Sunday, March 14, 2010

Huda Demam Campak!!

Sejak hari Isnin lepas, badan huda akan panas bila malam..kami tak jangka ape2 sebab dia akan ok bile pagi dan aktif macam biasa..tapi, hari khamis tu, badan huda still panas..so, decide nak gi klinik dulu sebelum gi ofis..kami nak ke pusat perubatan naluri, ada pakar kanak-kanak, tapi tgk kad huda, paed ada kul 2.30-9.00 mlm..pikir punya pikir, akhirnya bawa huda ke Hospital Al-Islam ( Kg. Baru Medical Centre nama lamanya)

Bila jumpe dr, dr tgk huda mcm biasa..masih aktif dan tak berhenti membebel..hehe..tp, terkejut jgk dr bila cek suhu badan dia 38 drjh celcius..so, dr bg ubat demam dan antibiotik..dr suh tgk perubahan selepas abis antibiotik..tak boleh cek darah dulu..

Jadi, hari tu saya terpaksa EL mengenangkan suhu badan huda yang tinggi..xsampai hati plak nak biarkan dia dok nursery..tghari tu huda masih bermain2 sampai sy sendiri tertido..tp, bila petang, huda dah start tak larat..malam tu bdn dia panas sgt..tak tido malam tu sebab sentiasa lap badan huda..kami masih bagi ubat demam dia..dan jumaat tu saya hantar dia ke nursery mcm biasa bila tgk dia dah ok..

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
-Demam tinggi 
-Batuk, selsema dan sakit tekak 
-Mata berair dan sensitif kepada cahaya 
-Sakit otot

Pagi Sabtu, saya perasan ada ruam2 halus kat belakang badan huda..ingatkan ruam biasa..so, kitaorg wat taktau je la..tapi, makin lama makin byk ruam tu dan dah bertambah di tangan..kami pun pegi beli air kelapa untuk pastikan kalau betul huda kena campak, semuanya akan keluar..lepas huda minum air kelapa, ruam2 halus tu makin byk keluar  dn betambah ke bahagian muka dan perut..yang peliknya, hudaa masih aktif dan tak seperti terasa gatal...

Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.


Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Samada huda kena demam campak atau tidak, saya tetap risau dan memikirkan perlu ke untuk ke klinik lagi..Saya search internet kalau2 perlu jumpe dr. dan dapat info dari website MOH yang ruam tu akan hilang dengan sendirinya..jadi, saya biar je la ruam tu keluar sampai habis..org kata, kalau dah keluar sampai tapak kaki, maknanya dah nak habis la tu..tapi, petang tadi ruam tu baru ada sikit2 kat kaki..

Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :

-Panadol untuk mengurangkan demam 
-Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata 
-Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bila bincang2, en.suami kata dia akan EL esok..coz saya ada quite important meeting..hehe.. terpaksala berganti..Selasa ngn rabu, saya nak apply cuti plak jaga huda..xkan nak hantar kat nursery plak..maklumla, campak ni boleh berjangkit..sian plak bebudak lain..

Mengikut buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit; oleh Ust Harun Din..ada doa untuk menyembuhkan demam campak: iaitu dengan membaca Al-fatihah, selawat syifa dan surah Al-Hasyr ayat 21-24. Boleh juga kita amalkan..

p/s- Walaupun huda sakit, huda tetap menghiburkan hati ummi dan ummi doakan huda cepat sembuh ye...sayang huda..

1 comment:

Anonymous said...

trima kasih bg info yg berguna ni..br pg ni nmpk tnda2 ruam kt blkg telinga n tengkuk amsyar.2ari lepas demam panas.so kna dptkn rawatan ngn segera ni..tq ummi huda