Thursday, February 17, 2011

Bila orang tua merajuk..

kelakar kan kalau org tua merajuk..

kalau huda merajuk, senang je nak pujuk..bila huda merajuk dengan en.suami,xde la lama sangat..sekejap je dah lupa, walaupun lepas merajuk, terus xnak dekat abah dia..tp lama2 lupa dah..

Semalam saya merajuk dengan en.suami..perkara biasa, dan memang perkara ini selalu buat saya merajuk = menunggu hampir dua jam di bawah MITI, dari kereta penuh, sampai semua kereta dah xde..dari kul 5.30 sampai 7 lebih..saya pun xtaktau macamane, hampir setiap hari macam ni..xkan sampai huda besar nak balik lambat aje..saya pun byk keje jugak..pegawai lain pun sibuk jugak..macam2 perkara yang syaitan tambah untuk buat saya rasa lagi marah..huda pulak, daripada baik, mula la nak panjat nak lombat dsb dalam kereta tu..hehe

Nak dijadikan cerita, kedatangan en.suami ke kereta disambut hanya dengan senyuman huda je..abah2..kata huda tanda seronok..anak kecil yang masih suci..sentiasa riang dan gembira..

Sebagai org tua yang merajuk, kenalah teruskan rajuk sebagai tanda protes, walaupun kadang2 ada gelagat huda yang menghiburkan, kena tahan je la..hehe..

Lepas sampai rumah, en.suami terus ke usrah..bila nampak abah dia keluar, huda tanya pada saya..abah?? sy yang masih 'kepanasan' buat xtau je..akhirnya dia jawab sendiri..ooo,amin..(dia ingat abah dia nak solat kat masjid)..lepas main2,saya tertido terus dengan huda..bila bangun tgh malam, sy sambung tido dekat depan sebab ingat nak buat keje, tetiba huda pun bangun nak susu dan temankan saya baring kat depan..tp sebelum tido tu, huda cakap juga, abah? abah?, tanya abah mana..saya pun jwb, abah kat bilik, huda tido la dgn abah..bila dgr sy cakap macamtu, terus huda bangun baring sebelah en.suami..bila sy nak sambung tido, huda dtg balik dan terus tido dgn saya kat depan..dalam hati, sy rasa huda tau ummi dia masih protes lagi..hehe

Bila saya merajuk dgn en.suami, biasanya huda macam tau je..dia akan cuba sebut/tanya pasal abah dia pada saya..

Ape yang saya nak kongsi sebenarnya, bila dah ada anak ni susah nak merajuk lama2.. contohnya, macam kes saya, ingatkan nak protes sampai en.suami bagi cadangan macamana nak selesaikan masalah selalu sangat balik lambat ni, tp xjadi jugak..

Lepas hantar en.suami ke hotel untuk kursus pagi td, akhirnya, cair jugak hati saya..sebelum keluar, dia sempat salam dan cium sy..tersenyum jugak akhirnya..susah betul nak tahan protes..hehe..itula bila dah tua, nak merajuk pun susah..

Memang huda permata hati kami..sentiasa nak ceriakan kami..anak sulung yang sangat memahami..

Buat en.suami, sorry sebab protes lama sikit dari biasa..dah xtahanla jadi penunggu MITI lama2..lagi xtahan bila terkenang masa terbuang macam tu je..communication kita pun rasanya dah x sebagus dulu..apepun,sorry again ye..hope abang fahamla perasaan itu..hehe


p/s- nana sayang abang..sayang jugak huda..mmmuaaah..

4 comments:

shaida said...

ala bucuk-bucuk merajuk ye..biase lakan adat xleh lari dari lumrah tue.ape-ape pun kami doakan yang terbaik tuk akak semua.

Ummu Adnin said...

tq nurul..seronok gak merajuk ni..hehe

nadmin said...

kalo mula2 kawin dulu, merajuk bukan main lama..
tapi skrg x blh lama2 lagi..
dah ada anak..hehe..

Huda pun dh pandai pujuk :))

Nak tau citer psl isteri saya yg suka merajuk, sila ke pautan di bawah:

http://fanadunia.blogspot.com/2007/12/merajuk.html

http://fanadunia.blogspot.com/2007/10/puji-isteri.html

Ummu Adnin said...

hehe..en.suami memang suami yang soleh..syukur Alhamdulillah..hehe