Monday, November 26, 2012

Yang terbaik buat anakku..

Setiap ibu pasti nak yang terbaik untuk anak-anak dia kan? Ye, x kira apepun tindakannya, selalunya pasti untuk anak-anak..jadi mak di zaman moden ni selalu dilema dengan pelbagai pendapat..antara sains dan ikutan dan kepercayaan..

Nape saya cakap macam ni, sebabnya dalam 2 bulan nak besarkan asma' ni..macam2 pandangan dan pendapat..ada yang btujuan menyindir, tp x kurang juga bertujuan mendidik..apepun, saya tetap rasional dan xnak memikirkan sangat..biarlah..yang penting, kita tahu ape keputusan yang terbaik untuk anak kita..

Tapi, dalam banyak2 nasihat, saya paling x suka orang compare atau membandingkan anak2..x kira la dengan anak sendiri ataupun anak orang lain..semua tu xsepatutnya.. Eh, kenapa bedung..anak si pulan ni, baru nak sebulan x bedung pun..xelok sgt pun berbedung ( ni pikiran yang berorentasikan sains perubatan kononya, eh, cuba google sikit kelebihan dan bahaya berbedung).. Eh, anak si pulan ni minum susu banyak..berat dia pun naik banyak..( ok, ni fikiran yang sangat mementingkan fizikal bayi) dan macam2 lagi la..oo..kalau ikutkan hati, nak je saya menjawab..tapi, sabar je la..


O tuhanku..saya ambil keputusan xnak peduli pada semua cakap2 tu..buat pening dan sakit kepala je..biar la kalau anak dia x bedung ke, tembam ke..biarla..saya rasa yang terbaik untuk saya  ialah kuatkan diri nak jadi ummi terbaik buat anak2..mereka amanah Allah dan juga ujian Allah..kalau orang di Palestin berjihad melawan zionis..kita juga boleh dapat pahala dengan mendidik anak sebaiknya..ye, sebaiknya..ajarkan adab Rasullullah, kepentingan solat..mengaji, dan segala yang mendekatkan mereka untuk jadi khalifah berjaya di muka bumi ini..

Yakinlah Allah menguji hambanya dengan cara yang berbeza..kalau kita cemburu dengan mereka yang beroleh syahid..kita juga boleh mendapatnya..cuma caranya berbeza..Allah hidupkan kita di bumi Malaysia ada sebabnya..Allah hidupkan mereka di bumi Palestin juga ada sebabnya..Allah itu sangat dan maha adil terhadap hambanya..kita semua mendapat peluang yang sama seperti mereka..dan bila berfikir begini, saya jadi sangat bermotivasi untuk mendidik anak2 menjadi yang terbaik..biarlah, sekiranya sampai satu saat saya berseorangan pun, Allah itu ada, dan lebih dekat dari yang kita fikirkan..

Dan pasti, untuk membesarkan mereka, yang paling terbaik memohon perlindungan Allah supaya menjaga dan melindungi mereka tiap masa..tiada perlindungan terbaik selain Allah..pernah saya mendengar ustaz berkata..kita xdapat menjaga anak kita sepenuh masa..bertawakkallah kepada Allah..serahkan bulat tawakal kita sebagaimana seorang bayi dalam kandungan yang menyerahkan sepenuhnya kehidupannya kepada Allah..terutama dalam membesarkan anak perempuan..amalkan membaca surah alwaqiah setiap malam..supaya anak2mendapat rezeki perlindungan, rezeki kesihatan dan segala macam rezeki yang Allah kurniakan di atas muka bumi ini..

Ye..entry ni sebenarnya untuk lepaskan tension saya..tapi, alhamdulillah saya yakin ini peringatan Allah agar sentiasa merujuk kepadanya pada setiap kesusahan dan keresahan..Allah itu maha mendengar..moga saya dapat mendidik anak2 jadi yang terbaik di dunia dan akhirat..


Wednesday, October 31, 2012

Puteri kedua..

Salam semua..masuk hari ni, alhamdulillah dah 26 hari asma' dilahirkan ke dunia..beratnya 2.96..lahir jam 5.48 pagi..6 oktober 2012 bersamaan 20 zulkaedah 1433h..alhamdulillah..segala urusan dipermudahkan Allah.. Mungkin berkat doa kawan2 jugak..

Alhamdulillah asma' kurang sikit ragamnya setakat ni..akak huda plak dah mula menerima adiknya..dah selalu nak sayang2 adik..walapun kadang2 memberontak..pernah satu ketika saya sedang menyusu asma', dia paksa tepuk dia tidur dengan kedua tangan..tetap xnak walapun abah dia sudi nak tepukkan..huda oh huda..memang tinggi emosinya..tetap memilih untuk menjadi ' anak ummi' dari ' anak abah'..mungkin sejak dulu rapat dengan saya lebih dari abah dia..cuma, bila dah ada adik ni, letih lebihla nk handle huda dan asma'..

