10.6.2012 genap 6 tahun perkahwinan saya..saya selalu telupa date ni sebab dulu duk berangan nak dapat date 20.6.2006.. tu yang selalu tersilap je..:)
Sekejap je masa berlalu..dah 6 tahun rupanya kami hidup bersama..Seperti pasangan lain, sama jugakla..bergaduh dan bermasam muka tu sebahagian dari ragam rumah tangga..
Paling selalu gaduh, sebab suami saya ni selalu lewat nak balik rumah..dia sangat rajin dan ikhlas bekerja..satu perangai yang saya x suka..tak suka menunggu berjam di bawah ofisnya..ketahui la en.suami, bukannya saya ni x memahami, cuma nak habiskan masa lebih sama-sama..hehe..
Suami saya juga memang seorang yang sangat penyabar..kawan2 UIA dulu pun kenal dia sebagai seorang yang sangat penyabar..sehinggakan bila saya merajuk pun, dia sabar jugak x pujuk2..haha..
Apepun, saya sangat sayang suami dan anak saya..satu anugerah yang tidak ternilai diberi Allah atas muka bumi ini..Walaupun saya xsempurna sebagai seorang isteri, hopefully, 6 tahun ini lebih banyak gembira dan kesenangan yang saya berikan dari duka..
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 6 En. Mohd Nadmin bin Ramlan..semoga diri ini sentiasa menjadi bidadari buat abang di dunia hingga ke syurga..:)
~Ust kata, nak jadi isteri solehah kita x perlu suami soleh, tapi untuk menjadi suami soleh pasti perlukan isteri yang solehah ~
Monday, June 11, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Ke IPN
Berat hati nak tinggal huda..
Lagi pulak huda tengah nak buat persembahan zapin esok..huhu..sangat sedih..ummi x dapat nak bagi support..harap2 aunty nurul dpt dtg n rakamkan persembahan huda dkt ummi..:)
3 hari ni mesti ummi rindu peluk cium huda..setiap hari huda peluk dan sayang ummi..oh, mesti ummi rindu..
Tapi nak buat macam mana..tanggungjawab pada negara..chewah..hehe..padahal kena paksa pergi..
Apepun, semoga huda sihat selama ummi tinggalkan huda ni..moga huda x merengek cari ummi..huda nak jadi kakak dah..kena tabah dan kuat ye..
p/s - 3 hari bagaikan 3 tahun..huhu

Wednesday, March 14, 2012
Berhati-hati dengan Hati
Hati manusia ni kalau di ibaratkan umpama bateri dalam kereta..kalau rosak bateri tu..terus xbergerak kereta..macam tu jugak la hati..Xtau la kenapa..tapi, saya rasa sekarang ni saya mengalami penyakit hati yang teruk sekali..

Saya rasa menyampah dan benci sgt dengan bos-bos dan kerja saya sekarang ni..rasa xbersemangat dan rasa down sangat..Rasa mcm xde bos pun..semua kerja di arah pada saya terus..saya yang kena jawab semua benda..saya jugak yang buat semua payment..geramnya..Selama ni x pernah pulak rasa mcm ni..kalaula boleh letak jawatan mcm tu je..huhu..
Dalam geram-geram ni, saya teringat pesan prof. mohaya..dia kata orang yang merungut atau beralasan adalah orang yang tak berjaya..kalau kita rasa benci dan menyampah pada orang, mungkin itu akibat perbuatan kita sendiri..
Wahai tuhan kami, ampunilah dosa dan kesalahan kami, juga dosa-dosa para mukmin yang telah mendahului kami dan janganlah engkau masukkan dengki khianat ke dalam hati kami terhadap mereka yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau maha Pengasih lagi Maha Penyayang
emm..Ya Allah, kenapa dengan aku ni..rasa sangat tak kuat..penyakit hati la namanya ni..rasa diri sendiri bagus, orang lain xbetul dsb..rasanya diri ni kena banyak muhasabah diri..saya nak menenagkan diri..
SAYA KENA BERCUTI!!!! ~ ok, jom pilih tempat bercuti..:)

