Tuesday, December 29, 2009

Accountant in Training!!

Waktu pulun nak menghabiskan kerja hari tu, huda pun ikut sama ke ofis..semua mainan dia saya angkut sama...kononnya taknak bagi dia boring...tapi, at last, nak jugak duduk kat ummi dia..so, terpaksala cek bayaran sambil memegang huda...


Tapi, dengan syarat...huda pun nak kena pegang kertas jugak...if not..maka koyakla baucar-baucar orang lain...hehe..anak saya ni memang sgt teruja terhadap kertas dan plastik...Nampak steady je dia tgk monitor komputer tu kan...hehe


Pastu bila dah penat, kami biarkan huda bergolek-golek atas tilam yang dibentangkan tikar... sempat lagi dia posing apabila abah dia amik gambo...nasib baik amik gambo dgn handset, kalo tak mesti dia buat muka pelik...hehe..

Nasib baik huda tak banyak ragam...merengek2 dan lastly tertido...
Waktu malam plak...dia sanggup taknak tido walaupun dah mengantuk...nape ek? budak2 suka tahan mata dia kan asalkan dia dapat main..


dia pun nak menulis dan menghentak-hentak pen dan kertas atas meja...sambil mengesot laju atas meja tu..mentang-mentangla meja tu licin...hehe...

mula-mula memang excited la ..tapi tak lama je, dah mengamuk nak pegang mouse dan memicit-micit keyboard...Anyway...buat kerja dengan ditemani anak tetap membuatkan hati kita jadi lebih tenang...banyak macammane pun tak stress..asalkan suami anda ada untuk memujuk dan menyalin lampin anak anda bila2 perlu...

Yang penting keje kena ikhlas...tensen pun, senyum je la...kena pekik pun, jauhkan je la gagang telefon dari telinga anda...haha..

Monday, December 28, 2009

Akhirnya....

Alhamdulillah...

Dah berbulan tak update blog...pergh...keje bulan lepas bukan main banyaknya..akhirnya selesai jugak..hehe..hari ni tak boleh peraku baucar pun...sampai 2hb la leh enjoy sebelum bertungkus lumus semula untuk akb apakah benda alah ni apapun, sian kat huda...dah seminggu sama-sama berkampung kat ofis ni..hehe


Dengan bertemankan meja yang berserabut amat....memang satu kenikmatan bila dah boleh jenguk2 blog...dan mengemaskan meja dengan membuang segala macam benda yang tak sepatutnya ada...akhirnya licin jugak mejaku ni...haha (jangan jeles pn.nurul, meja u takleh bersih lagi, nyonya tunggu report..hehe

Selama berkeadaan bz ni masih sempat jugak kami sekeluarga balik kg dan ke jemputan kawin kawan-kawan yang rapat...tahniah buat lid dan suami serta suhail dan isteri..akhirnya sampai jugak jodoh korang yer...memang tak disangka perancangan Allah ni kan..


Pengantin baru (Lid dan Alan)

Pengantin baru (Suhail dan Nazifah)

Dan akhirnya, masa yang ditunggu pun sudah hampir tiba...huda dah nak genap 6 bulan..dia dah berCD (cloth diapers) dan start makan solid food...kitaorg just bagi dia nestum beras perang untuk bekalan.. coz taska oren huda memang ada sediakan bubur..diaorg selang selikan nestum dgn bubur..

Ini gambar huda berposing dengan CD nya..tapi, huda bila amik gambar susah nak dapat muka senyum..dia suka buat muka pelik...

masa first time test makanan pun macam tu...waktu tu just bagi try pisang yang dilenyekkan...agaknya dia x excited sgt.. sebab bila bagi makan beras perang, lain plak riaksi dia..

huda baru 5 bulan lebih...tapi macam rasa cepat sgt masa berlalu untuk dia tengok membesar...dah pandai merengek, nak manja, buat2 nangis..hehe..seronok tgk dia...

Macam manapun, akhirnya, tahun 2009 pun dah nak tamat...macam biasa setiap tahun baru ada azam baru..hopefully tahun 2010 ni saya dapat improve dan uruskan diri dengan lebih teratur...ibadat+kerja+belajar+rumah tangga...dan moga tahun 2010 jadi lebih baik untuk kita semua...

Friday, November 6, 2009

Happy Birthday To You...

