlah, Allah ada dan sentiasa membantu kita..

Anak ummi,

Setiap kali pandang wajah huda, ummi mesti rasa nak cium dan tak berhenti nak ucapkan yang ummi sayang pada huda..ummi bersyukur sangat Allah kurniakan huda pada ummi di dunia ni..Huda tau x syg, bekalan seseorang muslim di akhirat nanti Cuma tiga: Ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan anak yang soleh.. sebab tu setiap kali selepas sembahyang ummi mesti doa supaya huda jadi anak yang solehah dan sentiasa menjadi penyejuk hati kami sekeluarga.. huda je la saham ummi yang ummi ada di dunia ni syg..

Untuk huda,

Ummi doakan huda sentiasa membesar dengan sihat dan cerdas..sentiasa bersopan santun dan bersemangat menghadapi ujian mendatang..

Ummi selalu berangan nak tgk huda main basikal di halaman rumah yang luas..(eh, tetiba pulak citer pasal basikal, hehe) sebenarnya, ummi nak huda tahu, ummi dan abah akan cuba beri yang terbaik apa kami mampu..walaupun xmewah, yang penting huda gembira..

Sememangnya, membesarkan huda satu pengalaman yang sangat ummi hargai.. walaupun kadang2 letih..hehe..tp huda tau x, setiap hari ummi akan rasa xsabar nak balik, x sabar nak tgk gelak tawa huda dan x sabar nak peluk huda..kalau selepas ini, ummi x berpeluang beri nasihat lagi, huda ingatlah yang huda ada ummi yang sayang sangat huda..ingat juga, solat kewajipan kita..di mana pun kita berada Islam mesti jadi pegangan kita..

Sunday, May 15, 2011

Yang Terbaik Buat Huda..

Sangat lama tak update blog..busy yang xsudah2..dah macam2 perangai huda dan ragam barunya yang xsempat saya update..dah mula cakap banyak depan ummi abahnya..kenapa saya kata depan ummi abahnya, sebab depan org lain huda malu2..selalu tak dengar suara..hehe..

Satu hari, lagu Maher Zain berkumandang dekat radio..Barakallah..belum pun masuk lirik pertama lagu tu, tetiba huda sebut..'Insya Alah'..wah, sangat teruja kami mendengarnye..emm, mesti sebab huda selalu dengar lagu Maher Zain kat taska ye..sebab ummi ngn abah jarang dengar lagu maher zain..bila tengok kami teruja, huda apa lagi..berulang2 sebut InsyaAllah..walaupun sepatah2 tapi rasa seronok sangat..

Huda juga rajin nak sembahyang..tapi lebih rajin kalau di masjid atau surau je..kalau kat rumah..asyik 'penat' je jawapan dia..Ya Allah..syaitan kecil pun dah ada dekat huda..hehe..wudu' pun dah paham sikit2..tu pun Alhamdulillah, sebab selalu dengar lagu wudu' dari cd genius aulad..(tapi lagu wudu' je la yang nak didengarnya..hehe)

Semua orang nak yang terbaik untuk anaknya kan..macam tu juga bagi saya dan en.suami..

Hari ni hari pertama huda di Taska Murni..bawah ofis je sebenarnya..kenapa saya tukar taska? taska huda sebelum ni bukan x bagus..sangat baik..xpernah saya rasa risau..huda dijaga dengan kasih sayang..hari terakhir dia di sana pun, semua sedih..yela, dari 2 bulan dia membesar di sana, dah kenal kawan2..dah kenal mana satu botol susu kawan2..tapi, huda hanya 'dijaga' sahaja..dan saya rasa pada tahap ini huda kena dapat lebih dari itu..dengan kesibukan kami, saya rasa saya perlu cari sesuatu untuk huda..

Tahap paling penting seorang kanak2 ialah sejak bayi sehingga 5 tahun..pada tahap ini anak2 perlu diberikan sebaik mungkin input yang berkualiti agar dapat membentuk minda dan peribadi yang hebat..Taska baru huda ni ada beberapa modul yang baik untuk pendidikan awal kanak2..yang itu yang saya cari..di waktu usia huda nak masuk 2 tahun, dia sangat mudah mengingati perkara/apa yang didengarinya, apabila lagu berkumandang di radio, dia pasti akan ikut..sebab tu sekarang ni, terpaksa dengar yang elok2 sahaja..


Mendidik huda sememangnya memberi kesedaran pada saya..paling penting kesabaran..terus sabar..terus sabar..dan sabar..hehe..sebab akhir2 ni selalu sangat huda memberontak buat perangai..aduh..pada waktu dan ketika ummi dan abah sangat keletihan..hehe

Bagi saya, anak adalah saham untuk masa depan..kita kena buat pelaburan yang 'strategik' dan dapat memberi 'jaminan'..lagipun anak jugalah saham kita di dunia ni..anak solehah jugalah yang dapat memberi manfaat pada ibu dan ayahnya di sana nanti..


