Tuesday, December 28, 2010

Masih lagi..

emm..lama tak update blog..terutama pasal cerita huda dan penyusuannya..mulanya, ingat sticker kat sebelah tu dah nak stop sebab, dah hampir sebulan huda dah tak menyusu..rasa sedih sebab huda baru satu tahun setengah, rasanya masih awal untuk tidak lagi menyusu badan..kalau dah 2 tahun ok la..

semua bermula sejak saya mengandung..waktu tu, huda masih juga minta dan diract malam-malam..tapi lama-lama susu makin kurang dan rasa sakit kalau huda menyusu..tapi, saya tetap biar dan xpenah halang kalau dia minta..tapi, makin lama makin kurang dia menyusu..bila hisap sikit, terus buat muka kelat..dan beberapa hari ni, saya cuba nak tau rasa susu, rupanya dah jadi masin..emm..pelik kan..patutla huda xnak minum lagi..

setelah google, xbyk info yang saya dapat, tp ada yang mengatakan biasa apabila mengandung, susu ibu akan bertukar jadi masin..shaida pun ckp camtu..patutla..lagi plak bagi saya yang ada 'hormon mengandung lagi ni'..apepun, saya positif, tujuan saya masih nak menyusukan dia bukan sebab zat susu ibu lagi, tp sebab inginkan 'bonding' yang lebih lama ..

Tapi, menakjubkan, setelah cubaan huda nak menyusu berakhir dengan muka kelat, semalam, saya terjaga tengah malam..huda bangun, x menangis, hanya membebel2 sambil menyelak baju saya..tangan huda raba2 Bxxxst..lama juga, xtido2..saya yang memang dah mengantuk sebab layan hindustan sampai pukul 2 biarkan saja ape yang dia buat..lepas lebih kurang 15 minit, dia baring atas dada saya..raba2 lagi..duduk sekejap, dan baring lagi..xlama lepas tu terus direct menyusu dari saya..dalam hati waktu tu, mesti sekejap je, sebab rasa masin..tp, dia terus menyusu macam biasa, dan bila dah sejam, lepas dan terus tertido sebelah saya..

bila bangun pagi, saya terpikir, kenapa agaknya dia macam tu..bila dalam kereta, saya tanya huda: nak x?sambil mengarah ke bahagian dada..huda terus mengelak dan geleng kepala..pelik kan..tapi saya rasa agaknya dia rindu nak menyusu direct..sebab tu la raba2 dulu..hehe..sian huda, susu ummi xsedap dah..


amna huda-macam-macam perangai dia..xtau ape yang nak diceritakan..sangat byk kerenah yang menghiburkan hati kami..bila tak dapat nak buat ape yang dia nak, marah2..habis ummi ngn abah kena pukul..siap nak gigit lagi..kena alihkan perhatian dia kepada perkara yang best, terus lupa..

akhir tahun ni, sangat busy, tp setiap hjg minggu kami cuba pastikan dapat bawak huda ke taman main2..maklumla, rumah xde laman, xdpt main2..huhu..

rambut huda pun dah panjang, tapi sebab dia selalu berpeluh, rasanya macam nak potong je sebab jadi ruam..tp, dalam hati nak biar rambut huda banyak, nampakla perempuan sikit..hehe..
lepas dah abis busy ni, rasanya nak bercuti lagi..nak ajak nurul ngn shaida picnicla..nak x kawan2????:)


p/s - kena byk baca doa pelembut hati kat huda..

4 comments:

shaida said...

mesti la nak...jom2 kite ge jejalan boring kat umah.kak fad doakan nurul lak tau leh susukan Qareez sampai 2 tahun.nurul sedang berusaha sungguh-sungguh nie..semoga dipermudahkan hendaknya AMIN

Ummu Adnin said...

jom la..xpe, akak doakan qareez dapat breastfeed sampai at least 2 tahun..chaiyok2..kena byk sabar dan xputus asa tau..:)

Anonymous said...

assalam akak..nak tanya pasal susu rasa masin...saya pun mengalami situasi yg sama.anak saya lahir pramatang 7bulan@29minggu.kini berusia hampir 6bulan...saya pam susu kerana baby saya tak kuat menghisap.soalan saya,last period hujung bulan 5.sehingga kini saya masih tidak didatangi haid.saya pernah muntah (macam mengandung),perut pun dah besar sikit.tak makan nasi pun bangun pagi esoknya perut tak kempis2..minum nescafe memang automatik pergi toilet tapi perut tak kepis2.dah 4 kali buat urine test (tak buat waktu pagi) tapi negatif....ingat nak tunggu lagi sampai next month..kalau x datang gak,perut makin besar nak jumpa doktor..takut gak kalau gemuk disangka mengandung:(..apa pandangan akak?

Ummu Adnin said...

Akak rasa macam ada tanda2 mengandung..xpela..test lagi, kalo x ok jugak try scan dgn dr ye..