Sunday, October 10, 2010

Storie Morie Huda

Firstly, mintak maaf acik nurul, amik tittle blog ko..hehe..

Sebenarnya nak bercerita pasal kisah huda yang semakin membesar..huda sekarang suka pada buku2 cerita..mungkin ikut abah dia yang suka membaca..sebab ummi memang xsuka baca..opps bukan xsuka..malas je sikit..

Huda sangat excited kalau tgk buku cerita kesayangan dia tu..lebih suka kalau kami ceritakan kisah2 dari buku2 tu..


Antara koleksi buku huda


Semalam, badan saya tak berapa sihat..lebih kurang pukul 9 malam, huda masih tak tido..dia selak2 majalah PA&Ma dan tgk gambar2 baby dalam tu..tak lama lepas tu, dia ambil buku cerita 'night story' dia..kisah nabi Ibrahim mengenal Allah..disebabkan buku tu xde sgt gambar yang clear, just gambar gunung ganang, matahari, bintang dan bulan, jadi buku tu perlukan kami untuk bercerita pada huda..

Huda bawa buku tu pada saya..en. suami waktu tu tengah membaca buku lain..sambil baring di sofa, saya bercerita pada dia..dia pun seronok mendengar..tapi, tetiba, sy dengar en. suami berkata 'ummi ni, sian huda, suruh ummi cerita dia tido plak'..

Rupanya, tengah2 bercerita pada huda saya tertido!!hehe..dan bila tgk saya tido, huda terus terkedek2 bawa buku tu pada abah dia plak..kesian kat huda..hehe

Saya rasa bersalah je pagi ni sebab tak dapat cerita kisah tu kat huda malam tadi, lepas huda bawak buku tu, terus en.suami bercerita pada huda..saya terus sambung tido, dan bila terjaga, pukul 9 lebih..tv3 masih bersiaran langsung untuk perkahwinan Angkasawan Negara..huda dan en.suami rupanya masih membelek2 buku dan majalah Pa& MA..

Bila nak masuk pukul 10 baru huda dah tak tahan ngan tuk dan bergolek2..tak lama lepas tu dia tido..Bila terpandang wajah huda ketika tido, saya rasa sedih sangat..dia sangat inginkan perhatian pada umur sekarang..sentiasa ikut ke mana saja saya pergi..masuk bilik, masak, buat kerja..dan kalau hari tu, kami kurang beri perhatian pada dia, dia akan teringat2 bila tido..

Untuk huda, ummi dan abah akan cuba yang terbaik walaupun kami masing2 terlalu sibuk dengan urusan kerja dan lain2..huda tetap keutamaan kami..sebab bila dikira, huda cuma berada dengan kami selama lebih kurang 4 jam sahaja sehari..

Sedihkan..tapi nak buat macam mana..kami mesti mencari rezeki utk keluarga kita..semoga masa yang sedikit untuk kita sekeluarga bersama lepas ni tetap berkualiti..





p/s - Terpaksa bangun tengah malam buat kerja..huhu..

3 comments:

Nurul Affendi said...

ummi huda ni nak kena ni!! babat karang baru tau!!

abh huda said...

itula,

abh huda kena luangkan masa dengan huda untuk bercerita dari pukul 8-10 mlm..pukul 10 Huda dah tido dan abah mula membaca dan tak lama lepas tu,tertido sama dengan huda jgak..

kesimpulannya, abh huda tak baca pun buku yg nak dibaca..cuma cerita pada huda dan tido sama2 dengan huda..

Ummu Adnin said...

acik nurul: sian kat ummi huda tau..hehe

abh huda: minggu ni, memang huda asyik nak membaca je kan..sampai malam..nape nth..ke dia rase bila dia kekonon rajin membaca dia dapat perhatian lebih?hehe..