Tuesday, December 27, 2011
Mulakan yang baru untuk huda..
oh tuhan, tahun depan huda dah berumur 3 tahun..sangat sekejap sahaja masa berlalu..dan banyak sangat perancangan lama yang masih belum tercapai..huda sekarang ni pun, terlalu manja..semua xnak share..sangat risau..cuma saya harap huda boleh dapat adik secepat yang mungkin..hehe..
Di taska pula, kadang-kadang saya perasan ada juga elemen x elok yang ada kat situ..maklumla, cikgu-cikgu pun bukan semuanya perfect..emm..kalau ikutkan hati memang nak jaga huda sendiri supaya dapat membesar dan terdidik di depan mata..
Azam saya tahun 2012..untuk lebih beri perhatian pada huda..Kat sini, saya nak kongsikan satu artikel yang sangat berguna untuk kita semua mendidik anak-anak..Oleh Dr Yen Teck Hoe, Pakar Perunding Psikiatri...
Ini Bukan Saya Punya… Ini KITA Punya!
Mengajar si manja anda untuk berkongsi memang mencabar, tetapi tiada yang mustahil jika dilakukan dengan betul.
Meminta si manja anda untuk berkongsi mainannya mungkin sukar sebagaimana memintanya makan sayur. Tidak kira apa yang anda kata, dia tetap tidak akan menukar keputusannya. Keadaan menjadi lebih teruk jika anda memaksanya melepaskan mainan, menyebabkan dia mula buat perangai sebagai tanda bantahan. Semua kanakkanak tidak suka berkongsi sesuatu yang disayangi mereka, sebab itulah sedikit pujukan diperlukan untuk memintanya berkongsi barangan miliknya.
Jangan paksa dia!
Si kecil anda yang berusia 2 tahun mengadu kepada anda sambil menangis kerana abangnya, yang berusia empat tahun, enggan berkongsi mainan kereta api dengannya. Anda minta anak sulung anda mengalah, tetapi dia mengabaikan kata anda. Jadi anda merampas kereta api daripadanya, menjerit atau menghukumnya untuk menunjukkan anda tidak setuju dengan kelakuannya dan memberikan kereta api kepada adiknya. Anak sulung anda mungkin tiada pilihan untuk mengalah tetapi paksaan tidak akan memupuk sifat suka memberi di dalam diri anak anda. Malah ini mungkin menyebabkannya langsung tidak suka berkongsi dengan adik-beradik atau rakan taulannya.
Sebenarnya anda berlaku tidak adil kerana meminta anak anda yang lebih tua untuk berkongsi dengan adik mereka, kerana adik sentiasa mahukan apa yang dimainkan oleh abang dan kakaknya. Walaupun anak anda yang berusia 2 tahun mahu bermain kereta api, tiada sebab abang harus memberikan mainannya kepada adik. Mengajar adikberadik menghormati hak milik satu sama lain adalah sama penting dengan sifat suka memberi dan berkongsi yang cuba anda terapkan.
Biar mereka selesaikan sendiri
Jika anak anda sedang merebut mainan, jangan masuk campur mahupun cuba selesaikan masalah. Ini sering membawa kepada situasi yang menguntungkan satu pihak dan membuatkan salah seorang daripada anak anda terasa sedih. Tambahan lagi, anak anda akan bergantung kepada anda untuk menyelesaikan masalah mereka. Jika keadaan tidak lagi terkawal, atasi masalah dengan menyalahkan keduadua pihak dan jangan salahkan hanya satu. Galakkan anak anda mencari penyelesaian sendiri sambil memegang mainan untuk mereka. Terangkan dengan jelas bahawa melainkan mereka membuat keputusan untuk bermain dengan baik bersama, mereka tidak akan mendapat balik mainan itu.
Segala-galanya memerlukan masa…
Anda tidak boleh membuat sesuatu perubahan dalam jangka masa yang singkat, namun begitu, ada langkah yang perlu anda ambil untuk membantu anak anda belajar cara berkongsi dan bersifat murah hati.
•Jadi suri teladan. Kanak-kanak bijak memerhati dan sering mencontohi apa yang anda lakukan. Kalau boleh, cari peluang berkongsi dengan rakan anda atau ahli keluarga lain, sambil menerangkan proses dengan jelas.
•Ajar anak anda berkongsi dengan berkongsi dengannya. Cuba main permainan ‘minta dan pulangkan’ bersama anak anda. Jika anak anda mempunyai mainan kesayangan, anda boleh minta baik-baik daripadanya untuk memegang mainan itu selama seminit. Apabila si manja memberikannya kepada anda, pegang atau main dengan mainan kesayangannya dan kemudian pulangkan. Pastikan anda hanya memegang mainan untuk beberapa saat sebelum memulangkannya. Lakukannya beberapa kali supaya dia boleh melihat bahawa walaupun dia memberikan mainan buat seketika, dia tidak kehilangannya, dan ini akan membuatkannya lebih sanggup untuk berkongsi mainan dengan orang lain pada masa depan.
•Beri pujian bila mereka berkelakuan baik! Iktiraf dan beri pujian apabila anak anda melakukan sesuatu yang baik atau berkongsi dengan seorang rakan. Jika anda berkata, “Saya suka tengok awak berkongsi mainan dengan Ali”, ini akan membuatkan anak anda ingin mendapatkan perhatian daripada ibunya dan mungkin mahu melakukan perkara yang sama sekali lagi.
Berkongsi bukan perkara yang mudah dilakukan oleh si manja anda, tetapi dengan bimbingan anda dan sedikit kesabaran, anda boleh menanam semangat suka memberi dan kesanggupan berkongsi. Segala-galanya memerlukan masa dan latihan, tetapi belajar berkongsi tidak mustahil jika anda melakukannya dengan cara yang betul!
Minta, jangan rebut!
Anda tidak harus merampas mainan daripada tangan kanak-kanak. Ini bukan sahaja membuatkannya enggan melepaskan mainan pada masa depan, tindakan ini juga mengajarnya menjadi lebih kasar. Jika anda mengambil barangan daripada anak anda dengan kekerasan, mereka akan melakukan perkara yang sama apabila mereka mahukan sesuatu pada masa depan..

