Thursday, February 26, 2015

Trip ke Korea dengan anak kecil

Assalamualaikum,.

Dah lama tak update blog. Kali ni nak update dengan cerita baru tentang trip ke Korea. Plan start tahun lepas lagi.. beli tiket murah air asia dalam RM700++ seorang..Masa Perjalanan 4 Februari sehingga 8 Februari 2015..

Alhamdulillah, segala perancangan dan checklist telah disusun. Disebabkan kami ke korea musim sejuk dan secara backpackers, plan kena lebih teliti. tambahan pula membawa dua orang anak kecil, seorang berumur 6 tahun dan seorang 2 tahun. Agak mencabar juga sebenarnya. Checklist barang ke Korea, akan dikongsikan nanti..Stroller memang bagi kami wajib ada dalam list..antara sebabnya, perjalanan di KLIA2, menuju ke kapal terbang pun dah kira jauh..flight malam pula..jadi, memang huda (anak sulung berumur 6 tahun) pasti dah ngantuk..at least stroller ni sangat membantu. Bagi yang membawa stroller, stroller tak perlu masuk dalam luggage..anda just daftar sahaja dan boleh bawa sehingga ke pintu kapal terbang.

Kami tiba di Korea jam 8 pagi waktu tempatan..Tiba di airport, kami terus menaiki subway ke Dongdaemun..Kami menginap di Able Guest House Dongdaemun. Terletak hanya 100 meter dari Station Dongdaemun History and Cultural Park. Kira dekatlah dari station. Kami tak memilih menginap di Itaewon kerana memikirkan dua orang budak tu. Dongdaemun merupakan bandar yang hidup sehingga waktu pagi dan tempat menjual banyak barang2 murah seperti pakaian, survineur dll. Disebabkan musim sejuk, dapatlah en.husband dan adik2 berjalan malam sementara aku menjaga anak2 di bilik..Dongdaemun x banyak makanan halal seperti di Itaewon. So far, tak menjadi masalah sebab banyak bekalan makanan di bawa. Berdasarkan pengalaman sahabat en.suami yang tinggal di korea, makanan seperti dobukki di tepi jalan masih boleh di makan.

Stroller

Paling penting kami tak perlu risau sebab dah memiliki stroller babyzen Yoyo ni.. Sangat ringan dan mudah dilipat. Sangat memudahkan untuk pasangan yang ada anak linkungan 3-6 tahun..sebab anak seusia begini, nak dukung berat, bila depa nak tido..stroller sangat2 la membantu..Pengangkutan di korea adalah subway, dan station subway bertangga, stroller babyzen ni sangat memudahkan kami..tengok sebelah tu..relax je en.suami angkut stroller ni naik bukit n tangga tu..huhuhu..so, sesiapa nak sewa stroller babyzen ni nak pergi bercuti leh pm saya ye..019-7540498

Hari Pertama

Hari pertama kami sampai ke hostel dalam jam 11.00 pagi. Berehat dan solat dan kemudian keluar untuk ke Menara Namsan jam 3.00 petang. Cuaca ketika ini 0 darjah celcius. masih boleh bertahan sebab angin tak bertiup sangat. Cuaca musim sejuk ni amat terasa kalau ditambah dengan suasana berangin..sampai kebas2 muka dibuatnya..Walaupun jam baru 5.00 petang, suasana dah gelap. Musim sejuk di Korea , menjadikan waktu siang mereka pendek dan waktu malam lebih panjang. Anak-anak dah sangat kesejukan..Ambil-ambil gambar dan tengok keindahan malam seoul, kami pun pulang semula ke Dongdaemun dengan menaiki bas.

Sesampai di guesthouse, aku menidurkan anak-anak dan diri sendiri..hehe..en.suami dan adik beradik yang lain plan untuk shopping di pasar malam Dongdaemun..murah-murahla juga harga sekitar pasar tu..baju-baju pun cantik, kalau nak beli blouse korea yang biasa jual tu dekat sini la tempatnya..

Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan bagi hari pertama kami. Walaupun keletihan, anak-anak masih teruja dan tak buat perangai..terutama Asma' yang masih menyusu badan. Perjalanan ke negara bukan muslim sebenarnya sangat membuka minda kita..selain nikmat keindahan alam Allah yang luas terbentang dapat dinikmati..InsyaAllah, pasni aku akan update entry hari Kedua di Korea.....tunggu... :)


8 comments:

eijasya said...

Kak fad...
wahhhh bestnyer dah sampai korea...
jelousnyer...
msti bestkan... xsabar nk bace entry kak fad lagi... nanti update eh...

ummi affendi jr said...

oo pegi korea diam2. brape sewa stroller?

Ummu Adnin said...

alhamdulillah eija..

naz,
diam2 la..hehe..meh sewa..harga kasih sayang..nak permudahkan orang bercuti..hehe

Pink Lavender said...

salam sis, brapa harga sewa sroller?

Ummu Adnin said...

maaf lambat reply..

harga sewa tertakluk kepada hari sewaan..sehari RM25, seminggu RM100

Azwan Rahman said...

Assalam..stoller ni sampai budak brape kg ye?

mFaiz said...

Salam sis, sy berminat nk sewa dr 28/2 smpi ke 4/3..available x?

Ummu Adnin said...

maaf lambat reply, whatapp di 019-7540498