Untuk huda, selamat menempuhi alam taska yang baru..mungkin huda terkejut atau takut atau sedih sebab tak jumpe kawan2..tp ummi yakin huda akan gembira berada kat sana..ummi want the best for you..love u so much..

Friday, March 25, 2011

Mana Nurulhuda Noor Affendi..

Dia tak MIA..
Dia cuti..
Tapi aku msg dan call dia tak jawab..
Mana dia????

aku nak website ko beli tommee tippee maisarah...huhu

sms aku setelah membaca post ini..don't worry, nyonya will not disturb u, apatah lagi akak tiri ko..hehe..

Tuesday, March 15, 2011

Cabaran didik huda

Dalam kehidupan ni, kita kena positif..kebelakangan ni, saya selalu dengar motivasi pagi IKIM supaya setiap masa berfikiran positif dan ingat Allah bersama kita..

Saya sentiasa cuba positifkan diri bahawa mendidik huda adalah perkara paling gembira yang Allah berikan dalam hidup saya..ia peluang yang paling berharga untuk saya nikmati dalam kehidupan dunia ini..

Sememangnya kanak-kanak seusia huda akan sangat aktif dan ingin meng'explore' semua benda..baru-baru ni huda dah mula menunjukkan tahap 'konfiden' diri yang tinggi..kalau sebelum ni, bila berjalan di shopping mall biasanya dia akan menarik tangan abah dan ummi dia kalau nak tengok sesuatu..tp sekarang, huda dah makin berani, dia dah berani nak jalan dan berlari2 sendiri..akhirnya sampaila masanya yang org selalu kata,"tunggula dia dapat kaki nanti, kita pulak jenuh nak kejar dia.."yup!itu telah berlaku dalam hidup saya..hehe

Bila kami berjalan2 semalam, huda asyik nak berlari dan nak ambil macam2 barang di kedai..semua modal telah saya keluarkan apabila nak memujuk huda dari mengambil dan meletakkan semula barang tersebut..ada kakak, ada bird, ada mioww, ada gajah, dan mcm2 lagi..jawapannya, "taknak.." sambil menggeleng kepala..bila berjalan berpimpin tangan dengan ummi dan abah dia pula, asyik nak melompat..(maklumla baru belajar melompat)dan macam2 lagi perkara yang huda buat..termasuk melembikkan diri menangis..semua tu betul2 menguji kesabaran abah dan ummi..hehe..

Tapi, bila sampai satu masa, saya sedang nak membayar makanan, huda nak ambil lolipop dan nak tanggalkan semuanya..waktu tu, huda ditegur abah dia dengan muka yang garang(hehe..sila bayangkan)..tetiba sampai satu perasaan yang tak dapat saya nak jelaskan bila tengok muka huda waktu tu..sama perasaan selepas saya tegur dia waktu dia tolak kerusi sehingga bergulung2 tikar di rumah..walaupun saya tak pukul, dan cuma naikkan suara sikit, ada satu perasaan pelik yang buat saya sayu selepas memarahi huda..

Saya cakap ngn suami, "kesian tengok huda.." en.suami tny kenapa.."entahla.." sy tak tahu nak jelaskan kenapa..dan on the way ke rumah semalam, bila saya pangku huda waktu dia tidur baru saya sedar, sebenarnya saya kesian kat huda sebab bila dia kena marah, muka dia seolah2 tertanya2 kenapa dia kena marah..yela, cuba letakkan kita di tempat huda, seorang anak kecil, yang tak tahu ape2, cuma nak mencuba sesuatu yang dia rasakan pelik..ye, pelik bagi dia, dan tak pelik bagi kita..

Kesayangan en.suami, sangat mudah kecil hati bila ditegur abah..ngn ummi ok je..hehe

memang mencabar nak mendidik anak, nak marah xsampai hati..kalau x ditegur pula, takut tiada pengajaran bagi dia..saya ambil kesimpulan, saya cuba tak marah dia, tetapi, cuba bercakap lembut dan tegur serta jelaskan kenapa tak boleh..

Terima kasih Ya Allah, akhir2 ni saya banyak dpt kesedaran bahawa hidup ini hanya sementara..manfaatkanlah semuanya..sehingga saya tersedar, tugas saya di sini, sebagai hamba, sebagai anak, sebagai isteri, sebagai ummi, sebagai pekerja..dll selagi ada peluang diberikan Allah untuk saya bernafas..saya akan cuba buat yang terbaik kesemua tugas ini..

Wednesday, March 2, 2011

Alfatihah..

Ptg ni baru tgk berita yang disebar di fb..seorang kawan en.suami (budak Law UIA) telah pulang ke rahmatullah..saya xkenal secara rapat dengan beliau..tp, pernah rasanya bertegur ketika aktiviti society di UIA dulu..bekerja sebagai PTD yang bertugas di Pakistan..

Apa yang lebih menyentuh hati..arwah baru dikurniakan anak keduanya bulan 12 yang lalu..arwah sempat juga catatkan coretan untuk anak keduanya dalam blognya..sedih kan..waktu kita belum tiba lagi..tapi ia pasti tiba..