Wednesday, December 7, 2011
Huda oh Huda..

Salam kawan2..
lama betul rasanya x update blog..dah jd 'WEB' dah blog ni..hehe..sebenarnya terlalu sibuk sekarang ni dengan nak tutup akaun lagi, semua kerja jadi bertambah-tambah..
Disebabkan sibuk sangat, sekarang ni saya selalu ambil huda lewat, kadang-kadang bila ambil dia pukul 6.30, dia tengah makan biskut meri sorang-sorang cicah air masak..sambil tgk 'sinetron' di TV9..sian huda..hrtu, tiba-tiba bila saya tanya dia, huda tgk ape? dia jawab, huda tgk akak nangis2 kn pukul dgn abg..huhu~ sian ank aku..
Tapi, alhamdulillah, huda dah makin bijak, rajin zikir (yg macam sek dia je la), banyak jugak ilmu2 yang dia dapat dr sekolah..hr tu, bila saya cakap dengan huda, best x? biasa dia ckp best, tetiba dia jawab nice!!wah, terkejut betul la..rupanya, dia mmg selalu jugak belajar english kat sekolah tu..ok la, ummi huda xsempat ajar, nk speaking pun xde..so, huda belajarla kat sekolah..hehe
Mengaji masih lagi malas2..tp, bila ada yang dia nak, baru la tiba2 ambil al-furqan dan bawak pada ummi..contohnya, hari tu lalu sebelah pasar tani, ada jual belon2..terus, dia ambil flash kad dan baca 'MA' (padahal yang tu mmg dah tau) berulang-ulang kali.. dah abis baca, terus cakap, 'ummi, huda dah ngaji kan..huda nak belon!!' kalau x, org sibuk tanya dia, dia tanya kita balik..huhu
Bila xpaham kita cakap kat dia , mesti lepas tu jawab "ape ummi sakap ni?"~geram x?hehe..
Tapi, akhir-akhir ni, huda selalu ngamuk2..sebab ummi ambil huda lewat ke? semalam kat sogo pun huda ngamuk2..huda jerit kuat2 sampai semua orang tengok..last2 lepas kn pujuk br huda diam..geram betul ummi kat huda..kalau xkuat iman, macam nak 'naik tangan' jek..sabar je ummi ngn abah.. sampai sekarang ummi teringat-ingat perangai huda tu..
Semalam lepas huda tido, ummi bacakan alfatihah, ayat kursi dan surah al-insyirah dekat huda..kesian ummi tgk huda..mungkin ada yang huda xpuas hati kan..tp, kisah semalam jd pengajaran pada ummi, setiap malam ummi akan bacakan tiga2 surah tu untuk huda..supaya huda jadi anak yang lebih tenang dan baik..
Huda oh huda..sori ye sayang kalau ummi selalu lewat dan xbg perhatian pada huda..sori jugak kalau ummi xpaham apa huda nak...yg penting ummi ngn abah sayang huda..
Monday, September 5, 2011
Courts Mammoth yang Hampeh..
Kawan-kawan,
Sila jangan beli barang di Courts..servis dia sangat hampeh..dah berbulan menunggu barang yang di order xsampai-sampai..lembsss..Geram sangat2...
ok..sekadar lepas marah..fuhh..lega..

