Thursday, January 12, 2017

Ahli Baru Adik Beradik Adnin

Assalamualaikum semua..

Aduh, lama betul tak menulis blog.. macam-macam perkara baru dah berlaku dalam hidup..alhamdulillah 12.6.16 lahir seorang insan baru dalam hidup kami.. diberi nama Muaz Adnin bin Mohd Nadmin. Nama diambil sempena nama sahabat Rasulullah iaitu Muaz bin Jabal. Muaz juga menjadi inspirasi sebab beliau antara sahabat Rasulullah yang berdakwah merentasi negara.




Untuk Muaz, 

Muaz lahir pada 8 Ramadhan sebab dah pukul 9.08 malam..so, kira dah masuk 8 Ramadhan la..hihi..lepas umi berbuka pada hari ke 7 Ramadhan tu, semua ada dekat rumah.. Ala, Ayan, Atok, Nenek, kebetulan berbuka bersama..lepas je berbuka tiba-tiba terasa ada air mengalir..sambil gelak tanya pada nenek, eh, takkan terkencing? hihi.. nenek pun kata, air ketuban tu.. waktu ni contraction memang tak rasa sangat..ataupun boleh kata sebenarnya x perasan sangat contraction tu..bila ingat2 sebenarnya memang contraction tu mungkin dah ada sejak tengahari..hihi

So, solat maghrib dan mandi dulu. Tengah siap2 baru realize contraction makin kuat. Jam dah tunjuk pukul 8.30. Ingat nak tunggu sekejap 8.45 azan isyak masuk. Masa ni pun baru plan nak hantar Maksu Una ke Kolej KPJ Seremban..cancel plan sebab makin sakit dan pakcik yang tolong hantar maksu..Masa nak tunggu tu dah rasa kuat contraction. Nenek pun x bagi tunggu dan suruh terus ke hospital..8.45 gerak ke hospital. Abah bawak kete laju tak ingat..hihi..umi pun masa ni dah tak tertahan dah.. Sampai hospital putrajaya pukul 8.55pm kot..terus masuk untuk cek bukaan dan masuk2 terus tolak ke Labour Room sebab dah almost 10cm. x sempat tukar baju, nurse suruh buka baju atas katil. alhamdulillah tepat jam 9.08pm Muaz dah keluar melihat dunia..alhamdulillah Allah mudahkan urusan kelahiran Muaz..Allah sebaik-baik Pemudah..

Hasrat ummi nak dapat anak lelaki dimakbulkan Allah.. Muaz sangat comel..dan baik..nangis pun lembut je..umi terus doakan Muaz menjadi anak soleh dan sentiasa berlemah lembut pada semua orang. Hari ke 7 Muaz dah bersunat dan bercukur. Abah juga dah aqiqahkan Muaz melalui ez qurban. Semoga dengan mengikuti sunnah Rasulullah ini Muaz dipelihara Allah dan mendapat ganjaran.

Muaz,

Kakak huda dan Asma' sayang sangat dekat adik dia.. terutama kakak Asma' selalu 'ter'cubit Muaz..setiap kali tercubit dia akan kata " Sorry Umi'..hihi. Muaz anak lelaki, satu hari nanti akan jadi wali kepada kakak-kakak andai abah dah tiada. Muaz kena sentiasa berpegang pada Islam. InsyaAllah, selagi umi dan abah ada, kami akan cuba beri yang terbaik untuk anak-anak agar sentiasa menjadikan Islam sebagai pegangan..

Dunia ini sementara..walaupun kita selalu diingatkan kadang kala kita selalu lupa sebab dunia ni nampak sangat indah dan seronok untuk kita dampingi.. tapi, ingatlah juga Muaz, andai dunia yang kita kejar, dunia sahaja yang kita dapat..tapi, andai akhirat yang kita kejar, dua2 kita akan dapat..Macam yang umi selalu ingatkan kakak huda dan Asma' tentang solat..Muaz pun kena ingat, solat paling penting dalam hidup kita. 

Alhamdulillah, terima kasih Allah hadiahkan Muaz sebagai pinjaman untuk kami, semoga anak ini dapat dipelihara dengan baik dan menjadi khalifah yang cemerlang di dunia dan akhirat..


No comments: