Monday, December 13, 2010

Jadual Padat..

Jadual saya sangat padat akhir-akhir ni..

Tadi baru call hospital, nasib baik saya call..kalau tak, sampai tahun depan xbuat..hehe..alasan nye..'maaf puan, kami terlupa telefon..appointment puan sepatutnya 9 hb Disember lepas'..So, terus diberinya tarikh esok dan lusa..esok amik darah, lusa jumpa doktor..maka bermulalah episod kesibukan saya..berulang alik ke hospital untuk monitor Hcg level..

Dan esok juga ada mesyuarat di PJD, esok juga sebenarnya saya bercadang jumpe lecturer saya..(just untuk sign borang extension of study)..tinggal 2 semester je lagi..kalau saya xsiap jugak, maka automatik, xdapatla pegang ijzah sarjana perakaunan..haha..xpela, mungkin ada yang lebih baik untuk saya..(ayat pasrah-padahal diri sendiri yang malas..hehe)

Lusa pulak, jumpe dr..so, macam biasa, pasti ambil masa setengah hari..hanya berbaki setengah hari, saya perlu menghabiskan semua baucar-baucar yang melambak atas meja saya..sebabnya, saya EL hari jumaat (pssst- jgn bagitau org lain, kena EL sebab kalau ambil cuti mesti tak diluluskan..hehe)..

Kalau everything ok, khamis lepas keje nak bertolak balik ke JB terus..kena balik awal..persiapan untuk farah tunang banyak lagi xsiap..maklumla, saya orang penting..hehe..

Apepun, jadual saya padat ditambah dengan episod rawatan molar pregnancy yang sudahpun bermula..tapi, sepadat manapun, saya harap tetap dapat bagi tumpuan pada huda..huda sekarang asyik merengek je..nak kata nak dapat adik, xde pun..tumbuh gigi kot..tapi, merengeknya, gaya xpuas hati..macam saje nak cari pasal..memang ummi ngn abah cuba tingkatkan kesabaran..macam-macam huda buat..saya anggap sebagai ujian je..

Lagipun, saya x pernah rasa bosan layan huda..huda dah pandai cium ummi sambil buat bunyi mmmuahh..suka sangat kalau huda cium..hehe..

En.suami pun dah berazam tahun baru xnak balik lewat lagi..(harap-harapnya berkekalan la..) kesian kat sy dan huda yang menunggu lebih sejam SETIAP HARI..hehe..saya doakan azam en.suami tercapai..dan saya dan en.suami tengah survey2 rumah jugak..kalau ada rezeki, tahun depan mungkin kami boleh dapat rumah baru..(kalau ada yang mampu milikla..)

Jadi, akhir tahun 2010 ni, sangat padat dengan perancangan dan jadual2 yang perlu dipenuhi..harap semuanya berjalan lancar ye!!

-Ya Allah, kuatkan semangatku, permudahkan urusanku dan keluargaku, pelihara kesihatanku dan keluargaku, luaskan rezeki kami, teguhkan iman kami..amin..