Sunday, October 15, 2017

Nikmat yang selalu didustakan..

Hari ni pagi2 dah terima berita sedih.. lepas hantar anak2 ke taska terus ke IOI Mall.. jalan2 sambil tenangkan hati.. sebenarnya memang teringin nak makan manis2 sama..hihi.. tapi kedai semua masih tutup almaklumla sampai awal sangat pukul 10 pagi..

Alhamdulillah ada kedai yang dah buka dan boleh pesan makanan.. sambil pesan tu aku dah perasan satu keluarga..anaknya ramai dalam 6 orang, paling besar linkungan umur 15 tahun macam tu.. tengok gelagat mereka, terdetik dalam hati mesti orang kaya yang menginap di hotel sebelah ni..then, sarapan kat sini.. untungla tengok mereka sekeluarga..bila dah habis makan, si ayah pun bersuara, ok, lets shopping, boys with me and girls with mommy..

Disebabkan mereka duduk bersebelahan meja dengan aku, memang terdengar semua perbualan mereka..seronoknya tengok pagi2 dan nak shopping, banyak duit, x perlu ada masalah..dalam hati aku..Tiba2, bila si ibu bangun, rupanya sebelah si ibu ada seorang anak perempuan yang berkerusi roda, bila dipusingkan kerusi roda tu baru perasan yang si anak ini rupanya kurang upaya..tp si ibu melayannya dengan penuh sabar..begitu juga kakak2 dan abang2 nya yang lain..

Allah! ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan..aku macam ditampar dan ditegur direct oleh Allah..bila kau rasa kau diuji dengan ujian yang berat sebenarnya ada orang yang lebih lagi diuji olehNya.. bila mana anak2 kau sihat, dapat memberikan senyuman dan kata2 manis setiap hari, nikmat manakah lagi yang engkau ingin dustakan???

Bila mana kau masih boleh bergelak tawa dengan ahli keluarga dan bermain2 serta berlari gembira, nikmat manakah lagi yang engkau ingin dustakan??

Bila mana kau masih boleh melihat anak2 kau tidur dengan nyenyak dan kekenyangan, bangun dengan girang, nikmat manakah lagi yang engkau ingin dustakan??

Astaghfirullah.. berdosanya aku ya Allah.. ampunkan aku..

Terima kasih ya Allah kerana masih mahu menegur dan menyedarkan aku tentang kasih sayangMu yang tiada bandingan..moga aku dan ahli keluargaku tergolong dari kalangan mereka yang sentiasa bersyukur..