Sunday, November 28, 2010

Thanks all...

Alhamdulillah, saya dah keluar hospital dan bekerja macam biasa..sakit??alhamdulillah setakat ni sihat..cuma still pening dan sakit kepala, dan masih berdoa agar keputusan makmal tidak pada tahap yang merisaukan..seperti yang nurul cerita kat sini, risikonya tetap ada..

Yup, molar pregnancy sangat menggerunkan, bukan pada saat Suction&Curettage dibuat, tapi pada prosedur akan datang sekiranya sel tersebut masih aktif..satu blog saya jumpe menceritakan pasal her 'molar pregnancy' betul2 bagi kekuatan pada saya untuk bersedia fizikal mental sekiranya apa2 berlaku akan datang..

http://my-cmp-story.blogspot.com/- pemilik blog ni sangat positif walaupun sewaktu menjalani rawatan kemo dan alhamdulillah akhirnya dia bebas..

saya, harap tidak perlu melalui semua tu..

Dan sekiranya terpaksa, i've to assume it is a procedure to be normal..xperlu risau..it's ok..(statement menyedapkan hati..hehe)

Saya perlu berterima kasih kepada semua..terutama Pencipta yang membenarkan semua berjalan lancar..

en.suamiku yang tercinta, yang sentiasa bersusah payah jaga huda waktu saya di hospital..sentiasa nak bagi yang terbaik untuk saya..sentiasa nak saya ceria..

mak dan mak mertua saya yang sentiasa doakan saya..k.yan kata mak baca yasin dan bismillah beratus kali ketika saya dalam OT..sampai mak demam..emm, saya tau,

mak memang macam tu, dari dulu, kalau nak periksa atau anak-anak mak hadapi kesusahan, mak akan bangun malam dan berterusan mengaji untuk anak-anak..huhu..sayang sangat mak..

tak lupa juga pada kawan-kawan yang doakan saya..sentiasa ada waktu susah dan senang..tolong lulus baucar..hehe..jasamu ku kenang..

mungkin belum rezeki saya untuk huda dapat adik..saya reda..dan buat masa ni sentiasa hanya sentiasa berdoa dan berharap semuanya ok dan normal..so, paling awalpun 6 bulan sehingga setahun baru huda boleh dapat adik..emm..makin manjala jawabnya anak ummi ni ek..

Apepun, terima kasih semua..

2 comments:

Nurul Affendi said...

u shud mention my name sebab tolong luluskan baucer! kah kah kah!

Ummu Adnin said...

yela..pn.nurul..hehe..