Friday, November 6, 2009

Happy Birthday To You...

My lovely Husband with my little princess

HAri ni genap ulang tahun suami saya yang ke-27...huhu dah tua dah abg...

Hari ni jugak genap ulang tahun huda yang ke-4 Bulan...

Dua insan kat atas ni orang yang paling saya sayang...yang membuatkan hidup saya sentiasa ceria dan bermakna...

Buat mereka, saya doakan semoga sentiasa diberkati Allah dan mendapat rahmatNYA dalam setiap saat menjalani hidup ini...dan yang paling penting..agar kita akan tetap bersama dunia akhirat...

Semoga saya juga sentiasa mendapat perlindungan Allah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ummi dan isteri....Amin

p/s - Happy Birthday Abg...I love u so much..Kat huda pun, ummi sayang sgt huda...


Sunday, November 1, 2009

Tak Bestnya Hari Isnin....

Kesian hari isnin.....

Pada saya, isnin selalunya xmenjadi hari yang paling saya gemari...kenape?

Isninla hari saya terpaksa berpisah ngn huda setelah dua hari melayan keletahnya...

Dua hari cuti ni seronok sgt ...huda memang xberhenti nak berborak sejak bangun tido sampai ke malam...ada je yang keluar dari bibir comel dia...kadang-kadang mcm tgh menyanyi.. kadang-kadang mengomel... betullla..teacher huda selalu cakap yang huda ni peramah...

Paling seronok bila tgk huda bergolek-golek nak meniarap...dan bila dah berjaya..huda akan mempamerkan muka yang melambangkan satu kepuasan yang teramat sgt...tapi, huda juga akan merengek bila tak berjaya...hehe..satu petanda yang baik kan...

Satu hari melayan huda memang x membosankan..pagi tadi saya perli suami saya.."aik, dah siap ke kerja-kerja yang abg bawa balik? nampak mcm xkeluar dari beg je 2 hari ni..."emm...xmungkinlah ummi ngn abah huda buat keje lain kalau huda ada sama...walaupun saya tak sihat sepanjang hujung minggu ni...tapi, melayan huda tetap menjadi keutamaan...

Apapun, hidup perlu diteruskan...walaupun kehadiran hari isnin memang tak dialukan...tapi, tanpa isnin takkan hadir hari yang lainnya...hehe...tak sedap sungguh falsafahku ini...dan macam yang selalu diplan tapi tak jadi, ummi huda nak balik awal hari ni..rindu kat huda...mmmuahhh