Sunday, August 29, 2010

Penyusuan Huda..

emm..sebenarnya, saya sangat teruja apabila membaca entry dari blog ni..kisah seorang mama yang gigih ingin menyusukan anak dia..hehe..(jgn bangga plak)..dan ingat x lagi saya pernah cerita pasal pemakanan huda di sini..,

Sememangnya kesilapan saya bila telah mula kurang mengepam sejak huda berumur setahun..dan sejak itu, huda hanya minum susu saya semasa di rumah sahaja dan huda dibekalkan dengan susu formula Malaysia (perlula sebut Malaysia).. sebenarnya memang rasa sakit jiwa bila terpaksa 'membenarkan' susu itu di bawa ke nursery huda..tapi, kesilapan saya itu dicatatkan di sini supaya tidak berulang pada rakan2 yang lain..seperti cerita di blog ini, saya tidak mahu keperluan nutrisi huda hanya dari susu..

Seperti kata Suraya (kaunselor laktasi) :

"penyusuan susu ibu adalah lebih daripada nutrien semata (Selepas anak berusia lebih dari setahun) Ianya bonding yang menyatukan rasa anak, ibu dan ayah..Dan elok diteruskan selama mungkin..Selagi ibu rasa selesa dengan penyusuan dan selagi anak mahu, teruskan!

Bayi berusia 1 tahun ke atas tidak memerlukan khasiat daripada susu ibu secara total..Dan susu ibu itu sendiri tidak dapat membekalkan keseluruhan zat yang diperlukan anak selepas anak berusia 6 bulan..Anak kita memerlukan kalsium, zat besi dan nutrien2 lain. Selain daripada susu formula, kita boleh memberikannya sumber nutrien dari makanan lain.."

Untuk tidak menyebabkan huda sentiasa minum banyak susu formula di nursery, saya bekalkan beberapa makanan lain pada huda..sebabnya saya yakin, anak saya dah dapat keperluan kalsium yang mencukupi walaupun tidak diberi susu formula..bekalan yang selalu saya bg ialah buah-buahan dan oat..

Dan baru-baru ni, huda dah xnak minum dari botol..bila kitaorg perhatikan, huda cuma minum bila dia menyusu secara terus dgn sy dan minum dari cawan..tu yang membuatkan sy risau.. memang sejak minggu lepas, kitaorg pelik kenapa dia beria2 nak menyusu badan je..tp, bila lama-lama makin jelas yang dia xnak menyusu dari botol..

Bila balik dari nursery, dia mesti macam org kehausan..sian kat huda..taktau la nak buat macam mana..berat makin kurang..bulan depan ada checkup..

Apapun, sy masih dalam proses mengkaji macamana nak pastikan berat badan huda naik walaupun x minum susu macam dari cerita dari blog suraya tu..so, nak bagi huda makan byk2 biar berat badan dia naik!!hehe...

No comments: