Sunday, September 19, 2010

Lepas Raya


Lepas Raya...

Naik kerja...

Sangat bosan..huhu...

Sangat rindu pada budak ni..

Ummi nak balik cepat hari-hari..

Rindu sangat2 anak ummi...

muaaahhh...


p/s - bila la nak jadi suri rumah ni..hehe

Thursday, September 2, 2010

Balik ngn Huda..

Dapat sms en.suami..dia terpaksa balik lambat hari ni..xtau kul bpe..kena siapkan minit post-cabinet..

maka..saya kena balik ngn huda..car seat huda xpasang lagi..huhu..camne ni??

dapat ke huda duduk elok2?

pengalaman dari matrade ke MITI pun,dah terbayang2...xpenah nak duduk elok..kalau pakaikan seat belt pun mesti tercabut jugak..alamak..risaunya..huhu..

Macam mana nak bagi huda behave dlm kete ni ek???

Sunday, August 29, 2010

Penyusuan Huda..

emm..sebenarnya, saya sangat teruja apabila membaca entry dari blog ni..kisah seorang mama yang gigih ingin menyusukan anak dia..hehe..(jgn bangga plak)..dan ingat x lagi saya pernah cerita pasal pemakanan huda di sini..,

Sememangnya kesilapan saya bila telah mula kurang mengepam sejak huda berumur setahun..dan sejak itu, huda hanya minum susu saya semasa di rumah sahaja dan huda dibekalkan dengan susu formula Malaysia (perlula sebut Malaysia).. sebenarnya memang rasa sakit jiwa bila terpaksa 'membenarkan' susu itu di bawa ke nursery huda..tapi, kesilapan saya itu dicatatkan di sini supaya tidak berulang pada rakan2 yang lain..seperti cerita di blog ini, saya tidak mahu keperluan nutrisi huda hanya dari susu..

Seperti kata Suraya (kaunselor laktasi) :

"penyusuan susu ibu adalah lebih daripada nutrien semata (Selepas anak berusia lebih dari setahun) Ianya bonding yang menyatukan rasa anak, ibu dan ayah..Dan elok diteruskan selama mungkin..Selagi ibu rasa selesa dengan penyusuan dan selagi anak mahu, teruskan!

Bayi berusia 1 tahun ke atas tidak memerlukan khasiat daripada susu ibu secara total..Dan susu ibu itu sendiri tidak dapat membekalkan keseluruhan zat yang diperlukan anak selepas anak berusia 6 bulan..Anak kita memerlukan kalsium, zat besi dan nutrien2 lain. Selain daripada susu formula, kita boleh memberikannya sumber nutrien dari makanan lain.."

Untuk tidak menyebabkan huda sentiasa minum banyak susu formula di nursery, saya bekalkan beberapa makanan lain pada huda..sebabnya saya yakin, anak saya dah dapat keperluan kalsium yang mencukupi walaupun tidak diberi susu formula..bekalan yang selalu saya bg ialah buah-buahan dan oat..

Dan baru-baru ni, huda dah xnak minum dari botol..bila kitaorg perhatikan, huda cuma minum bila dia menyusu secara terus dgn sy dan minum dari cawan..tu yang membuatkan sy risau.. memang sejak minggu lepas, kitaorg pelik kenapa dia beria2 nak menyusu badan je..tp, bila lama-lama makin jelas yang dia xnak menyusu dari botol..

Bila balik dari nursery, dia mesti macam org kehausan..sian kat huda..taktau la nak buat macam mana..berat makin kurang..bulan depan ada checkup..

Apapun, sy masih dalam proses mengkaji macamana nak pastikan berat badan huda naik walaupun x minum susu macam dari cerita dari blog suraya tu..so, nak bagi huda makan byk2 biar berat badan dia naik!!hehe...

Thursday, August 26, 2010

Untuk Auntie Nurul..

(Pesanan dari Amna huda)

Untuk auntie nurul..bukan auntie nurul ni..tapi, auntie nurul shaida..


Semoga Selamat lahirkan baby..

auntie tak payah la risau pasal baju huda tu..kalau manik tu xabis jahit..auntie pos je dgn manik2 pada ummi..nanti ummi sambung..lari sikit pun ok..hehe..

Takkan auntie nak jahit dalam pantang nanti?kejam betul ummi kalau suruh camtu..hehe..

Tapi, the point is..auntie tak payah la pikir bj huda tu..nanti huda leh pakai baju kurung hijau lagi satu..lagipun nanti ummi nak bawak huda shopping raya kat Sogo..setelah dapat 'Bantuan Kewangan' RM500.00 tu..hehe

same la baby auntie ngn huda..nak kuar dari tingkap jugak..huda pun dulu lambat pusing..saje buat ummi suprise pusing last minit..

jangan takut auntie..it is the unfogettable experience..relax and having it..coz not all people get this moment..(huda speaking ni..)

k la auntie..semoga selamat semuanya..InsyaAllah..



p/s - Tak pun, uncle kayzee tlg jahit je..hahaha



Monday, August 23, 2010

Lari dari masalah ke?

Saya risau lecturer call..

coz tak hantar2 lagi draf pada dia..

Akhirnya saya off hp sepanjang hari..

Sebabnya memang tak sempat nak siapkan pun...

keje kat ofis sikit punya byk..cepatla eo baru datang...

keje kat umah, x abis2..kain nak lipat..basuh pinggan..main ngn huda..hehe..dan bla2...

rase xnak sambung dah..pening2..kawan2, doakanlah ye..




p/s- perlu ke aku off lagi hp untuk seminggu??haha..

Tuesday, August 17, 2010

Huda buat Passport..

Just nak share gambar passport huda..
Garang kan muka dia?hehe..
waktu ni, dia baru bangun tido..

banyak sgt main masa balik JB ahad lepas..
Dari pagi dia x tido..sampaila waktu nak amik gambar, huda tido..
lebih sejam, kitaorg jalan2 Plaza Angsana..dia masih tido jugak..

Akhirnya, saya kejut..dan bawak ambil gambar...

Haha..inilah hasilnya...muka masam giler..

Gaya muka pun, tak nampak girl2 kan..hehe..

p/s - Semoga urusan en.suami nak buat passport yang hilang dipermudahkan..Nak balik Singapore raya ni..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan Karim..

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi..

Sahabat-sahabat..mari kita tambahkan amal dalam bulan Ramadhan ini..

Minta maaf salah silap selama ini..dan saya maafkan semua kesalahan kalian..


p/s - Nurul - Tak nak citer pasal akak tiri lagila..hehe