My lovely Husband with my little princess

HAri ni genap ulang tahun suami saya yang ke-27...huhu dah tua dah abg...

Hari ni jugak genap ulang tahun huda yang ke-4 Bulan...

Dua insan kat atas ni orang yang paling saya sayang...yang membuatkan hidup saya sentiasa ceria dan bermakna...

Buat mereka, saya doakan semoga sentiasa diberkati Allah dan mendapat rahmatNYA dalam setiap saat menjalani hidup ini...dan yang paling penting..agar kita akan tetap bersama dunia akhirat...

Semoga saya juga sentiasa mendapat perlindungan Allah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ummi dan isteri....Amin

p/s - Happy Birthday Abg...I love u so much..Kat huda pun, ummi sayang sgt huda...


Sunday, November 1, 2009

Tak Bestnya Hari Isnin....

Kesian hari isnin.....

Pada saya, isnin selalunya xmenjadi hari yang paling saya gemari...kenape?

Isninla hari saya terpaksa berpisah ngn huda setelah dua hari melayan keletahnya...

Dua hari cuti ni seronok sgt ...huda memang xberhenti nak berborak sejak bangun tido sampai ke malam...ada je yang keluar dari bibir comel dia...kadang-kadang mcm tgh menyanyi.. kadang-kadang mengomel... betullla..teacher huda selalu cakap yang huda ni peramah...

Paling seronok bila tgk huda bergolek-golek nak meniarap...dan bila dah berjaya..huda akan mempamerkan muka yang melambangkan satu kepuasan yang teramat sgt...tapi, huda juga akan merengek bila tak berjaya...hehe..satu petanda yang baik kan...

Satu hari melayan huda memang x membosankan..pagi tadi saya perli suami saya.."aik, dah siap ke kerja-kerja yang abg bawa balik? nampak mcm xkeluar dari beg je 2 hari ni..."emm...xmungkinlah ummi ngn abah huda buat keje lain kalau huda ada sama...walaupun saya tak sihat sepanjang hujung minggu ni...tapi, melayan huda tetap menjadi keutamaan...

Apapun, hidup perlu diteruskan...walaupun kehadiran hari isnin memang tak dialukan...tapi, tanpa isnin takkan hadir hari yang lainnya...hehe...tak sedap sungguh falsafahku ini...dan macam yang selalu diplan tapi tak jadi, ummi huda nak balik awal hari ni..rindu kat huda...mmmuahhh

Friday, October 23, 2009

Aku Bersalah....


Tadi tepon suami...dia kata banyak keje urgent..."nana amikla huda dulu ye...abg lambat, byk keje urgent.."so, xpela...

Tadi pagi meeting...yang buat jadi stress sgt, data untuk meeting tu salah...aku xsempat plak nak semak staff tu buat...percaya bulat2...bos pandai ni plak pi declare awal2 data tak betul..padahal satu je yang silap....so, forum jadi xpercayala kat data kitaorg provide tu...

Yang buat aku jadi frust sgt, nurul ni plak yang kena...seolah2 dia yang sedia..padahal dia compile je...sian betul dia...dahla pregnant..pengajarannya, pasni xleh percaya sgt keje anak buah...kena cek betul2...huhu


p/s: nurul, sori bebanyak k(mintak maaf terbuka ni)...haha

Tuesday, October 20, 2009

Macam mana ni??

Macam mana ni? Minggu depan kena pegi kursus…Kalau memang betul, 25-28hb ni…4 hari tu…susu huda takde stok…sekurang-kurangnya kena ada 12 botol ( 36 oz) kalau nak tinggalkan huda…huhu…camni ni sayang? ummi xnak huda minum susu lain…tapi, nak wat camne ek…kalau ummi xberjaya jugak kumpul dalam minggu ni…nampaknya kena ada pengorbanan la kan huda…kita doa-doa abah dapat cuti at least 2 hari…haha….

Pastu petang ni ummi kena bawak huda gi klinik…kita gi berdua je…abah huda kursus plak…ni la yang susah kalau decide nak gi klinik kerajaan...who decided on this matter ek? terpaksa amik waktu keje...dahla keje melambak...doa-doa la tak hujan…kalau x, macam mana ummi nak bawak huda sambil pegang payung ni?cobaan..cobaan…

Tuesday, October 6, 2009

Baru Nak Sedar Diri...

