Tuesday, June 29, 2010

Ke Pulau...

Dua hari lepas, kami bercuti ke Pulau Pinang..sebenarnya saya dok kat hotel je pun..hehe..

Sepanjang dok dalam hotel dgn huda, macam2 permainan kitaorg main..main bola, main anak patung..seronok sgt layan huda..tapi, yang tak syok nya, huda jatuh katil..beria en.suami ajar huda cara nak turun katil kat hotel tu..(maklumla, kat umah tu tilam je)..dia tetap main serbu je kalau nak ke bawah..Sampaila waktu sy tgh masak bubur huda, dia nampak khusyuk tgk gambar budak2 dalam majalah PA&MA, sambil mengoyak2 majalah tu..jadi saya pusingla nak lenyek2 lobak huda..tak sampai 5 saat, saya pusing balik, dia dah meluru ke arah saya dan........opps, tak sempat nak sambar, huda dah terjatuh..nasib baik sempat juga pegang badan dia..ape lagi, menangis sungguh2 la dia..

Saya pujuk dia dgn terus menyusukan huda..buat lawak2, dan dia tersenyum balik..tapi, yang bagusnya, dia dah tak berani nak meluru je ke tepi katil..dah mula nak ikut ajaran abah dia..hehe..kesian huda, merah dahi dia..alhamdulillah la hotel berkarpet, kalau tidak, mesti benjol..Malam kedua kami ke rumah Liana, kawan masa UIA..seronok jumpe Liana, termotivasi sungguh tengok stok susu Liana yang berbotol2 tu ..tercabar sungguh! so, en suami, nak ke belikan saya madela free style??hehe..

Dan sebelum balik, kami sempat jugak naik feri, bukan main excited sangat huda..bergoyang2 je badan dia, macam kononnya tengah naik kuda mainan kat shopping kompleks tu..bila tgk air pulak, macam nak terjun je..seram betul nak pegang dia dekat dgn laut..macam biasa, bila huda dah terlampau excited, dia tak nak masuk balik dalam kereta..hehe..

Tapi,nak dijadikan cerita, balik je semalam, saya dah mula rasa tak sihat..mcm nak demam je..bila tanya puan nurul, rupanya breast melebam(betul ke tak, tanya pn.nurul..hehe) coz kalau nak kata membengkak, tak bengkak pun..mulanya, saya ingat just sakit sebab 'nipple crack', tapi, walaupun luka dah baik, sakit masih lagi terasa. Terutama bila huda start hisap..sakitnya xdapatlah nak digambarkan..mengejang sampai menitis air mata..sakit satu badan..

Waktu huda hisap semalam. dia dalam keadaan mamai sebab tgh malam..biasanya, bila saya mengerang sakit, dia mesti akan usap muka saya dengan jari-jari comel dia tu..sambil seolah bertanya kenapa ummi nangis? Tapi semalam, dia dah tak ingat dah, main hisap je, tu yang mengejang2 badan sampai nak demam..

Dan hari ni saya tak bawa pun pam spektra macam biasa..sebab bila luka, biasanya darah akan keluar, dan kalau guna pam terasa sakit yang amat dan darah tu boleh tercampur dalam susu..membazir je..so, saya perah guna tangan je hari ni..lenguh jugakla tangan ni..start belajar guna tangan ni sejak saya tertinggal pam masa berkursus dulu..Tapi, kalau nak tau cara sebenar guna tangan, boleh tgk kat sini..

Suami tanya saya, nape bagi huda hisap kalau dah sakit, saya pun tak tau nak jawab..agaknya inilah yang dinamakan 'kasih ibu'..sanggup korban ape sahaja untuk anak..hehe..saya terfikir, biarlah segala perit pengalaman menyusu dan pengorbanan membesarkan anak dikongsi pada huda, bukan untuk dibalas pengorbanan ini, tapi, supaya huda faham satu hari nanti bagaimana besarnya kasih ummi dan abah..

p/s - Nak bersemangat kumpul stok susu balik..

4 comments:

Nurul Affendi said...

PUAN nurul??
Geli jek!

una said...

come nya huda...bwk kereta...

Ummu Adnin said...
This comment has been removed by the author.
Ummu Adnin said...

Nurul : Abis tu CIK Nurul Kah?hehe
Una : Comel macam mak su dia la..