Apepun, bila dah jadi ummi kepada dua orang puteri buat saya lebih bermotivasi untuk jadi ummi yang lebih baik..segala perancangan untuk masa depan anak-anak perlu diaturkan dengan lebih rapi..huda pula tahun depan dah masuk umur 4 tahun..sekejap sangat rasanya masa berlalu..semoga setiap detik ini bermanfaat dan mempunyai ganjarannya disisi Allah..

Buat permata hati ummi, Asma' Adnin..selamat datang ke dunia sayang..ummi harap Asma' dapat jadi anak yang solehah buat ummi dan abah..ummi dan abah memilih nama Asma' supaya asma' dapat menjadi sehebat asma' binti abu bakar yang sentiasa menjadi penyokong dalam usaha Rasullullah dalam menyebarkan islam..

Semoga kedua puteri saya membesar dengan sihat dan dilimpahkan Allah dengan perlindungannya..

Amin..



Sunday, September 30, 2012

Menanti Orang Baru

Salam semua..

Lama tak menulis dalam blog ni.. alhamdulillah, mcm2 perkara baik telah Allah kurniakan atas kami sekeluarga..Bulan ini juga insyaAllah kami sekeluarga akan menerima kehadiran org baru..tak sabar pulak rasanya..tak sabar nak bercuti sebenarnya..hehe

Bulan ni pun dah genap 2 bulan kami berpindah ke rumah yang di beli sendiri di Puchong..walaupun jauh, tetap rasa bersyukur sebab sekurang-kurangnya kami dah ada rumah sendiri..kalau tak, hampir lima tahun jugak la menyewa rumah orang..rugi kan..

Amna Huda alhamdulillah dah semakin membesar dengan bijaknya..macam2 keletah, alasan dan perangai yang sering ditunjukkan pada kami..kadang-kadang tu memang menguji kesabaran juga, tapi setiap kali nak marah, saya cuba rasionalkan diri sendiri..hingga risau juga takut dia berperangai begitu sebab terlalu dimanjakan..huda dah tiga tahun..kalau ikut azam dulu, sepatutnya tiga tahun, kami nak huda dah pandai mengaji mukaddam..tapi, sekarang ni huda masih lagi belajar huruf-huruf depan dan bawah..asyik lupa aje..banyak tengok kartun, upin ipin daripada mengaji..

Tahun depan, kami merancang nak masukkan huda ke Taski tunas mukmin, ramai kawan-kawan ofis yang hantar situ..pengajaran seimbang dan paling penting ilmu agama diterapkan..ye, ilmu agama memang sepatutnya bermula dari rumah..saya pernah bercakap dengan suami, "kalau kita memang dapat konsisten terapkan ilmu agama, x payahla nak harap sekolah kan"..emm, tapi, nak buat macam mana, sibuk sangat dengan kerja..balik rumah pasti sampai lepas maghrib..itupun, kadang-kadang je sempat mengajar huda mengaji dalam kereta..

Waktu ni sangat cemburu dengan kawan-kawan yang kerja sendiri atau jadi suri rumah..pasti pendidikan macam ni kita tak perlu berharap pada orang lain kan..YaAllah, berilah ruang dan peluang aku mendidik anak-anakku menjadi insan soleh dan solehah..

So, bila dah hampir ketibaan orang baru ni, saya kena refresh semula semangat-semangat dan azam-azam yang kami bina dulu..hehe..saya kena sentiasa ingatkan diri sendiri yang anak adalah amanah Allah dan ibu bapa lah yang wajib membimbing mereka..Semoga saya dan anda semua jadi ibu bapa yang terbaik!!!


p/s - x sabar menunggu saat penyusuan - harap dapat konsisten amalkan mendengar atau mengaji quran ketika waktu menyusu..:)

Monday, June 11, 2012

Anniversary ke 6 tahun..

10.6.2012 genap 6 tahun perkahwinan saya..saya selalu telupa date ni sebab dulu duk berangan nak dapat date 20.6.2006.. tu yang selalu tersilap je..:)

Sekejap je masa berlalu..dah 6 tahun rupanya kami hidup bersama..Seperti pasangan lain, sama jugakla..bergaduh dan bermasam muka tu sebahagian dari ragam rumah tangga..

Paling selalu gaduh, sebab suami saya ni selalu lewat nak balik rumah..dia sangat rajin dan ikhlas bekerja..satu perangai yang saya x suka..tak suka menunggu berjam di bawah ofisnya..ketahui la en.suami, bukannya saya ni x memahami, cuma nak habiskan masa lebih sama-sama..hehe..