Semoga kedua anak arwah dan isteri dikurniakan Allah ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini..

sedihnya tgk wajah anak-anak arwah yang masih x mengerti apa2..

Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau..Alfatihah..



p/s - Hargai mereka selagi ada..

Thursday, February 17, 2011

Bila orang tua merajuk..

kelakar kan kalau org tua merajuk..

kalau huda merajuk, senang je nak pujuk..bila huda merajuk dengan en.suami,xde la lama sangat..sekejap je dah lupa, walaupun lepas merajuk, terus xnak dekat abah dia..tp lama2 lupa dah..

Semalam saya merajuk dengan en.suami..perkara biasa, dan memang perkara ini selalu buat saya merajuk = menunggu hampir dua jam di bawah MITI, dari kereta penuh, sampai semua kereta dah xde..dari kul 5.30 sampai 7 lebih..saya pun xtaktau macamane, hampir setiap hari macam ni..xkan sampai huda besar nak balik lambat aje..saya pun byk keje jugak..pegawai lain pun sibuk jugak..macam2 perkara yang syaitan tambah untuk buat saya rasa lagi marah..huda pulak, daripada baik, mula la nak panjat nak lombat dsb dalam kereta tu..hehe

Nak dijadikan cerita, kedatangan en.suami ke kereta disambut hanya dengan senyuman huda je..abah2..kata huda tanda seronok..anak kecil yang masih suci..sentiasa riang dan gembira..

Sebagai org tua yang merajuk, kenalah teruskan rajuk sebagai tanda protes, walaupun kadang2 ada gelagat huda yang menghiburkan, kena tahan je la..hehe..

Lepas sampai rumah, en.suami terus ke usrah..bila nampak abah dia keluar, huda tanya pada saya..abah?? sy yang masih 'kepanasan' buat xtau je..akhirnya dia jawab sendiri..ooo,amin..(dia ingat abah dia nak solat kat masjid)..lepas main2,saya tertido terus dengan huda..bila bangun tgh malam, sy sambung tido dekat depan sebab ingat nak buat keje, tetiba huda pun bangun nak susu dan temankan saya baring kat depan..tp sebelum tido tu, huda cakap juga, abah? abah?, tanya abah mana..saya pun jwb, abah kat bilik, huda tido la dgn abah..bila dgr sy cakap macamtu, terus huda bangun baring sebelah en.suami..bila sy nak sambung tido, huda dtg balik dan terus tido dgn saya kat depan..dalam hati, sy rasa huda tau ummi dia masih protes lagi..hehe

Bila saya merajuk dgn en.suami, biasanya huda macam tau je..dia akan cuba sebut/tanya pasal abah dia pada saya..

Ape yang saya nak kongsi sebenarnya, bila dah ada anak ni susah nak merajuk lama2.. contohnya, macam kes saya, ingatkan nak protes sampai en.suami bagi cadangan macamana nak selesaikan masalah selalu sangat balik lambat ni, tp xjadi jugak..

Lepas hantar en.suami ke hotel untuk kursus pagi td, akhirnya, cair jugak hati saya..sebelum keluar, dia sempat salam dan cium sy..tersenyum jugak akhirnya..susah betul nak tahan protes..hehe..itula bila dah tua, nak merajuk pun susah..

Memang huda permata hati kami..sentiasa nak ceriakan kami..anak sulung yang sangat memahami..

Buat en.suami, sorry sebab protes lama sikit dari biasa..dah xtahanla jadi penunggu MITI lama2..lagi xtahan bila terkenang masa terbuang macam tu je..communication kita pun rasanya dah x sebagus dulu..apepun,sorry again ye..hope abang fahamla perasaan itu..hehe


p/s- nana sayang abang..sayang jugak huda..mmmuaaah..

Thursday, February 10, 2011

Ummi sayang sangat huda..

Ya Allah..
aku bersyukur padamu atas nikmat hidup bersama orang-orang yang aku sayang..
aku bersyukur padamu atas nikmat menyayangi mereka..
aku bersyukur padamu atas nikmat kasih sayang mereka..

Ya Allah..
panjangkan umurku untuk terus beribadat kepadamu..
panjangkan umurku untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku..
panjangkan umur kedua ibu bapaku untuk terus beribadat kepadamu..

Ya Allah..
Pelihara kesihatan orang-orang yang aku sayangi..
Pelihara kesihatanku untuk terus menyayangi mereka..

Keletihan itu adalah nikmat..

demi orang-orang yang kita cintai..


Semoga Allah beri ketabahan kepada mummy Alanna.. Tak dapat dibayangkan dugaan sebegitu..

Ummi sayang sangat huda..huda penawar hati ummi..setiap hari nak tgk huda senyum, setiap hari nak peluk huda..sebab huda ummi tabah sayang..syukur sangat huda ada dalam hidup ummi..


Amna Huda Adnin..u're my life..love u so much..