Monday, July 11, 2011

Huda 2 tahun..


Minggu lepas genap usia huda 2 tahun..banyak perangai baru huda yang sentiasa mencuit hati kami sekeluarga..huda dah semakin bijak bertutur kata..semakin bijak mempamerkan emosi, semakin bijak mengambil hati dan bermanja..

Nukilan untuk huda pada usia setahun pernah ummi catatkan disini.. Sempena genap usia huda dua tahun ni, ummi nak beri sedikit pesanan pada anak sulung ummi ni..Pesanan ummi InsyaAllah akan sentiasa ummi beri selagi ummi hidup di dunia ini.. Sekiranya satu hari ummi dah tiada, sekurang-kurangnya, catatan ini mampu huda jadikan panduan yer…

Sayang ummi huda,

Bila ummi perhatikan, anak ummi ni lembut hatinya..walaupun kadang2 marah dan mengamuk, tapi akan mudah baik semula..ummi tau sebenarnya huda inginkan perhatian kan.. teringat ummi, kalau ummi dan abah berbual dalam kereta, mesti huda menjerit kuat2 supaya ummi xborak lagi dah..hehe..huda nak ummi ngn abah bagi perhatian pada huda je ye..hehe

huda tau x, kalau boleh, sememangnya ummi nak duduk rumah saja dan jaga huda sendiri depan mata ummi, ajar huda mengaji, sembahyang, lebih2 lagi mengenal Allah..tapi kan syg, ummi ada tanggungjawab, tanggunjawab sebagai pekerja dan sebagai anak kepada atuk dan nenek..sebab tu ummi kena kerja..ummi harap huda faham kan..

Huda,

Sekarang huda dah duduk di Taska baru..seronok ummi bila dengar huda zikir, Allah, Allah, Allah.. sebagai seorang muslim, memang Allah adalah yang paling dekat dengan kita syg..nanti, kalau suatu hari huda sedih, rasa susah hati, dan tak tahu jalan penyelesaiannya, ingatlah, Allah ada dan sentiasa membantu kita..

Anak ummi,

Setiap kali pandang wajah huda, ummi mesti rasa nak cium dan tak berhenti nak ucapkan yang ummi sayang pada huda..ummi bersyukur sangat Allah kurniakan huda pada ummi di dunia ni..Huda tau x syg, bekalan seseorang muslim di akhirat nanti Cuma tiga: Ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan anak yang soleh.. sebab tu setiap kali selepas sembahyang ummi mesti doa supaya huda jadi anak yang solehah dan sentiasa menjadi penyejuk hati kami sekeluarga.. huda je la saham ummi yang ummi ada di dunia ni syg..

Untuk huda,

Ummi doakan huda sentiasa membesar dengan sihat dan cerdas..sentiasa bersopan santun dan bersemangat menghadapi ujian mendatang..

Ummi selalu berangan nak tgk huda main basikal di halaman rumah yang luas..(eh, tetiba pulak citer pasal basikal, hehe) sebenarnya, ummi nak huda tahu, ummi dan abah akan cuba beri yang terbaik apa kami mampu..walaupun xmewah, yang penting huda gembira..

Sememangnya, membesarkan huda satu pengalaman yang sangat ummi hargai.. walaupun kadang2 letih..hehe..tp huda tau x, setiap hari ummi akan rasa xsabar nak balik, x sabar nak tgk gelak tawa huda dan x sabar nak peluk huda..kalau selepas ini, ummi x berpeluang beri nasihat lagi, huda ingatlah yang huda ada ummi yang sayang sangat huda..ingat juga, solat kewajipan kita..di mana pun kita berada Islam mesti jadi pegangan kita..