Suami saya juga memang seorang yang sangat penyabar..kawan2 UIA dulu pun kenal dia sebagai seorang yang sangat penyabar..sehinggakan bila saya merajuk pun, dia sabar jugak x pujuk2..haha..

Apepun, saya sangat sayang suami dan anak saya..satu anugerah yang tidak ternilai diberi Allah atas muka bumi ini..Walaupun saya xsempurna sebagai seorang isteri, hopefully, 6 tahun ini lebih banyak gembira dan kesenangan yang saya berikan dari duka..

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 6 En. Mohd Nadmin bin Ramlan..semoga diri ini sentiasa menjadi bidadari buat abang di dunia hingga ke syurga..:)


~Ust kata, nak jadi isteri solehah kita x perlu suami soleh, tapi untuk menjadi suami soleh pasti perlukan isteri yang solehah ~

Wednesday, March 21, 2012

Ke IPN

Berat hati nak tinggal huda..
Lagi pulak huda tengah nak buat persembahan zapin esok..huhu..sangat sedih..ummi x dapat nak bagi support..harap2 aunty nurul dpt dtg n rakamkan persembahan huda dkt ummi..:)

3 hari ni mesti ummi rindu peluk cium huda..setiap hari huda peluk dan sayang ummi..oh, mesti ummi rindu..

Tapi nak buat macam mana..tanggungjawab pada negara..chewah..hehe..padahal kena paksa pergi..

Apepun, semoga huda sihat selama ummi tinggalkan huda ni..moga huda x merengek cari ummi..huda nak jadi kakak dah..kena tabah dan kuat ye..

p/s - 3 hari bagaikan 3 tahun..huhu

Wednesday, March 14, 2012

Berhati-hati dengan Hati

Hati manusia ni kalau di ibaratkan umpama bateri dalam kereta..kalau rosak bateri tu..terus xbergerak kereta..macam tu jugak la hati..Xtau la kenapa..tapi, saya rasa sekarang ni saya mengalami penyakit hati yang teruk sekali..


Saya rasa menyampah dan benci sgt dengan bos-bos dan kerja saya sekarang ni..rasa xbersemangat dan rasa down sangat..Rasa mcm xde bos pun..semua kerja di arah pada saya terus..saya yang kena jawab semua benda..saya jugak yang buat semua payment..geramnya..Selama ni x pernah pulak rasa mcm ni..kalaula boleh letak jawatan mcm tu je..huhu..

Dalam geram-geram ni, saya teringat pesan prof. mohaya..dia kata orang yang merungut atau beralasan adalah orang yang tak berjaya..kalau kita rasa benci dan menyampah pada orang, mungkin itu akibat perbuatan kita sendiri..


Wahai tuhan kami, ampunilah dosa dan kesalahan kami, juga dosa-dosa para mukmin yang telah mendahului kami dan janganlah engkau masukkan dengki khianat ke dalam hati kami terhadap mereka yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau maha Pengasih lagi Maha Penyayang

emm..Ya Allah, kenapa dengan aku ni..rasa sangat tak kuat..penyakit hati la namanya ni..rasa diri sendiri bagus, orang lain xbetul dsb..rasanya diri ni kena banyak muhasabah diri..saya nak menenagkan diri..

SAYA KENA BERCUTI!!!! ~ ok, jom pilih tempat bercuti..:)

Tuesday, December 27, 2011

Mulakan yang baru untuk huda..

oh tuhan, tahun depan huda dah berumur 3 tahun..sangat sekejap sahaja masa berlalu..dan banyak sangat perancangan lama yang masih belum tercapai..huda sekarang ni pun, terlalu manja..semua xnak share..sangat risau..cuma saya harap huda boleh dapat adik secepat yang mungkin..hehe..

Di taska pula, kadang-kadang saya perasan ada juga elemen x elok yang ada kat situ..maklumla, cikgu-cikgu pun bukan semuanya perfect..emm..kalau ikutkan hati memang nak jaga huda sendiri supaya dapat membesar dan terdidik di depan mata..

Azam saya tahun 2012..untuk lebih beri perhatian pada huda..Kat sini, saya nak kongsikan satu artikel yang sangat berguna untuk kita semua mendidik anak-anak..Oleh Dr Yen Teck Hoe, Pakar Perunding Psikiatri...

Ini Bukan Saya Punya… Ini KITA Punya!

Mengajar si manja anda untuk berkongsi memang mencabar, tetapi tiada yang mustahil jika dilakukan dengan betul.

Meminta si manja anda untuk berkongsi mainannya mungkin sukar sebagaimana memintanya makan sayur. Tidak kira apa yang anda kata, dia tetap tidak akan menukar keputusannya. Keadaan menjadi lebih teruk jika anda memaksanya melepaskan mainan, menyebabkan dia mula buat perangai sebagai tanda bantahan. Semua kanakkanak tidak suka berkongsi sesuatu yang disayangi mereka, sebab itulah sedikit pujukan diperlukan untuk memintanya berkongsi barangan miliknya.

