Tuesday, November 30, 2010

Bertenang..

Emm..sebenarnya hati saya tengah x sedap..kalau di masak mesti jadi pahit..hehe..

kenapa?ntahla, macam-macam yang dihadapi akhir2 ni..deretan emel yang saya dapat untuk tindakan , cuma saya catat atas kertas xtau bila nak buat..baucar menimbun..- yup, sedar diri itu memang tugas saya..semalam jadi Penilai PTK..sengaja menambah kerja yang sedia ada..cari pasal..rumah yang tak terurus dan 'ingatan' pada tesis yang xsiap2, buku-buku library yang dah sebulan tak pulang..tetiba menambah kekusutan saya..

Pagi tadi tetiba dapat emel yang menusuk kalbu..si hitam: u x buat kerja? hello, who are u to make a such statement??!!ko ingat ko dah bagus sgt? n remember one thing, i've my boss who r the right person kalau nak arah-arah aku buat keje.. - saya sangat terkilan, selama ni arah-arah org buat keje x melalui bos saya, dah kira baik nak tolong settle..bukan nak mengungkit, tapi orang macam ni sangat giler kuasa..sape kita nak judge org x buat keje?tolongla..jgn ingat diri sudah sangat bagus..lepas ni malas nak layan..apa2 lalu bos saya dulu ok???-sangat memualkan ingat pasal ni..

n start pagi semalam, saya bleeding- keluar darah merah dan cair..agak banyak..pening pikir samada ia normal atau tidak..darah xdela sampai penuh pad setiap sejam, so saya hanya monitor dan harap ia tidak berterusan..bila berdepan keadaan macam ni, kadang-kadang teringat ajal yang boleh ditentukan Dia pada bila-bila masa..bukan xde ibu 'muda'(hehe), ber anak kecil yang masih perlukan kasih sayang ibu meninggal dunia..semua tu ketentuan Dia dan ia tidak mustahil kan..

Saat macam ni sangat memerlukan kita untuk bermuhasabah diri..saya dah lama tak baca quran..amalan sunat lain pun dah lama tak buat..berbeza ketika waktu di Universiti dulu..dahla aktiviti jemaah pun dah xjoin..andai kata diambil nyawa saya saat ini takde amal yang nak di'claim' dari tuhan..cuma berharap huda jadi anak solehah yang sentiasa mendoakan saya..dan suami yang doakan isterinya (kalau tak kahwin lain..hehe)

Yang penting, Dia sangat sayangkan hambanya, tika saya alpa, Dia datangkan sesuatu untuk saya tak jauh dari Dia..Ya Allah, kalau boleh saya nak berhenti dari buat semua keje dan duduk mengadapMu..minta ketenangan diberikan pada saya..saya reda andai kesakitan diberikan hanya untuk mengingatkan saya..

Apepun, saya nak bertenang..biar makhluk-makhluk lain dengan giler kuasa mereka terus mengejar dunia yang takde maknanya ni..

p/s- ujian itu untuk muhasabah diri..

2 comments:

Nurul Affendi said...

btol. ujian tu buatkan kite makin dekat dgn Tuhan Maha Pencipta. kan?

Ummu Adnin said...

yup..semoga kita sama-sama tabah hadapi ujian Tuhan..