Demi memenuhi permintaan 'peminat-peminat' saya ni....haha..(perasan sikitla bagi org yang baru nak start menulis blog) saya pun kena tukar la warna tulisan ni...bagi nampak sikit...

Amna Huda masih selsema lagi, dah letak kunyit sampai kuning hidung dia...taktau nak wat ape lagi..sian huda..anyway sebenarnya bukan nak citer pasal Amna Huda selsema, cume kalau sesape ada petua, boleh jugakla kongsikan yer..

Pagi tadi on the way drive to office, dengarla radio ikim...tetiba ada ustaz Zamri dan ustaz Zawawi tengah berbincang dan bercerita tentang musibah..terbaru musibah yang melanda saudara seislam kite di Padang, Indonesia..bile tgk gambar-gambar dan cerita-cerita yang berlaku di sana sememangnya menyedihkan..xdapat dibayangkan..Saya pernah ke sana 5 tahun dahulu...singgah ketika melakukan khidmat sosial di Maninjau, Sumatera dan di bumi itu jugalah terbitnya perasaan suami pada saya...hehe...terkenang kisah lalu...

Survivors sit inside their damaged house after an earthquake occured near the Padang Alai village area in Pariaman, West Sumatra province October 6, 2009.REUTERS/Nicky Loh


A monkey reacts as it is chained to a tree in the earthquake-ravaged village of Tandikat, Indonesia's West Sumatra province October 6, 2009. Health workers doused the Indonesian city of Padang with disinfectant to ward off disease outbreaks and helicopters dropped aid to survivors six days after a devastating earthquake.REUTERS/Dylan Martinez

A dead monkey's arms pokes through the mud in the earthquake ravaged village of Tandikat, Indonesia's West Sumatra province October 6, 2009.REUTERS/Dylan Martinez

Orang kata, kejadian tersebut bencana alam...tapi, sebagai umat Islam kita perlu berfikir sebaliknya..Ia bukan setakat bencana alam tetapi sebenarnya peringatan dari yang Maha Kuasa terhadap hambanya...Cuba kita renung terjemahan surah Al-Zalzalah ini...

إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat),

وَأَخْرَجَتِ الأرْضُ أَثْقَالَهَا dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,

وَقَالَ الإنْسَانُ مَا لَهَا dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?",

يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا pada hari itu bumi menceritakan beritanya,

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.

وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

Keadaan di bumi Indonesia hanyalah sebahagian dari peristiwa kiamat yang sememangnya pasti berlaku...pada waktu itu, macam mana agaknya keadaan kita yek? sudah cukup ke amalan kita untuk tergolong dalam golongan manusia beriman? bagaimana jugak keadaan kita bile keluar dari kubur? Ya Allah, bila buat muhasabah macam ni barulah nak sedar yang kita ni cuma kerdil sangat, lagi-lagi bila membandingkan diri dengan umat-umat terdahulu atau insan beriman yang sememangnya lebih banyak amalnya dari kita...banyak sangat dosa..

Bila saya perhatikan, bumi kita ni, Malaysia selalu terselamat dari bencana-bencana ini..padahal negara sekeliling kita sebaliknya..saya pernah dengar kawan kata.."mungkin negara kita ni masih banyak golongan alim ulama yang selalu mendoakan keselamatan negara kita" ada jugak org yang kata "Malaysia tak pernah lagi ditimpa malapetaka dasyat, apakah mungkin Allah lambatkan sehingga satu masa ditimpa dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka".

Bila dipikirkan semula, masih banyak perkara mungkar yang berlaku dalam negara kita.. Gejala sosial dan maksiat masih lagi tak terbendung.. Selama ni pun diri saya ni selalu sangat leka...Aktiviti dakwah waktu di Universiti dulu dah lama xditeruskan...Semoga lepas ni kita sama-sama memperbaiki diri dan amalan masing-masing...sama-sama juga kita memperingati antara satu sama lain kerana bila bala atau peringatan tuhan turun, ia bukan hanya ditimpa ke atas satu golongan sahaja.. jangan bila Malaysia ditimpa bala, kita baru nak sedar diri siapa kita sebenarnyakan..Wassalam

p/s marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan walau dengan sedikit wang ringgit untuk mangsa-mangsa tersebut. Semoga Allah melindungi umat Islam di seluruh dunia. Amin