Jangan paksa dia!
Si kecil anda yang berusia 2 tahun mengadu kepada anda sambil menangis kerana abangnya, yang berusia empat tahun, enggan berkongsi mainan kereta api dengannya. Anda minta anak sulung anda mengalah, tetapi dia mengabaikan kata anda. Jadi anda merampas kereta api daripadanya, menjerit atau menghukumnya untuk menunjukkan anda tidak setuju dengan kelakuannya dan memberikan kereta api kepada adiknya. Anak sulung anda mungkin tiada pilihan untuk mengalah tetapi paksaan tidak akan memupuk sifat suka memberi di dalam diri anak anda. Malah ini mungkin menyebabkannya langsung tidak suka berkongsi dengan adik-beradik atau rakan taulannya.

Sebenarnya anda berlaku tidak adil kerana meminta anak anda yang lebih tua untuk berkongsi dengan adik mereka, kerana adik sentiasa mahukan apa yang dimainkan oleh abang dan kakaknya. Walaupun anak anda yang berusia 2 tahun mahu bermain kereta api, tiada sebab abang harus memberikan mainannya kepada adik. Mengajar adikberadik menghormati hak milik satu sama lain adalah sama penting dengan sifat suka memberi dan berkongsi yang cuba anda terapkan.

Biar mereka selesaikan sendiri

Jika anak anda sedang merebut mainan, jangan masuk campur mahupun cuba selesaikan masalah. Ini sering membawa kepada situasi yang menguntungkan satu pihak dan membuatkan salah seorang daripada anak anda terasa sedih. Tambahan lagi, anak anda akan bergantung kepada anda untuk menyelesaikan masalah mereka. Jika keadaan tidak lagi terkawal, atasi masalah dengan menyalahkan keduadua pihak dan jangan salahkan hanya satu. Galakkan anak anda mencari penyelesaian sendiri sambil memegang mainan untuk mereka. Terangkan dengan jelas bahawa melainkan mereka membuat keputusan untuk bermain dengan baik bersama, mereka tidak akan mendapat balik mainan itu.

Segala-galanya memerlukan masa…

Anda tidak boleh membuat sesuatu perubahan dalam jangka masa yang singkat, namun begitu, ada langkah yang perlu anda ambil untuk membantu anak anda belajar cara berkongsi dan bersifat murah hati.

•Jadi suri teladan. Kanak-kanak bijak memerhati dan sering mencontohi apa yang anda lakukan. Kalau boleh, cari peluang berkongsi dengan rakan anda atau ahli keluarga lain, sambil menerangkan proses dengan jelas.

•Ajar anak anda berkongsi dengan berkongsi dengannya. Cuba main permainan ‘minta dan pulangkan’ bersama anak anda. Jika anak anda mempunyai mainan kesayangan, anda boleh minta baik-baik daripadanya untuk memegang mainan itu selama seminit. Apabila si manja memberikannya kepada anda, pegang atau main dengan mainan kesayangannya dan kemudian pulangkan. Pastikan anda hanya memegang mainan untuk beberapa saat sebelum memulangkannya. Lakukannya beberapa kali supaya dia boleh melihat bahawa walaupun dia memberikan mainan buat seketika, dia tidak kehilangannya, dan ini akan membuatkannya lebih sanggup untuk berkongsi mainan dengan orang lain pada masa depan.

•Beri pujian bila mereka berkelakuan baik! Iktiraf dan beri pujian apabila anak anda melakukan sesuatu yang baik atau berkongsi dengan seorang rakan. Jika anda berkata, “Saya suka tengok awak berkongsi mainan dengan Ali”, ini akan membuatkan anak anda ingin mendapatkan perhatian daripada ibunya dan mungkin mahu melakukan perkara yang sama sekali lagi.

Berkongsi bukan perkara yang mudah dilakukan oleh si manja anda, tetapi dengan bimbingan anda dan sedikit kesabaran, anda boleh menanam semangat suka memberi dan kesanggupan berkongsi. Segala-galanya memerlukan masa dan latihan, tetapi belajar berkongsi tidak mustahil jika anda melakukannya dengan cara yang betul!

Minta, jangan rebut!
Anda tidak harus merampas mainan daripada tangan kanak-kanak. Ini bukan sahaja membuatkannya enggan melepaskan mainan pada masa depan, tindakan ini juga mengajarnya menjadi lebih kasar. Jika anda mengambil barangan daripada anak anda dengan kekerasan, mereka akan melakukan perkara yang sama apabila mereka mahukan sesuatu pada masa depan..