Monday, July 11, 2011
Huda 2 tahun..
Minggu lepas genap usia huda 2 tahun..banyak perangai baru huda yang sentiasa mencuit hati kami sekeluarga..huda dah semakin bijak bertutur kata..semakin bijak mempamerkan emosi, semakin bijak mengambil hati dan bermanja..
Nukilan untuk huda pada usia setahun pernah ummi catatkan disini.. Sempena genap usia huda dua tahun ni, ummi nak beri sedikit pesanan pada anak sulung ummi ni..Pesanan ummi InsyaAllah akan sentiasa ummi beri selagi ummi hidup di dunia ini.. Sekiranya satu hari ummi dah tiada, sekurang-kurangnya, catatan ini mampu huda jadikan panduan yer…
Sayang ummi huda,
Bila ummi perhatikan, anak ummi ni lembut hatinya..walaupun kadang2 marah dan mengamuk, tapi akan mudah baik semula..ummi tau sebenarnya huda inginkan perhatian kan.. teringat ummi, kalau ummi dan abah berbual dalam kereta, mesti huda menjerit kuat2 supaya ummi xborak lagi dah..hehe..huda nak ummi ngn abah bagi perhatian pada huda je ye..hehe
huda tau x, kalau boleh, sememangnya ummi nak duduk rumah saja dan jaga huda sendiri depan mata ummi, ajar huda mengaji, sembahyang, lebih2 lagi mengenal Allah..tapi kan syg, ummi ada tanggungjawab, tanggunjawab sebagai pekerja dan sebagai anak kepada atuk dan nenek..sebab tu ummi kena kerja..ummi harap huda faham kan..
Huda,
Sekarang huda dah duduk di Taska baru..seronok ummi bila dengar huda zikir, Allah, Allah, Allah.. sebagai seorang muslim, memang Allah adalah yang paling dekat dengan kita syg..nanti, kalau suatu hari huda sedih, rasa susah hati, dan tak tahu jalan penyelesaiannya, ingatlah, Allah ada dan sentiasa membantu kita..
Anak ummi,
Setiap kali pandang wajah huda, ummi mesti rasa nak cium dan tak berhenti nak ucapkan yang ummi sayang pada huda..ummi bersyukur sangat Allah kurniakan huda pada ummi di dunia ni..Huda tau x syg, bekalan seseorang muslim di akhirat nanti Cuma tiga: Ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan anak yang soleh.. sebab tu setiap kali selepas sembahyang ummi mesti doa supaya huda jadi anak yang solehah dan sentiasa menjadi penyejuk hati kami sekeluarga.. huda je la saham ummi yang ummi ada di dunia ni syg..
Untuk huda,
Ummi doakan huda sentiasa membesar dengan sihat dan cerdas..sentiasa bersopan santun dan bersemangat menghadapi ujian mendatang..
Ummi selalu berangan nak tgk huda main basikal di halaman rumah yang luas..(eh, tetiba pulak citer pasal basikal, hehe) sebenarnya, ummi nak huda tahu, ummi dan abah akan cuba beri yang terbaik apa kami mampu..walaupun xmewah, yang penting huda gembira..
Sememangnya, membesarkan huda satu pengalaman yang sangat ummi hargai.. walaupun kadang2 letih..hehe..tp huda tau x, setiap hari ummi akan rasa xsabar nak balik, x sabar nak tgk gelak tawa huda dan x sabar nak peluk huda..kalau selepas ini, ummi x berpeluang beri nasihat lagi, huda ingatlah yang huda ada ummi yang sayang sangat huda..ingat juga, solat kewajipan kita..di mana pun kita berada Islam mesti jadi pegangan kita..

Subscribe to:
Posts (Atom)