Monday, July 13, 2015

Birthday Huda ke 6 Tahun

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah kita dah sampai bulan Ramadhan dan lagi seminggu akan menyambut syawal..

Alhamdulillah juga kita terpilih untuk menikmati Ramadhan kali ini..Tahun depan belum tentu lagi..

6 Julai 2015 yang lalu juga genap usia huda 6 tahun..alhamdulillah huda dikurniakan kesihatan dan kecerdasan..

Buat anakku Amna Huda, umi doakan huda menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat..kesian huda..kena banyak mengalah dengan Asma'..semoga huda lebih matang ye..

Macam baru je rasa mengandungkan huda..hihi..tak sangka dah 6 tahun masa berlalu..tahun depan huda dah sekolah rendah..pasti lagi banyak cabaran dan dugaannya..umi sentiasa doakan huda dilindungi Allah dari segala kejahatan syaitan, jin dan manusia..Semoga sentiasa bertemu dengan orang yang baik2 dan dilindungi dari orang yang berniat jahat..


Huda ni hatinya sangat lembut..cepat je terasa..umi minta maaf kalau selalu buat huda kecik hati ye..umi sayang huda dunia akhirat...Happy Birthday Amna Huda Adnin binti Mohd Nadmin..

Love,

Umi

1 comment:

Lina Affendi said...

Happy birthday huda. Kejap je dah besar. Jadi anak solehah dunia akhirat. Ckp kat umi dah boleh tambah 1 lagi adik.